Rezeki di Hujung Daun
Kisah Pencari Rezeki
Sedang duduk-duduk di hentian bas berhampran Hospitan Dutches of Kent, tiba-tiba sebuah bah berhenti di depan saya.
Bukan kerana bas itu berhenti saya menyatakan tiba-tiba, kerana itu memang hentian bas. Yang membuat saya teruja ialah sepasang suami isteri separuh umur trun membawa empat beg besar sayur-mayur dari jenis pucuk, ulaman dan dedaunan. Kemudian mereka bersalin kenderaan dari bas menaiki teksi.
Letih dan peluh saya berjalan kaki hampir 4 km (4 je pun!) terubat apabila mengenangkan ayah dan ibu tua ini mencari rezeki.
Entah berapa batu tanah mereka teroka untuk mencari hasil-hasil itu.
Entah berapa tan sayur mereka bebankan di atas bahu mereka saban pagi untuk diangkut.
Entah apa lagi luka dan duka yang mereka redamkan demi mencari sesuap nasi segelas minuman.
Sungguh Allah itu Maha Pemberi Rezeki ar-Rozzaq.
Rezeki kami dihujung lidah.
Rezeki Nabi Sallallahualaihi wasallam di hujung pedang.
Rezeki ibu dan ayah tua ini ternyata dihujung pucuk-pucuk kayu dan pohonan hutan.
Sungguh Allah itu Maha Kaya.
Kisah Peniaga Satay Buntut Ayam
Kisah Peniaga Satay Buntut Ayam

Semalam dia jual 40 cucuk. Satu cucuk RM1. Sebelum ini peniaga ini menjual di hadapan UMS, satu hari boleh jual sehingga 200 cucuk. Buntut ayam sahaja pun.
Pertama: Produk yang biasa-biasa sekalipun boleh dijual dengan volume yang banyak. Nasi ayam, nasi lemak, air mineral, sate bontot ayam dan banyak contoh produk yang biasa-biasa, namun mampu memberikan jualan yang banyak dan pulangan yang tinggi. Bukankah antara invidu paling kaya di Malaysia dan Asia Tenggara itu taukeh gula!
Kedua: Untuk menjual dengan volume yang besar sepertimana menjual 200 cucuk satay buntut ayam, tidak harus dengan gerai yang besar atau peralatan yang canggih.Peniaga ini menggunakan periuk terpakai, jaring dan arang sahaja.
Saya yakin 40 cucuk yang beliau jual semalam di masak hanya menggunakan dapur ini sahaja! Bahkan menurut beliau 40 cucuk itu dijual dalam tempoh dua jam.
Dan bukanlah lokasi gerainya strategik. Bahkan saya tidak nampak di situ melainkan beberapa buah rumah sahaja. Yang menyebabkan kami berhenti pada asalnya ialah untuk snap gambar seekor bangau yang sedang berdiri di atas seekor lembu. Bayangkan betapa sunyinya kawasan itu sehingga sedemikian aman!
Ketiga: Saya anggarkan senaif-naif peniaga, kos bahan mentah satay itu ialah separuh dari harga jual. Jika 40 cucuk dijual, maknanya untung kasar hari itu RM20 untuk dua jam! Sebutkan kerja apakah upahnya RM20 dalam masa 2 jam melainkan beratur ambil BR1M 2 jam dapat RM500. Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada kerajaan.
Sungguh Allah Maha Kaya memberikan rezeki kepada hamba-hambanya.
Ketika Nabi Zakaria bertanya kepada Maryam as, “Dari mana datangnya rezeki?”
Soalan ini pernah disampaikan Nabi Zakaria AS kepada MaryamAS sebagaimana terkandung dalam firman Allah SWT: “
Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria sebagai pemeliharanya. Setiap Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata: “Hai Maryam, dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?” Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi Allah.”
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.” (surah Ali Imran, ayat 37)
Ya Allah Ya Tuhan Kami berikan kami ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. Amin.
4 Sikap Positif Pekerja Cemerlang
4 sikap positif pekerja cemerlang
Kisah pekerja hotel yang dedikasi
Sekembali sahaja ke lobi hotel, petugas kaunter sambut tetamu ‘receptionist’ memaklumkan bahawa bilik kami belum dikemas ‘housekeeping’. Saya cebik bibir dan kerut dahi. Ketika itu sudah jam 3 petang. Dia meminta maaf kerana katanya banyak bilik yang perlu dikemas.
Tidak sampai satu minit kami masuk bilik, pintu kami diketuk. Petugas sambut tetamu tadi sendiri yang datang dan melakukan kerja-kerja ‘housekeeping.’ Manakala petugas ‘housekeeper’ hanya beberapa pintu sahaja lagi akan sampai giliran menyelia bilik kami.
Kejujuran pekerja memaut hati majikan
Ibnu Ishak meriwayatkan:
Khadijah bt Khuwailid ra adalah seorang saudagar perempuan yang sangat kaya dan dihormati. Beliau banyak mengupah orang untuk menguruskan perdagangannya atau kadang-kala bekerjasama dengan mereka dengan cara berbahagi keuntungan.
Kaum Quraisy ketika itu memang dikenal sebagai kaum pedagang. Ketika sampai ke telinganya tentang Rasulullah saw, akan sifat jujurnya, sifat amanahnya, dan akhlak mulia baginda; kemudian Khadijah mengirim utusan untuk menemui baginda dan menawarkan untuk membawa barang dagangannya ke Syam. Dengan dibantu oleh pembantu lelaki bernama Maisarah.
Sebagai upah, Khadijah memberi bahagian keuntungan yang jauh lebih besar berbanding yang pernah beliau berikan kepada pedagang yang lain.
(dipetik dari Sahabiyat Haula Rasul, Muhammad Hassan. Terjemahan: Wanita pilihan di zaman Rasulullah, M.A. Imran Anhar. Terbitan Pustaka As-Sunnah)
Syaikh Sofiurrahman Mubarakfuri melanjutkan:
Setibanya di Mekah dan setelah Khadijah tahu keuntungan dagangannya melimpah, yang tidka pernah dilihatnya sebanyak itu sebelumnya, apalagi setelah pembantunya Maisarah mengkhabarkan kepadanya apa yang dilihatnya pada diri baginda selama menyertainya; bagaimana sifat-sifat beliau yang mulia, kecerdikannya, kejujuran beliau, seakan-akan Khadijah mendapatkan barangnya yang pernah hilang dan sangat diharapkannya.
(dipetik dari: Raheeq al-Makhtum, Syaikh Sofiurrahman Mubarakfuri. Terjemahan oleh Kathur Suhardi. Terbitan Pustaka al-Kautsar)
Lewat Konferen PTP-PPY baru-baru ini, CEO kami memetik sirah ini untuk ibrah dan teladan. Beliau mengupas empat ciri utama yang memaut hati majikan yakni Khadijah bt Khuwaidil ra memilih Rasulullah saw. Pertamanya ketika Khadijah memilih baginda sebagai rakan bisnes. Kedunya ciri-ciri itu juga yang memaut hati Khadijah untuk menikahi Rasulullah.
Tidak lain dan tidak bukan ialah sifat jujur dan amanah baginda.
Hari ini berapa ramai pekerja dan peniaga yang bijak dan cekap membuat jualan (sales). Berapa ramai juga yang berupaya memberikan idea-idea bernas dan agresif untuk meningkatkan keuntungan syarikat. Berapa ramai juga yang pakar dalam pemasaran dan pengiklanan.
Namun sangat disayangkan, sebagaimana mereka bijak dan cerdas membuat jualan dan memingkatkan keuntungan; dalam masa yang sama helah dan trik mereka terhadap majikan dan pelanggan tidak kalah juga
Modal bisnes : Kejujuran
Modal pertama bisnes : Kejujuran
Seorang sahabat bisnes mengadu bahawa dia baharu sahaja ditipu sebanyak RM2000 ketika urusniaga. Menurutnya yang baharu berjinak-jinak dengan alam perniagaan, dia mengambil masa hampir dua bulan untuk menghimpun wang sebanyak itu.
Kejadian tipu-menipu dalam bisnes bukanlah suatu hal yang baharu diketahui sehari dua. Bahkan penipuan terhadap anak manusia telah berlaku sejak manusia pertama dicipta oleh Allah. Bukankah Adam dan Hawa itu terusir dari syurga dari syurga Allah akibat ditipu oleh iblis.
Seorang rakan bisnes saya yang lain juga pernah ditipu dalam jumlah yang lebih besar dari itu. Dianggarkan sejumlah ratusan ribu ringgit. Bahkan saya sendiri pernah mengalami pengalaman yang sama walaupun jumlah tidaklah sebesar itu.
Penipuan dalam bisnes berlaku dari jumlah sekecil 10 sen sehinggalah kepada nilai juta-jutaan. Bohong bukan isu kecil. Orang Melayu dahulu sudah mengingatkan dalam bidalan,
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri,
Ruang dan peluang seseorang peniaga untuk menipu terbuka luas. Baik dari harga, timbangan, kualiti dan berbagai lagi. Dek kerana itu Nabi menjanjikan kedudukan yang sangat mulia kepada peniaga yang dapat mempertahankan prinsip untuk berlaku jujur. Di dalam sebuah hadis Nabi bersabda maksudnya,
“Sesungguhnya ahli perniagaan yang jujur lagi amanah akan bersama-sama para Nabi, kumpulan orang yang jujur dan para syuhada (di hari kebangkitan)” (Riwayat At-Tirmizi)
Ada banyak ruang dan peluang peniaga melakukan penipuan. Antaranya termasuk peniaga menipu pelanggan, peniaga menipu rakan kongsi dan peniaga menipu pembekal (supplier).
Peniaga yang jujur beroleh untung di dunia dan di akhirat
Dari Hakim bin Hizam Radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda:
اَلْبَيِّعَانِ بِالْخِيَارِ مَا لَمْ يَتَفَرَّقَا، أَوْ قَالَ: حَتَّى يَتَفَرَّقَا، فَإِنْ صَدَقَا وَبَيَّنَا بُوْرِكَ لَهُمَا فِي بَيْعِهِمَا، وَإِنْ كَتَمَا وَكَذَبَا مُحِقَتْ بَرَكَةُ بَيْعِهِمَا.
“Penjual dan pembeli memiliki hak khiyar selama keduanya belum berpisah (atau beliau bersabda, ‘Hingga keduanya ber-pisah’), apabila keduanya berbuat jujur dan menjelaskan (keadaan dagangannya), maka akan diberkahi dalam jual belinya, (namun) apabila menutup-nutupinya dan berdusta, maka akan dihapus keberkahan jual belinya.” (Sahiih al-Bukhari (IX/328, no. 2110), Sahiih Muslim (III/ 1164, no. 1532), Sunan Abi Dawud (IX/330, no. 3442), Sunan at-Tirmidzi (II/359, no. 1264), Sunan an-Nasa-i (VII/244)
Peniaga yang tidak jujur pada diri sendiri
Namun yang paling parah dan kritikal ialah peniaga yang tidak amanah dengan dirinya sendiri.
Kajian menunjukkan kebanyakan bisnes tutup kedai adalah disebabkan oleh masalah dalaman atau pemilik bisnes itu sendiri.
Sebuah resort tepi laut di Sabah menutup operasinya selepas 3 tahun kerana sikap pemiliknya yang suka berjudi dan culas membayar hutang dengan pihak bank. Resort setaraf dua bintang yang pernah menjadi destinasi orang ramai suatu ketika dahulu kini disita hampir 2 tahun sementara kes mahkamah selesai.
Status hadis 9 dari 10 rezeki ialah perniagaan
dari web pengusahamuslim.com
Ada sebuah hadis yang sering tersebar di kalangan orang awam sebagai motivasi untuk berbisnes atau menjadi pedagang. Namun, disayangkan hadis ini belum diletiti akan keshahihannya. Walaupun mungkin makna perkataan tersebut benar dan sah-sah saja. Akan tetapi, sangat tidak tepat jika kita menyandarkan suatu perkataan pada Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam, padahal beliau tidak pernah mengatakannya. Kerana, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri bersabda,
مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
“Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka silakan ia mengambil tempat duduknya di neraka.” (HR. Bukhari, no. 1291 dan Muslim, no. 3).
Hadis yang kami maksudkan di atas adalah hadis berikut ini,
تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِزْقِ فِي التِّجَارَةِ
“Sembilan dari sepuluh pintu rezeki ada dalam perdagangan.“
Sekarang kita akan meneliti sahih ataukah tidak hadis tersebut.
Perkataan Para Ulama Pakar Hadis
Dalam Al-Istidzkar (8/196), Al-Hafizh Ibnu ‘Abdil Barr mengisyaratkan bahwa hadits ini dha’if (lemah, ed.).
Dalam Al-Mughni ‘an Hamlil Asfar, Al-Hafizh Al-‘Iraqi pada hadits no. 1576 membawakan hadis,
عليكم بالتجارة فإن فيها تسعة أعشار الرزقة
“Hendaklah kalian berdagang karena berdagang merupakan sembilan dari sepuluh pintu rezeki.”
Diriwayatkan oleh Ibrahim Al-Harbi dalam Gharib Al-Hadits dari hadits Nu’aim bin ‘Abdirrahman,
تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِزْقِ فِي التِّجَارَةِ
“Sembilan dari sepuluh pintu rezeki ada dalam perdagangan.” Para perawinya tsiqah (kredibel). Nu’aim di sini dikatakan oleh Ibnu Mandah bahwa dia hidup di zaman sahabat, namun itu tidaklah benar. Abu Hatim Ar-Razi dan Ibnu Hibban mengatakan bahwa hadis ini memiliki taabi’ (penguat), sehingga hadisnya dapat dikatakan mursal[Hadits mursal adalah hadits yang dikatakan oleh seorang tabi’in langsung dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallamtanpa menyebut sahabat. Hadis mursal adalah di antara hadits dha’if yang sifat sanadnya terputus (munqothi’)].
Dalam Dha’if Al-Jaami’ no. 2434, terdapat hadis di atas. Takrij dari Suyuthi: Dari Nu’aim bin ‘Abdirrahman Al-Azdi dan Yahya bin Jabir Ath-Tha’i, diriwayatkan secara mursal. Syaikh Al-Albani berkomentar hadis tersebut dha’if.
Hadis tersebut dikeluarkan pula oleh Ibnu Abid Dunya dalam Ishlah Al-Maal (hal. 73), dari Nu’aim bin ‘Abdirrahman.[1]
Kesimpulan: Hadis tersebut adalah dha’if sehingga tidak boleh disandarkan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, walaupun maknanya mungkin saja benar. Wallahu a’lam bish shawab.
Penjelasan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdirrahman Al-Jibrin
Beliau ditanya, “Apakah hadis ini sahih, yaitu ‘perdagangan adalah sembilan dari sepuluh pintu rezeki’ sebagaimana yang selama ini sering kami dengar?”
Syaikh rahimahullah menjawab, “Aku tidak mendapati hadis tersebut dalam kitab-kitab hadis seperti Jaami’ Al-Ushul, Majma’ Az-Zawaid, At-Targhib wa At-Tarhib dan semacamnya. Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘Abdirrahman Al-Washabi menyebutkan dalam kitabnya Al-Barakah fis Sa’yil Harakah halaman 193, beliau menegaskan bahwa hadits tersebut marfu’ (sampai pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam). Beliau juga menyebutkan beberapa hadis dha’if, namun beliau tidak melakukan takhrij terhadapnya. Sebenarnya hadis tersebut tidak diriwayatkan dalam kitab sahih, kitab sunan, maupun musnad yang masyhur. Yang nampak jelas, hadis tersebut adalah hadis dha’if. Mungkin saja hadis tersebut mauquf (sampai pada sahabat), maqthu’ (hanya sampai pada tabi’in) atau hanya perkataan para ahli hikmah. Perkataan tersebut boleh jadi adalah perkataan sebahagian orang mengenai keuntungan dari seseorang yang mencari nafkah melalui perdagangan.
Sebenarnya, telah terdapat beberapa hadis dalam masalah berdagang yang menyebutkan keutamaanya dan juga menyebutkan bagaimana adab-adabnya sebagaimana disebutkan dalam kitab At-Targhib wa At-Tarhib, yang disusun oleh Al-Mundziri, juga dalam kitab lainnya. Di antara hadis yang memotivasi untuk berdagang adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
الْبَيِّعَانِ بِالْخِيَارِ مَا لَمْ يَتَفَرَّقَا فَإِنْ صَدَقَا وَبَيَّنَا بُورِكَ لَهُمَا فِى بَيْعِهِمَا وَإِنْ كَذَبَا وَكَتَمَا مُحِقَتْ بَرَكَةُ بَيْعِهِمَا
“Orang yang bertransaksi jual beli masing-masing memilki hak khiyar (membatalkan atau melanjutkan transaksi) selama keduanya belum berpisah. Jika keduanya jujur dan terbuka, maka keduanya akan mendapatkan keberkahan dalam jual beli, tapi jika keduanya berdusta dan tidak terbuka, maka keberkahan jual beli antara keduanya akan hilang,” (Muttafaqun ‘alaih)[2]
Juga pada hadis,
أَطْيَبُ الْكَسْبِ عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ
“Sebaik-baik pekerjaan adalah pekerjaan seorang lelaki dengan tangannya dan setiap jual beli yang mabrur.” (HR. Ahmad, Al-Bazzar, Ath-Thabrani dan selainnya, dari Ibnu ‘Umar, Rafi’ bin Khudaij, Abu Burdah bin Niyar dan selainnya). Wallahu a’lam.[3]
Untuk motivasi dalam berbisnis atau berdagang lainnya, silakan simak artikel rumaysho.com: http://rumaysho.com/hukum-islam/muamalah/3055-meraih-berkah-menjadi-pebisnis-muda.html.
Semoga sajian ini bermanfaat.
Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush shalihaat.
وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين
Prepared at night after dinner, in Riyadh-KSA, 1 Muharram 1432 (06/12/2010)
By Muhammad Abduh Tuasikal (Penasihat Komunitas Pengusaha Muslim Indonesia)
Artikel www.pengusahaMuslim.com
Catatan kaki:
[1] Pelajaran di atas kami cuplik dari http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=27340
[2] HR. Bukhari no. 2079 dan Muslim no. 1532
[3] Dicuplik dari http://ibn-jebreen.com/book.php?cat=6&book=50&toc=2304&page=2139&subid=24476
Doa agar banyak harta
Nabi Muhammad saw pernah mendoakan sahabat muda yang berkhidmat kepadanya,
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ، وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ
“Ya Allah, perbanyaklah harta dan anaknya, serta berkahilah apa yang engkau kurniakan padanya.” (HR. Bukhari no. 6334 dan Muslim no. 2480)
Anas kemudiannya menjelaskan, “Sesungguhnya aku termasuk orang Ansar yang paling banyak hartanya.” (HR al-Bukhari, Kitab Saum)
Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Hadits tersebut menunjukkan bolehnya berdo’a meminta banyak harta dan banyak anak pada Allah. Dan hal ini sama sekali tidak menafikan kebaikan ukhrowi (akhirat).” (Fathul Bari, 4/229)
Dalam do’a di atas terdapat dalil bolehnya meminta pada Allah banyak harta dan banyak anak serta keberkahan dalam harta dan anak. Dan di sini terdapat anjuran untuk mendoakan hal dunia namun disertai dengan mendoakan keberkahan di dalamnya. Yang namanya berkah adalah bertambahnya kebaikan dan kebaikan tersebut tetap terus ada. Harta dan anak bisa jadi berfaedah jika dimanfaatkan dalam kebaikan.
Adaptasi dari
1. catatan blog: http://rumaysho.com/belajar-islam/amalan/3429-doa-meminta-panjang-umur-dan-banyak-harta.html
2. Sahabat-sahabat Rasulullah, Syaikh Mahmud al-Misri, Pustaka Ibn Kathir. Beli di ilmusunnah.com
Dari mana datangnya rezeki?
Ketika Nabi Zakaria bertanya kepada Maryam as, “Dari mana datangnya rezeki?”
Soalan ini pernah disampaikan Nabi Zakaria AS kepada MaryamAS sebagaimana terkandung dalam firman Allah SWT: “
Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria sebagai pemeliharanya. Setiap Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata: “Hai Maryam, dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?” Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi Allah.” Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.” (surah Ali Imran, ayat 37)
Maryam as hidup menyendiri di dalam sebuah bilik dengan hanya beribadah kepada Allah. Dia tidak pernah keluar dari bilik tersebut dan tidak seorang pun yang masuk menemuinya kecuali ZakariaAS, iaitu orang yang ditugaskan memeliharanya. ZakariaAS menemuinya dengan membawakan keperluan makan dan minumnya. Namun setiap kali dia masuk ke bilik Maryam, baginda dikejutkan dengan adanya berbagai macam buah-buahan musim sejuk pada saat musim panas dan buah-buahan musim panas pada musim sejuk. Kemudian Zakaria AS merasa hairan dan bertanya kepada Maryam: “Dari mana rezeki ini?” Maka Maryam menjawab: “Sesungguhnya rezeki ini datang dari sisi Allah yang memberikan rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia-lah sebaik-sebaik Pemberi rezeki.”
Masalah rezeki merupakan masalah sangat penting, oleh sebab itu lafaznya diulang di dalam Al Qur `an lebih dari seratus kali. Kerana rezeki merupakan salah satu perbuatan konkrit yang menunjukkan sifat rubuubiyyah (pemeliharaan) dan bukti agung atas kewujudan Allah Jalla jalaaluh.
Kisah pengikut Nabi Isa diberikan rezeki hidangan makanan dari langit
Demikianlah mengapa hawaariyyun (pengikut setia Nabi Isa) meminta Nabi Isa AS agar Tuhannya berkenan menurunkan kepada mereka hidangan dari langit, sehingga mereka dapat memakan hidangan tersebut dan menjadi tenang hati mereka. Kemudian baru mereka akan mengakui dan meyakini kebenaran Nabi Isa Al-Masih alaihissalaam dan bersaksi bahawa itu adalah suatu bukti nyata dari Allah SWT.
Sebagaimana firman-Nya: “(Ingatlah), ketika pengikut-pengikut` Isa berkata: “Hai` Isa putera Maryam, bersediakah Tuhanmu menurunkan hidangan dari langit kepada kami?”
Nabi Isa menjawab:” Bertakwalah kepada Allah jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman “.
Mereka berkata; “kami ingin memakan hidangan itu dan supaya tenteram hati kami dan supaya kami yakin bahawa kamu telah berkata benar kepada kami, dan kami menjadi orang-orang yang menyaksikan hidangan itu.”
Isa putera Maryam berdoa: “Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami \, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rezekilah kami, dan Engkaulah Pemberi rezeki Yang Paling Utama.”
Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah (turun hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan seksaan yang tidak pernah Aku timpakan kepada seorangpun di antara umat manusia “. (surah Al Maidah, ayat 112-115)
Sebelumnya, Nabi Isa AS telah menasihati para pengikutnya agar merasa cukup dengan rezeki yang telah Allah SWT kepada mereka di bumi dan agar tidak meminta hidangan makanan dari langit. Kerana jika hidangan itu turun kepada mereka, maka hal itu merupakan sebuah tanda dari Tuhan mereka dan mereka akan diuji dengannya. Namun mereka enggan menuruti nasihat tersebut dan tetap meminta agar diturunkan hidangan dari langit. Lalu Nabi Isa AS memohon Tuhannya untuk menurunkan hidangan dari langit.
Allah Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki
Sumber rezeki dan Sang Pemberi rezeki yang hakiki adalah Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Katakanlah:” Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”. “(surah as-Saba`, ayat 23)
Maka Allah SWT adalah Zat Maha Pemberi rezeki, yang memberi rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya. Dia pula yang melapangkan, menghalang dan menyempitkan rezeki bagi sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Di tangan-Nya terdapat segala kebaikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Allah SWT berfirman maksudnya:
“Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.” (surah Adz-Dzariyaat, ayat 58)
Ar-Razzaaq merupakan salah satu daripada nama-nama Allah SWT yang indah. Dia SWT yang telah menciptakan manusia beserta rezeki mereka, lalu menuntun mereka kepadanya dan menyediakan pelbagai cara untuk dapat menikmati rezeki tersebut.
Ar-Razzaaq merupakan sifat yang hanya dimiliki oleh Allah SWT. Sehingga, hanya dari-Nya kita mengharap datangnya rezeki dan hanya kepada-Nya kita bertawakal dalam berupaya mendapatkannya.
Allah SWT telah menafikan, bahawa tidak seorang pun atau sesuatu sembahan orang-orang musyrik yang sanggup menguasai rezeki. Dan Dia SWT memerintahkan untuk mengharap rezeki dari sisi-Nya, lalu menyembah hanya kepada-Nya dan bersyukur atas rezeki yang telah diberikan. Sebagaimana Allah SWT berfirman yang maksudnya:
“Dan mereka menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberikan rezeki kepada mereka sedikitpun dari langit dan bumi, dan tidak berkuasa (sedikit juapun).” (surah An-Nahl, ayat 73)
Dan firman-Nya bermaksud,
“Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala, dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepadamu; maka mintalah rezeki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan.” (surah Al-’Ankabuut, ayat 17)
Rezeki saya sempit, bagaimana meluaskannya?
Ust. Suhili Nain, Sepangar, Kota Kinabalu menuliskan dalam status fb beliau sebuah perkataan yang wajar direnugkan:
Rezeki Saya Sempit, Bagaimanakah Untuk Meluaskannya?
Antara sebab rezeki kita sempit, kerana kita menyempitkan pengertian rezeki itu sendiri. Kita melihat rezeki itu dalam skop yang sempit, seperti duit, harta benda dan perkara yang bersifat material.
Rezeki itu tidak terbatas material, ia juga boleh jadi kesihatan, kelapangan waktu untuk melakukan kebaikan, rakan-rakan yang soleh, dan juga idea yang bernas.
Luaskan pengertian dan skop kefahaman anda terhadap rezeki. Insya’ ALLAH rezeki anda tidak akan terasa sempit lagi.
Ulasan saya
Konsep Mencari Rezeki
Ramainya manusia yang keluar dari awal pagi dan pulang lewat malam mencari sesuatu yang mereka tidak mengerti. Mereka masuk pejabat/ termpat kerja dan pulang, menanti hujung bulan untuk mendapatkan wang yang dinamakan sebagai gaji. Pada kebanyakan orang, itulah yang dinamakan rezeki yakni gaji yang berupa wang yang mampu ditukar dengan banyak benda dan barang pada hari ini.
Dan wang atau gaji itu seharusnya diperoleh dari kerja makan gaji. Ranking tertinggi kerja makan gaji ialah di sector kerajaan, kemudiannya di sector syarikat-syarikat konglomerat yang besar-besar. Dikatakan ‘establish’ yakni kukuh. Kata mereka kerja tetap dan pendapatan konsisten.
“Tiada kerja tetap, yang ada ialah tetap bekerja.” Demikian perkataan seorang ustaz,pendakwah dan penulis buku ‘best seller’ dari Indonesia, Ustaz Zainal Abidin Syamsuddin.
Rezeki merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Arab dan disebutkan di dalam Al-Qur’an banyak kali. Bahkan persoalan rezeki termasuk perkara usul yakni asas dalam agama Islam. Salah satu nama Allah yang mulia disebut ar-Rozzaq. Maksudnya Yang Maha Memberi Rezeki.
Untuk bahagian ini saya bawakan dahulu beberapa ayat-ayat al-Qur’an yang menjelaskan maksud rezeki.
1. Haiwan ternakan
“Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” (surah al-Hajj, 22: 28)
2. Buah-buahan
“ Ya rabb kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah engkau (baitullah) yang dihormati, ya rabb kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur. (surah Ibrahim, 14:37)
3. Syurga, bidadari, buah-buahan dan minuman dalam syurga
“Dan orang-orang yang berhijrah di jalan allah, kemudian mereka di bunuh atau mati, benar-benar allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik (surga). Dan sesungguhnya allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.” (surah al-Hajj, 22: 58)
“49. Ini adalah kehormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, 50. (yaitu) syurga ‘Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka, 51. di dalamnya mereka bertelekan (diatas dipan-dipan) sambil meminta buah-buahan yang banyak dan minuman di surga itu. 52. Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya. 53. Inilah apa yang dijanjikan kepadamu pada hari berhisab. 54. Sesungguhnya ini adalah benar-benar rezeki dari Kami yang tiada habis-habisnya.” (Surah Shad 38: 49-54)
4. Makanan
“Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: “Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?” Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi Allah.” Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.” (Surah Ali Imran, 3: 37)
Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun. (surah as-Saba’ 34: 15)
Bajet 2013 – 87. PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA
PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA
Tuan Yang di-Pertua,
87. Bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, serta merealisasikan visi dan hala tuju strategik ATM sesuai dengan keperluan semasa, Kerajaan bersetuju untuk menambah baik skim perkhidmatan ATM. Sehubungan itu, syarat lantikan bagi skim perkhidmatan ATM telah ditambah baik dengan kelayakan masuk bagi pegawai ditingkatkan kepada Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan bagi askar laskar kelayakan masuk minimum ditingkatkan ke peringkat SPM dan Diploma berdasarkan skop tugas.
88. Mengambil kira keunikan perkhidmatan ATM, Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan peluang kenaikan pangkat anggota ATM melalui kaedah kenaikan secara time-based anggota berpangkat prebet ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh 8 tahun dengan memenuhi syarat-syarat serta prestasi yang memuaskan. Ini adalah bagi meningkatkan peluang kemajuan kerjaya serta motivasi anggota ATM. Usaha ini akan memberi faedah kepada seramai 78,123 anggota dan melibatkan peruntukan sebanyak 107 juta ringgit.
89. Di samping itu, Kerajaan juga bersetuju memberikan bayaran insentif khas dengan kadar 200 ringgit sebulan kepada semua pegawai dan anggota ATM seramai 125,708 orang berkuat kuasa 1 Januari 2013. Langkah ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak 301 juta ringgit.
90. Kerajaan menghargai peranan pasukan simpanan angkatan tentera sebagai pelengkap dan sokongan kepada angkatan tetap ATM. Bagi menghargai sumbangan mereka, Kerajaan bersetuju untuk menyelaras elaun khidmat bertugas daripada 4 ringgit sejam bagi anggota biasa kepada 6 ringgit sejam dan RM5.80 sejam kepada RM7.80 sejam melibatkan 65 ribu anggota simpanan angkatan tentera yang merangkumi Askar Wataniah serta Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan Udara di seluruh negara. Kadar baru ini telah pun dikuatkuasakan untuk RELA, JPAM dan PVR sebelum ini.
91. Kerajaan juga tidak lupa jasa bakti pahlawan negara. Untuk membantu bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun serta tidak berpencen, Kerajaan bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak 1 ribu ringgit secara one-off kepada mereka. Peruntukan sebanyak 224 juta ringgit yang melibatkan 224 ribu bekas tentera ini akan dikongsi bersama oleh Kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
92. Kerajaan juga akan memperkenalkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat dengan peruntukan 12 juta ringgit. Skim ini akan memberi had perlindungan maksimum sehingga 15 ribu ringgit kepada hampir 242 ribu anggota tentera dan polis.
93. Pada masa ini, Kerajaan meminjam sebanyak 6 bilion ringgit setahun untuk membiayai keperluan pinjaman perumahan penjawat awam yang diuruskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan. Sebagai sebahagian daripada usaha konsolidasi fiskal dan mengurangkan beban tanggungan kewangan Kerajaan, BPP akan disusun semula di mana Kerajaan akan melantik panel bank komersial untuk menguruskan pinjaman perumahan Kerajaan yang baru berkuat kuasa Januari 2013. Segala manfaat dan bantuan sedia ada yang dinikmati oleh penjawat awam akan tetap dikekalkan malah ditambah baik. Penjawat awam masih tetap membayar 4 peratus kadar faedah ke atas pinjaman perumahan.
94. Selain itu, pada masa ini, wang proses yang dikenakan bagi setiap permohonan pinjaman perumahan penjawat awam adalah sebanyak 1 ringgit bagi setiap 1,000 ringgit pinjaman yang dipohon bagi pinjaman kali pertama dan 2 ringgit bagi pinjaman kali kedua. Bagi mengurangkan beban kewangan dan memudahkan proses kelulusan pinjaman, Kerajaan bersetuju untuk menetapkan wang proses ini pada kadar 100 ringgit bagi setiap permohonan tanpa mengambil kira jumlah pinjaman yang dipohon.
95. Kerajaan turut memberi perhatian untuk meringankan beban kos sara hidup bagi pelatih-pelatih yang mengikuti kursus pra perkhidmatan di peringkat ijazah, diploma dan sijil. Dengan ini, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan yang melibatkan 31,135 pelatih. Skim perkhidmatan yang terlibat adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi, Juru X-Ray, Jururawat, Jururawat Pergigian, Jurupulih Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruteknologi Pergigian, Jururawat Masyarakat, Pembantu Kesihatan Awam dan Pembantu Pembedahan Pergigian. Untuk ini, sebanyak 84.2 juta ringgit akan disediakan.
Tinggalkan Komen