Teknologi menyimpan daging
Teknologi ada dua. Pertama teknologi fizikal atau ‘hard technology’. Kedua, ‘soft technology’. Ia berupa prosedur, teori, prinsip atau boleh juga petua.
Hari ini, yang banyak dicipta ialah teknologi fizikal. Bermacam-macam mesin, robot atau alat direka untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup manusia. Maka lahirlah komputer, kalkulator, kapal terbang, tren, telefon bimbit dan macam-macam lagi.
Manakala pembangunan teknologi lembut ‘soft technology’ tidak serancak teknologi fizikal. Jika ada pun ia tidak begitu diraikan. Manusia (sebahagian besar darinya) begitu teruja @ obses dengan model telefon bimbit terbaru dari penemuan teori parallel universe.
Peti sejuk
Satu dari teknologi yang rekaan manusia ialah peti sejuk. Antara banyak tujuan dan keperluan peti sejuk, satu dari nya yang paling utama ialah menyimpan daging segar.
Namun saiz ruang sejuk beku untuk peti sejuk biasa agak terhad. Lebih-lebih lagi untuk musim perayaan atau musim hari raya korban. Idea memiliki peti sejuk yang lebih besar, semata-mata untuk kegunaaan setahun sekali-dua agak tidak praktikal.
Lebih-lebih lagi peti sejuk menyumbang kepada penipisan ozon.
Peti sejuk ialah teknologi fizikal untuk menyimpan daging mentah. Saya fikir peti sejuk wujud hampir (paling awal) 100 tahun yang lalu. Sedangkan manusia wujud sudah beribu-ribu tahun. Walaupun tiada catatan yang absah tentang tarikh manusia pertama (Nabi Adam) diturunkan ke muka bumi, namun berdasarkan kiraan Masihi, sekurang-kurangnya manusia sudah berkomuniti lebih 2000 tahun yang lalu.
Manusioa sudah berteknologi sejak zaman Nabi Adam. Dan teknologi menyimpan daging mentah sudah pasti wujud lebih awal dari ciptaan peti sejuk.
Saya catatkan beberapa teknologi tradisional menyimpang daging mentah.
1. Rendam dalam wine
Ini teknologi masyarakat Barat dan Eropah. Mereka merendam daging mentah di dalam wine agar tahan lama. Secara tidak langsung daging ini dijeruk. Dari ini maka lahir ‘steak’, merujuk kepada daging bakar yang telah lama direndam dalam wine.
Rendang terkenal sebagai makanan tradisional melayu. Ramuan rempah ratus dalam masakan rendang menjadikan makanan ini tahan lama. Bahkan ada yang tahan sehingga berbulan-bulan. Antara yang dikenali termasuk rendang tok atau serunding. Beginilah antara cara orang Melayu zaman dahulu menyimpan daging yang banyak.
Kaedah ini terkenal di Negeri Sembilan. Saya pun masih belum arif tentang teknik ini.
4. Daging perkasam
Ini teknik yang saya dapat dari bonda saya. Katanya, teknik ini digunakan oleh gemulah datuk saya.

