Talhah bin Ubaidillah: Yang Paling Kaya dan Paling Dermawan

Talhah bin Ubaidillah: Yang Paling Kaya dan Paling Dermawan

Mohd Riduan b Khairi, PPY Borneo. IMG00802-20120726-1647

Talhah bin Ubaidillah merupakan salah sorang sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam yang utama. Beliau termasuk golongan yang awal memeluk Islam dan namanya disebut oleh Rasulullah sebagai 10 sahabat yang dijamin masuk syurga.

Ali bin Abi Talib meriwayatkan dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya,

“Talhah dan Az-Zubair adalah jiran aku di syurga.” (riwayat Tirmidzi, hasan)

Talhah termasuk dari kalangan sahabat Nabi yang bijak berniaga dan antara yang paling kaya sebaris dengan Abdul Rahman bin Auf, Uthman Affan dan sahabat baiknya Zubair al Awwam Radiyallahuanhum Ajmain.

Sejak sebelum memeluk Islam, beliau sudah dikenali sebagai seorang pemuda yang bijak berniaga. Ibnu Khaldun di dalam kitab Muqaddimahnya membawak riwayat bahawa pada zaman khalifah Uthman bin Affan, perolehan perniagaan Talhah di Iraq sahaja sudah mencecah 1000 dinar setiap hari (bersamaan 600 ribu atau lebih setengah juta). Disebutkan hasil perniagaan beliau di Ash-Sharah lebih banyak dari itu. Beliau juga memiliki banyak ladang di Madinah dan hamba.

Manakala Ibn Jawzi di dalam kitabnya Talbis Iblis menyatakan bahawa  Talhah bin Ubaidillah telah meninggalkan harta sebanyak 300 bahar sedangkan satu bahar itu sama dengan pikulan satu unta.

Tentunya semua harta yang beliau peroleh itu datang dari rezeki yang Allah limpahkan kepadanya. Di samping itu Talhah dikenali sebagai seorang yang amat rajin dan bersungguh-sungguh dalam bekerja. Kegigihan beliau itu dibawa sejak sebelum memeluk Islam. Beliau seorang yang suka berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.

Imam Al Humaidi meriwayatkan di dalam kitab Al Fawa’id dari riwayat Qais bin Abi Hatim, dia berkata, “Aku pernah menemani Thalhah bin Ubaidillah. Aku belum pernah melihat seseorang yang lebih banyak mengumpulkan harta tanpa meminta-minta melebihi dia.”

Sikap Dermawan Talhah

Kekayaan dan harta yang beliau peroleh dimanfaat sepenuhnya untuk digunakan pada jalan kebaikan. Talhah dikenali dengan sikap dermawan.

“Jika ada pernikahan di antara mereka, Thalhah dan Zubaid akan menawarkan susu dan madu untuk minum.” (riwayat An Nasai dengan sanad yang sahih) 

Bukan sahaja gigih mencari harta dan gemar bersedekah, bahkan beliau bimbang dan gusar ketika hartanya banyak tanpa digunakan. Ini sebagaimana diceritakan oleh isteri Talhah bernama Su’da katanya:

“Suatu hari aku datang kepada Talhah dan melihat wajahnya sugul. Aku bertany,” Mengapa kamu sedemikian? Barangkali ada sesuatu dari kami yang meragukanmu, sehingga kami merubahnya agar kamu redha. Dia menjawab, “Tidak. Kamu adalah sebaik-baik isteri seorang Muslim. Sebaliknya ialah hartaku banyak, dan aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan pada harta itu. Kata isterinya, “Apa yang menggusarkanmu. Panggil sahaja kaummu, bahagikan harta itu kepada mereka.” Talhah berkata, “Pelayan! Panggil kaumku.” Lalu aku bertanya kepada pelayan, “Berapa banyak harta yang diberikan?” Jawab pelayan, “Empat ratus ribu.” (riwayat Tabrani dipetik dari Sahih Targhib wa Tarhib) 

Hal yang sama juga diceritakan Dari Al Hasan, dia berkata, “Thalhah pernah menjual sebidang tanah berharga 700,000 dirham. Wang sebanyak itu dia simpan pada malam harinya. Ternyata dia sulit untuk tidur pada malam itu disebabkan wang tersebut. Maka, pada pagi esok harinya dia membahagikan semua wang tersebut.” (riwayat Ahmad)

Assaib bin Zaid berkata tentang Thalhah, katanya, “Aku berkawan dengan Thalhah baik dalam perjalanan maupun sewaktu bermukim. Aku melihat tidak ada seorangpun yang lebih dermawan dari dia terhadap kaum muslimin. Ia mendermakan wang, sandang dan pangannya.”

Jaabir bin Abdullah bertutur, ” Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dermawan dari Thalhah walaupun tanpa diminta.” Oleh karena itu patutlah jika dia dijuluki “Thalhah si dermawan”, “Thalhah si pengalir harta”, “Thalhah kebaikan dan kebajikan”.

Akan datang: Tips Kaya Talhah bin Ubaidillah

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: