Arkib bagi Kategori ‘Motivasi’

Meraih Kekayaan di Dunia dan Akhirat

Tips-tips Murah Rezeki

Seorang lelaki membangkitkan keraguannya, “Bolehkah perniagaan kita ini meraih keuntungan yang multi-billion ringgit?”

Hasilnya terserah kepada jawapan kita. Kalau kita jawab boleh, maka pepatah Melayu mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak seribu cara, mahu seribu daya.

Pengarang Kitab Sahih Bukhari, yang bernama Muhammad bin Ismail kelahiran Bukhara menyatakan bahawa setiap amal perbuatan dan percakapan itu perlu didahului dengan ilmu pengetahuan (al-ilmu qobla qaul wal amal).

Demikian juga ilmu mencari rezeki.

Ilmu Mecari Rezeki

Dalam lisan Melayu mecari rezeki disebut juga sebagai mencari sesuap nasi. Namun kalau dalam budaya Barat-Inggeris istilah itu bertukar menjadi ‘bread & butter’. Semua itu tergantung kepada adab dan budaya setempat.

Pertama sekali yang harus difahami ialah makna rezeki itu tersendiri. Pada zaman yang banyak perkara dinilai dengan wang, maka wang menjadi definisi paling popular bagi rezeki.

Rezeki juga mencakup makanan, pakaian, kesihatan, rumah yang luas, kenderaan yang selesa, isteri-suami yang soleh, anak-anak yang soleh dan banyak lagi. Antara banyak-banyak rezeki dan nikmat yang paling besar patut disyukuri oleh manusia ialah rezeki beriman dan beramal soleh kepada Allah Azza Wa Jalla.

Justeru, mungkin sebilangan orang wang dan emanya terhad, namunAllah tetap limpahkan dalam hatinya kelapangan dan kemudahan hidup. Tidur mereka asal letak kepala atas bantal, maka berlabuhlah. Bandingkan rezeki dan nikmat yang mreka peroleh berbanding sang pemilik rumah banglo berhalamankan kolam renang, saban malam berjam-jam atas tilam empuk, masih bertarung melelapkan mata.

(insya Allah akan dibahas lebih lanjut bersama dengan dalil syar’ie)

Sang Pemberi Rezeki

Tidak kalah penting dalam hal mencari rezeki ialah mengenal Sang Pemberi Rezeki. Dari 99 nam-nama-Nya, Sang Pemberi Rezeki ini disebut juga ‘Ar-Raaziq’.  Yakni Allah Azza Wa Jalla.

Sang Pemberi Rezeki ini bukan sembarangan. Kerana seluruh isi dunia, langit dan bumi itu adalah miliknya. Dia lah yang memiliki hari-hari yang telah berlalu, hari ini dan hari-hari yang akan datang. Seluruh harta dan kekayaan yang dimiliki manusia seluruh dunia, sepanjang zaman sehingga hari akhirat itu didaftarkan milik Allah Azza Wa Jalla.

Dengan mengenal Allah melalui nama-nama dan sifat-sifatnya, manusia akan lebih mudah meraih rezeki dari Sang Pemberi Rezeki ini.

Antara bacaan khusus yang baik membahas tentang nama-nama dan sifat-sifat Sang Pemberi Rezeki ini termasuklah ;

1. Lum’atul I’qtiqod oleh Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi rahimahullah. Ia telah dibahas oleh Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah.

2. Syarah Asmaul Husna oleh Dr Said bin Ali bin Wahf al-Qahthani.

Cara atau Kaedah Mecari Rezeki

Tidak ada yang Maha Memberi Rezeki melainkan Allah semata-mata. Baik seorang guru, penjawat awam, petani, pesawah, peniaga pasar malam dan semuanya; semua rezeki yang mereka perolah adalah dari Allah. Hanya sahaja rezeki setiap manusia itu melalui jalan-jalan yang berbeza-beza.

Bekerja atau berusaha mecari rezeki adalah salah satu dari sekian jalan-jalan yang ditetapkan oleh Allah sebagai sebab datangnya rezeki. Jika tidak masakan Allah memerintahkan Nabi Musa menghentakkan tongkat supaya terbelah Laut Merah. Walhal Allah boleh sahaja membelahkan lautan itu tanpa sebab tongkat. Jika tidak, masakan Allah memerintah kan Hajar yang kelemahan menggoyangkan pohon kurma untuk mendapatkan buahnya. Apalah daya yang milikin oleh wanita yang sarat melahirkan anak untuk menggoyangkan pohon kurma!

Ininya adalah Allah mahu mengajarkan manusia bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu ada sebab musababnya. Kerja dalah satu sebab yang ditetapkan oleh Allah Azza Wa Jalla.

Adakah itu sahaja? Inilah yang amat rugi lagi merugikan apabila kita meninggalkan cara dan kaedah lain untuk mencari rezeki. Sarjana Islam menghimpunkan sekurang-kurangnya ada 10 lagi sebab dan cara untuk meraih rezeki dari Allah Azza Wa Jalla. Ia disebut dalam Al-Qur’an dan hadis secara jelas.

Antaranya Allah janjikan, Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi…(Al-A’raf: 96)

Ribuan tahun dahulu siapa pernah menyangkan bahawa ada emas yang jauh lebih berharga dari emas kuning tersimpan bawah tanah-tanah yang dipijak oleh negara yang bertauhid?

Bahkan 10 atau 20 tahu dahulu siapakah yang dapat menyangka Allah memberi rezeki ribuan ringgit pada setiap kilo sarang burung layang-layang.

Atau siapa pernah jangka bahawa di perut Sungai Batang Lupar itu tersimpah ‘harta’  yang bernilai lebih 10 ribuan ringgit sekilo. Subhanallah. Benar janji Allah. Keberkatan dari langit dan bumi itu bila-bila masa sahaja boleh Allah keluarkan dengan kehendaknya.

Iman yang benar telah mebuktikan sepanjang zaman bahawa ia merupakan asbab yang paling utuh turunnya rezeki kepada seseorang.

Maharaja yang paling berkuasa dan berpengaruh sepanjang zaman itu adalah dari kalangan orang-orang yang beriman. Beliau diberikan segala sesuatu yang tidak diberikan kepada sesiapapun sedudahnya yakni Nabi Sulaiman alaihissalam. Kerajaannya merentasi angin, jin dan haiwan. Semua tunduk dan patuh kepada perintahnya.

Kita telusuri pula sirah Nabi Muhammad saw. Zahirnya beliau miskin, namun manusia miskin mana pernah beristeri 8 sekali dalam satu-satu masa. Bahkan ada riwayat menyebutkan bahwa para isteri Nabi pernah bertemu dengan Nabi untuk meminta tambahan belanja dapur. Tentu sahaja hal ini berlaku bukan atas rasa tamak dan inginkan dunia, namun para isteri Nabi yang diredhai Allah itu yakin dan percaya bahawa suami mereka mampu untuk melakukan hal itu.

Bukti Nabi itu manusia yang kaya ialah, beliau tidka pernah mengatakan tidak pada setiap permintaan yang datang dari orang yang meminta. Kata para sahabat, tangan kanannya seperti angin yang berhembus.

Diriwayatkan juga bahawa beliau pernah bersedekah dengan satu lembah kambing. Disebutkan satu lembah kerana jumlahnya tidak terkira. Pernahkah kita terbayangkan hari ini manusia yang paling kaya berinfak dengan jumlah harta yang dia sendiri tidak tahu berapa banyaknya. Melainkan jumlah itu dicatat untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan!

Demikian juga dengan sahaba-sahabat Nabi yang sangat kaya seperti Abdurrahman bin Auf, Uthman bin Affan, Muhammad bin Maslamah dan beberapa lagi. Pernahkah kita terbayang seorang sahabat mewariskan setiap isterinya selepas mati dengan harta sejumlah 100 ribu dinar!

Saya menemui beberapa buah buku yang bermanfaat menyangkut isu rezeki.

  1. Bagaimana Salaf Mencari Rezeki oleh ‘Abdul Malik Al-Qosim (Al-Qowam, Solo 2006)
  2. Cara Mudah Mencari Rezeki oleh Fuad Shalih (Pustaka Tazkia, Jakarta 2009)
  3. Kunci Rezeki oleh Dr Abdullah Yassin (Al-Furqan, KL 2004)
  4. Pembuka 10 Kunci Mudah Kaya oleh Dr Fadhl Ilaahi (Al-Hidayah, KL 2008)
  5. Panduan Mencari Rezeki Halal oleh Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni (Al-Shafa, KL 2009)

Sebelum kita melangkah jauh tentang taktik dan teknik bisnes, pengurusan dan pemasaran ; adalah sangat berfaedah seorang penguasa atau bisnesman memahami prinsip dan konsep asas ini.

Supaya benis yang ditabur tumbuh dengan subur, supaya produk yang dijual diberi orang banyak, dan juga supaya servis yang dilakukan memuaskan hati pelanggan.

Orang Kaya Beriman : Imam Malik rahimahullah

Yang Kita Tahu

Imam Malik bin Anas (semoga Allah merahmati beliau) lahir 93H, wafat 179H. Beliau kenali sebagai pendiri mazhab Maliki. Kitab beliau yang terkenal ialah Muwatha yang menghimpunkan hadis-hadis nabi, fatwa sahabat nabi dan pendapat Imam Malik sendiri.

Beliau merupakan anak murid Nu’man bin Tsabit seorang tabi’in atau lebih dikenali sebagai Imam Abu Hanifah, pendiri mazhab Hanafi.

Pujian Ulama Kepada Imam Malik

Imam Ahlus Sunnah, Imam Ahmad bin Hanbal berkata,

Jika engkau melihat seseorang yang membenci imam malik, maka ketahuilah bahwa orang tersebut adalah ahli bid’ah.”

Seseorang bertanya kepa Imam As-Syafi’i,

Apakah anda menemukan seseorang yang (alim) seperti imam malik?” As-Syafi’i menjawab, aku mendengar dari orang yang lebih tua dan lebih berilmu dari pada aku, mereka mengatakan kami tidak menemukan orang yang (alim) seperti Malik, maka bagaimana kami(orang sekarang) menemui yang seperti Malik?”

Yang Jarang Kita Ketahui

Imam yang mendapat jolokan Imam Darul Hijrah yang bermaksud Imam negeri hijrah yakni kota Madinah. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana. Namun begitu ia tidak pernah menjadi halangan kepada beliau untuk tekun belajar dan menuntut ilmu. Menurut satu riwayat, ibunya terpaksa menjual tiang rumahnya hanya untuk membayar biaya pendidikannya.

Imam Malik menyibukkan dirinya dengan ilmu Al-Qur’an dan hadis. Beliau berguru dengan ratusan ulama yang lain dan menghimpun hadis dari ramai periwayat hadis.

Namun yang menakjubkan Imam Az-Zahabi melaporkan Imam Malik rahimahullah ketika wafatnya, beliau meninggalkan 2627 dinar dan 1000 dirham. (Rujuk biografi beliau dalam Siyar A’lam an-Nubala’).

Jika mahu dihitung-hitung satu dinar bernilai hampir 600 ringgit hari ini. Dan jumlah nilaian ini benar dan tidak jauh bezanya. Kerana pada zaman nabi, seekor kambing boleh dibeli dengan harga 1 dinar. Ini bermaksan ketika mati, Imam Malik meninggalkan wang berjumpah lebih 1.5 juta ringgit.

Maha suci Allah. Ini merupakan satu cebis dari kisah-kisah orang-orang kaya beriman. Insya Allah editorial Nota Usahawan akan menampilkan bukti-bukti dari kisah generasi salah, kisah-kisah orang-orang yang kaya iman dan juga kaya hartanya di dunia.

Buat para pedagang

Dakhil bin Ghunaim al-Awwad

Pengantar : Syaikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin

Penerbit : Aqwam

Bisnes dan usahawan merupakan satu dari subjek kajian saya. Kalau ada yang tanya untuk kampus universiti mana? Maka jawabnya kampus universiti kehidupan.

Bisnesman dan solat

Allah perintah dalam Surah An-Nur 37-38 :

“Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang. supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya ALlah menambah karunia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas.”

Ayat ini khusus didedikasikan khusus kepada para peniaga. Perintah mengingati Allah, mendirikan solat dan membayar zakat. Padahal 3 perintah ini diwajibkan bukan sahaja kepada pedagang, bahkan semua orang beriman.

Namun penegasan ini dibuat kerana golongan pedagang seringkali terdedah untuk melalaikan 3 urusan ini. Dan di akhir ayat 38, Allah memberi jaminan untuk memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tentunya yang temasuk dalam sesiapa yang Dia kehendaki ialah orang yang patuh pada 3 perkara yang disebutkan dalam ayat sebelumnya.

Poin-poin lain

Saya menemukan beberapa hadith dan atsar (perkataan sahabat) berkaitan bisnes. Saya fikir ia sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan.

1. Pesan untuk amanah dalam menjaga timbangan.  Bahkan ayat mengenai ancaman terhadap orang yang curang dalam timbangan disebut beberapa kali.

Al-Muthoffifin 1-4

“Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang. (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi. dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. Tidaklah orang-orang itu menyangka, bahwa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan.”

2. Sumpah palsu alias iklan yang berlebihan

“Sumpah dapat melariskan barangan, namun juga menghilangkan keberkahan @ keuntungan” (Bukhari & Muslim)

Tidak sedikit dari kalangan peniaga Muslim yang beriya-iya mempromosi produk mereka secara keterlaluan. Sehingga produk yang ditawar sebenarnya, ‘indah khabar dari rupa’.

Nabi mengharamkan jualan yang menyembunyikan kecacatan produk,

“Tidak halal dia menjual satu barang kepada saudaranya yang diketahui cacatnya, kecuali peniaga itu harus memberitahu pada saudara tersebut” (Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim ; hasan menurut Ibnu Hajar al-Asqalani)

Pasar dunia dan pasar akhirat

Atha bin Yasar selalu memanggil peniaga yang lalu di majjid. Dia bertanya apa yang mereka jual dan apa yang mereka mahu. Jika peniaga itu mahu menjual barang itu kepadanya maka Atha berkata, “Pergilah ke pasar dunia, di sini ialah pasat akhirat” (Muwatha’)

Bisnes dan Cari Rezeki

Saya sedang membuat sedikit bacaan tentang bisnes secara Islami. Kerana tidak sedikit dari sahabat dan kenalan saya berbisnes. Ada yang melakukan bisnes secara online, ada yang terlibat dalam ‘pembuatan’ (manufacturing), ada  pula yang membuka kafeteria dan berbagai lagi. Sebahagian yang lain pula masih bekerja ‘makan gaji’, namun sudah mula berjinak-jinak dalam dunia bisnes.

Tidak syak lagi, bisnes sudah mula menjadi kerjaya pilihan.

Dalam tradisi Islam, tidak sedikit figure agama melibatkan diri dalam bisnes. Semua maklum Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau) sebelum dilantik menjadi rasul adalah seorang bisnesman. Isteri beliau, Khadijah juga seorang peniaga yang masyhur dan kaya.

Juga peribadi-peribadi selepas beliau, termasuk yang paling dikenali kerana kayanya ialah Abdurrahman bin Auf.

Mula Bisnes

Pada yang tidak bisnes, awal bisnes pada mereka ialah ‘modal’. Ini adalah jawapan orang yang langsung tidak pernah menjual, hanya tahu membeli.

Rasulullah (selawat dan salam kepada beliau) bermodalkan dirinya sahaja untuk memulakan perniagaan. Yang mengeluarkan modal ‘material’ ialah Khadijah bin Khuwailid (ketika itu belum menjadi isteri nabi). Modal Nabi Muhammad ialah ‘kejujuran’ atau istilah modennya ‘integriti’.

Rezeki

Satu perkara yang tidak kalah penting, perlu berjalan seiring dengan kejujuran ialah memahami konsep rezeki menurut agama.

Beberapa soalan ini perlu difahami dengan benar :

  1. Maksud rezeki. Adakah ia sebatas wang dan ringgit sahaja. Atau setakat harta, tanah, rumah, barang kemas dan kereta.
  2. Pemberi rezeki. Siapakah yang memberi rezeki yang sebenar. Adakah ia majikan tempat bekerja? Adakah pelanggan yang memberikan rezeki kepada peniaga? Atau adakah pemerintah yang memberikan rezeki kepada penjawat awam?
  3. Mengurus rezeki : Kemana rezeki wajib disalurkan? Kemana rezeki haram dibelanjakan?

Ini beberapa soalan yang perlu dibenahi dengan cermat. Mencari rezeki bukan sekadar menambahkan wang dan harta. Perhatian saya dalam membaca tersangkut pada persoalan ini.

Saya menemui beberapa buah buku yang bermanfaat menyangkut isu rezeki.

  1. Bagaimana Salaf Mencari Rezeki oleh ‘Abdul Malik Al-Qosim (Al-Qowam, Solo 2006)
  2. Cara Mudah Mencari Rezeki oleh Fuad Shalih (Pustaka Tazkia, Jakarta 2009)
  3. Kunci Rezeki oleh Dr Abdullah Yassin (Al-Furqan, KL 2004)
  4. Pembuka 10 Kunci Mudah Kaya oleh Dr Fadhl Ilaahi (Al-Hidayah, KL 2008)
  5. Panduan Mencari Rezeki Halal oleh Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni (Al-Shafa, KL 2009)

Dr Abdullah Yassin menyebutkan sebab datangnya rezeki secara umumnya ada dua jenis. Pertama sebab tabi’i dan sebab syar’ie.

Sebab tabi’ie

Sebab tabi’ie ialah berusaha dan bermacam-macam ikhtiar. Ia banyak dikaji oleh ahli jurujual, ahli pemasaran dan ahli perniagaan lain. Ia berasaskan pemerhatian dan pengalaman.

Ini dijelaskan dalam Surah Maryam 19 : 25

“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak.”

Manakala dalam Surah Jumuah 62 : 10

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).”

Dua ayat ini sudah cukup untuk menjadi dalil, bahawa berusaha mencari rezeki itu sebahagian dati suruhan agama.

Sebab Syar’ie

Sebahagian orang mencari sebab sebatas sebab tabi’ie sahaja.

Sebahagian yang lain bekerja-berusaha ditambah dengan ikhtiar yang disangka syar’ie padahal tidak. Sedangkan orang bukan Islam pun tetap berdoa pada setiap pagi sebelum memulakan bisnes. Lihat sahaja kedai dan kilang milik orang Budha, pasti ada sudut untuk ibadah dan ‘memberi makan’ tuhan mereka. Dengan harapan rezeki mereka (baca : ong) akan dimurahkan pada hari itu.

Namun bagi sebahagian orang Islam yang tidak mengetahui pula, mereka berdoa dan meminta hajat di tempat keramat untuk melariskan perniagaan. Kubur-kubur orang saleh sering dijadikan lokasi untuk memohon hajat dan berdoa. Padahal perbuatan mereka itu termasuk perbuatan syirik, yakni bertawasul kepada Allah dengan perkara yang dilarang. Orang yang berbuat syirik sangat sempit rezeki mereka.

Allah melalui kitab dan Rasulnya menyatakan beberapa perkara yang akan memudahkan rezeki hambanya. Sekurang-kurangnya ada 10 amalan yang apabila dilakukan ikhlas kerana Allah, makan rezeki bertambah. Antaranya :

  1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah
  2. Istighfar dan taubat
  3. Tawakkal kepada Allah
  4. Tekun beribadat
  5. Menunaikan haji dan umrah secara berturut-turut
  6. Membaiki silaturrahim
  7. Hijrah kepada kebaikan
  8. Sedekah
  9. Membantu orang miskin
  10. Infaq kepada penuntut ilmu

Semua amalan ini disebutkan dalam buku-buku yang saya baca. Semuanya disertakan dalil dari ayat Al-Quran dan hadith-hadith yang sahih.

Kisah Imam Al-Bukhari

Di dalam buku kecil ‘Bagaimana Salaf Mencari Rezeki’, penulis membawakan kisah Imam Muhammad bin Ismail Al-Bukhari.

Beliau mewarisi harta yang banyak dari ayahnya (Ismail). Kerana cintanya kepada menuntu ilmu, Imam Bukhari menjalankan siste mudhorobah, iaitu memberikan modal kepada pengusaha lain untuk menguruskan bisnesnya. Dan beliau mengambil persen keuntungan sebagai pemodal. Dengan itu, beliau punya masa yang banyak untuk menuntut ilmu.

Dilaporkan pada setiap bulan beliau akan membelanjakan 500 dirham untuk fakir miskin, penuntut ilmu dan ahli hadith. Beginilah sikap seorang ahli perniagaan yang diredhai Allah.

Kisah Ali bin Abu Thalib

Dalam ‘Cara Mudah Mencari Rezeki’ pula saya menemukan satu kisah yang mengharukan. Kisah ini membuktikan, rezeki seseorang itu tetap miliknya. Hanya sahaja jalan yang ditempuh itu halal atau haram adalah pilihan individu.

Satu hari Ali bin Abu Thalib masuk masjid. Beliau meminta seorang lelaki yang berada di pintu masjid, “peganglah keldai ini”.

Tidak lama selepas itu Ali keluar membawa 2 dirham untuk diberi kepada lelaku tadi sebagai upah. Ternyata lelaki tadi telah hilang. Yang tinggal hanya keldai beliau dan tali pemegang keldai itu telah hilang bersama lelaki tadi.

Ali pun berlalu menunggang keldainya. Kemudian Ali memberi hambanya 2 dirham dan menyuruh, “belikan aku tali pemegang keldai di pasar”.

Hambanya kembali dari pasar membawa tali pemegang keldai, dan tali itu dicam oleh Ali menyerupai tali pemegang yang telah dicuri tadi. Tahulah Ali bahawa tali itu telah dijual oleh pencuri tadi di pasat dengan harga 2 dirham.

Ali berkata, “Dia telah menghalangi dirinya dari harta yang halal kerana tidak bersabar. Harta haram yang didapatkannya tidak akan melebihi apa yang telah ditentukan Allah baginya”.

Kisah pelajar kurang (tak) cemerlang

Allah Tuhan sekelian alam itu Maha Adil. Dia menciptakan manusia dengan potensi yang saksama. Tidak mengira warna kulit, jenis darah atau keturunan. Baka kata nabi Muhammad, anak kecil itu umpama kain putih. Tergantung pada bu dan bapanya mencorakkan menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani.

Justeru semua manuaia tanpa terkecuali berhak untuk cemerlang dan berjaya. Hanya sahaja definisis cemerlang dan berjaya itu selalunya disempitkan. Sebatas berjaya menjadi pegawai kerajaan (kalau boleh PTD) atau kerjaya yang menyediakan wang pencen, EPF dan socso. Padahal berjaya itu lebih luas dari itu.

Pelajar kurang cemerlang

Begitu juga halnya dengan pelajar yang pada era sekolahnya kurang cemerlang kertas akademiknya. Saya punya teman-teman yang sangat cemerlang pencapaian disekolah, namun hanya sederhana (bahkan cukup-cukup makan) di universiti. Ramai juga yang biasa-biasa sahaja (asal cukup syarat masuk universiti), namun berjaya menmatkan pengajian dengan keputusan yang lebih baik.

Saya ingin kongsikan kisah dua teman saya yang sangat sederhana (perkataan yang lebih baik dari lembab). Dari respon di dalam kelas, kuiz, tugasan dan ujian menunjukkan mereka agak kurang cerdas untuk memahami kuliah pensyarah. Namun kedua-duanya tetap tepat waktu menyiapkan tugasan. Juga tetap setia hadir kuliah, walaupun kebarangkalian untuk faham itu agak rendah.

Pun begitu saya kagum kerana pada akhirnya (atas keadilan Tuhan) mereka berdua berjaya menamatkan dengan genggaman ijazah sarjana muda. Buat makluman, fakulti tempat saya mengaji menggugurkan 10 persen (secara purata) pelajar pada setiap semester. Universiti Teknologi Malaysia atau juga dikenali sebagai universiti tendang menendang.

Satu lagi kisah

Seorang lagi teman kuliahan saya, menamatkan pengajian hanya dengan diploma. (Kursus kami ketika itu boleh di’downgrade’ menjadi diploma sekiranya tidan ‘perform’). 5 tahun berlalu, kini beliau berjaya menempatkan diri menjadi antara usahawan muda yang sedang meningkat naik. Sengaja saya tidak mahu gunakan perkataan berjaya, kerana berjaya dalam dunia usahawan punya makna yang besar.

Hari ini beliau memiliki sebuah bengkel memproses produk sendiri. Produk-produk dari syarikat beliau sudah menembusi kedai-kedai termasuk di pasaraya dan Lapangan Terbang KLIA.

Manusia yang kurang

Satu lagi teman sekolah saya, antara yang paling saya kagum dan insaf. Beliau lumpuh selepas terbabit dalam satu kemalangan selepas SPM hampir 10 tahun yang lalu. Selama beberapa tahun beliau hanya berbaring di atas katil, kerana kecederaannya menghalang beliau untuk duduk sekalipun. Sepanjang tempoh itu saya hanya sempat ziarah beliau 2 kali. Teman-teman lain banyak memberi dorongan dan sokongan. Ada yang datang membawakan bahan-bahan bacaan.

Kini selepas 10 tahun berlalu, setelah lama tidak berhubung, tiba-tiba saya melihat gambar beliau menerusi friendster. Bukan gambar yang mengejutkan saya, tetapi di mana beliau. Di dalam gambar itu beliau berada di China mewakili pasukan bola keranjang untuk tim orang kurang upaya. Hanya dengan berkerusi roda, beliau menjadi atlit dan beraksi di luar negara.

Kini, selain menjadi atlit, beliau memiliki sebuah kafe siber di kampung halamannya, Bagan Datoh. Mungkin rentetan dari masa terluang beliau di atas katil banyak habis melayari laman sembang sosial.

Hak untuk berjaya

Apa yang dapat saya simpulkan dari beberapa kisah di atas ialah setiap manusia punya hak untuk berjaya dalam hidup. Hanya tinggal sedikit usaha dan langkah untuk meraih hak yang telah diperuntukkan itu. Selagi mana kita sihat dan waras.

Anda bagaiman?

Bisnes itu tidak sukar sebaliknya mencabar

Ramai orang kata bisnes itu susah. Maka ramailah orang Melayu meletakkan bisnes sebagai jalan akhir mendapatkan rezeki. Setelah berkali-kali temuduga masih tidak dapat kerja, maka bisnes adalah jalan akhir. Selepas pendapatan yang ada seperti tidak cukup, maka bisnes jadi jalan keluar. Itu adalah apa yang difikir oleh ramai orang. Maka tidak hairanlah ramai yang kurang berminat untuk memilih bisnes sebagai sumber utama pendapatan. Dan dari ramai-ramai bisnesman@woman, ramai yang masih ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Akan tetapi, saya kata bisnes tidak susah, sebaliknya mencabar. Mungkin ramai yang akan kata, apa beza ‘susah’ dan ‘mencabar’. Saya dengan sengaja memilih untuk tidak bersama pendapat orang ramai. Selalunya pendapat ramai itu betul dan lebih tepat, namun dalam beberapa perkara, menjadi golongan yang sedikit lebih berpada.

Antara orang kaya dan orang miskin, yang mana lebih ramai?
Antara orang pandai dan orang kurang pandai, yang mana lebih ramai?

Memilih untuk menjadi bisnesman juga termasuklah ke dalam kategori memilih untuk masuk ke dalam kelompokyang sedikit.

Menjadi bisnesman menuntut kita berfikir dari sudut yang berbeza. Kita tidak membeli, sebaliknya menjual. Besar bezanya.Seni pertama yang harus dipelajari ialah memahami selera pelanggan. Seni kedua pula ialah seni meneka isi kocek pelanggan. Ada pelanggan yang mempunyai selera yang tinggi, namun isi koceknya kecil. Ada pelanggan pula punya selera yang tinggi dan punya isi kocek yang besar.

Sebagai contoh, pelanggan yang mempunyai pendapatan kurang rm1000 sebulan, adalah agak sukar menjual kereta dengan bayaran ansuran rm400 sebulan. Itulah sebabnya antara perkara pertama yang diperlukan oleh jurujual ialah maklumat pendapatan pelanggan.

Dua kemahiran ini amat penting dalam membuat jualan.

Bazar Ramadhan

Saya seorang peniaga. Saya sedang merintis jalan untuk menyandang gelar ahli perniagaan. Sekian lama memendam, saya kira adalah sesuatu yang amat merugikan jika saya tidak mengongsikan serba-sedikit pengalaman saya. Dengan ini saya memulakan ‘Nota Usahawan’ di blog ini.

Peniaga dan ahli perniagaan pada saya dua istilah berbeza. Ramai orang berniaga. Namun perniagaannya static dan mendatar berpuluh-puluh tahun. Kalau hari ini dia berniaga di bawah pokok, 20 tahun akan datang pun dia tetap berniaga di bawah pokok. Berbeza dengan ahli perniagaan berminat untuk mengembangkan bisnesnya dari kecil kepada besart, dari besar kepada yang lebih besar.

Membesarkan bisnes adalah sama penting dengan membesarkan organisasi. Ini pesan CEO 3M Malaysia dalam satu syarahan di Universiti Malaya.

Bazar Ramadhan

Bersempena dengan bulan Ramadhan sebagai madrasah penyucian jiwa, ia juga merupakan sekolah bisnes awal bagi ramai peniaga melayu.Pada bulan Ramadhan ramai peniaga Melayu muncul dan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ada yang berniaga kurma. Ada juga makanan juadah berbuka puasa, dan ada juga pakaian untuk berhari raya. Sebahagian dari mereka berniaga hanya pada bulan Ramadhan. Bermusiman. Buat mencari belanja untuk hari lebaran.

Pasar malam

Saya pernah menyertai bazaar Ramadhan. Sesuatu yang amat menarik untuk dialami. Selain Bazar Ramadhan, pasar malam merupakan antara sekolah awal bagi orang melayu berbisnes.

Saranan saya, kepada yang berminat untuk memulakan bisnes, sertailah bazaar Ramadhan atau pasar malam. Selain kos bisnes yang kecil dan berisiko rendah, banyak perkara yang dapat dipelajari dari dua medan bisnes orang melayu ini.

Kesampingkan kata-kata yang selalu menyebut ‘orang melayu kuat guna-guna’ atau ‘orang melayu kuat dengki’. Rasai dahulu suasana sebenar dan jangan hanya dengar cakap-cakap orang.

Ilmu hitam

Tidak dinafikan sikap iri hati dan isu ilmu hitam wujud, bahkan ia bukan sahaja wujud dalam budaya Melayu, budaya lain juga wujud. Rakan sekuliahan saya di kampus pernah menceritakan beliau menemani seorang ustaz untuk ‘membuang’ sesuatu dari kedai milik seorang China. Nyata orang bukan melayu juga ada yang terpengaruh dengan gejala negatif ini.

Namun berdasarkan pengalaman saya menyertai bazaar ramadhan dan beberapa tapak pasar malam, masih ramai peniaga melayu yang bersih dari gejala tidak sihat ini. Saya berkesempatan berkenalan dengan beberapa peniaga yang sangat jujur membantu peniaga-peniaga yang baru henda memulakan bisnes. Tidak sedikit dari teman-teman peniaga yang datang memberi tunjuk ajar serba sedikit dan berkongsi pengalaman. Sikap saling bantu membantu yang ditunjukkan mereka memberikan motivasi kepada peniaga-peniaga baru seperti saya (ketika itu).

Pernah beberapa kali saya diberi nasihat supaya memperbaiki susun atur produk supaya nampak lebih menarik. Dan ternyata tunjuk ajar itu membantu jualan. Itu sebagai contoh mudah.

Justru saya menyimpulkan, pasar ramadhan dan pasar malam boleh dijadikan sebagai tapak permulaan untuk menjalankan bisnes. Dari sini kita dapat belajar tabiat pelanggan, budaya berbelanja, khidmat pelanggan dan beberapa perkara asas dalam bisnes.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.