Berucap : 2 tips teknik berucap
Salah satu kemahiran penting bagi seorang jurujual (bisnesman) ialah kemahiran berucap.
Tidak kira yang dijual itu produk atau servis. Hatta guru dan ustaz juga adalah seorang jurujual. Mereka menjual ilmu dan keyakinan untuk diamalkan.
1. Audien sasaran
Produk / servis yang sama boleh dijual pada kelompok sasaran yang berbeza. Kereta boleh dijual kepada petani, guru dan pegawai tinggi. Waima kereta yang sama jenis, harga dan rekabentuk. Hanya sahaja teknik dan pendekatannya berbeza.
Prinsip asas mungkin sahaja saja. Namun contoh-contohnya perlu dekat dengan pendengar.
Sebagai contoh berucap dihadapan orang kampung mungkin perlu banyak menggunakan peribahasa dan kata pepatah lama.
“Pisang sesikat, gulai sebelanga. Duduk dekat-dekat, kerja sama-sama”. Ini contoh pepatah lama yang selalu saya gunakan pada permulaan ucapan. Khusus untuk mengajak audien memenuhkan kerusi bahagian hadapan.
2. Tempoh berucap
Hati-hati bahkan awas dengan tempoh berucap yang diberikan. Pemidato yang berucap dalam sela masa yang ditetapkan akan lebih dihormati.
Saya penah berucap dari julat masa seringkat 10 minit hingga ke 2 jam. Teknik dan seninya berbeza. Adakalanya lebih ringkas lebih baik. Terutama ketika berucap dengan audien yang bekerja dengan angka (merujuka kepada staf bank).