Bazar Ramadhan

Saya seorang peniaga. Saya sedang merintis jalan untuk menyandang gelar ahli perniagaan. Sekian lama memendam, saya kira adalah sesuatu yang amat merugikan jika saya tidak mengongsikan serba-sedikit pengalaman saya. Dengan ini saya memulakan ‘Nota Usahawan’ di blog ini.

Peniaga dan ahli perniagaan pada saya dua istilah berbeza. Ramai orang berniaga. Namun perniagaannya static dan mendatar berpuluh-puluh tahun. Kalau hari ini dia berniaga di bawah pokok, 20 tahun akan datang pun dia tetap berniaga di bawah pokok. Berbeza dengan ahli perniagaan berminat untuk mengembangkan bisnesnya dari kecil kepada besart, dari besar kepada yang lebih besar.

Membesarkan bisnes adalah sama penting dengan membesarkan organisasi. Ini pesan CEO 3M Malaysia dalam satu syarahan di Universiti Malaya.

Bazar Ramadhan

Bersempena dengan bulan Ramadhan sebagai madrasah penyucian jiwa, ia juga merupakan sekolah bisnes awal bagi ramai peniaga melayu.Pada bulan Ramadhan ramai peniaga Melayu muncul dan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ada yang berniaga kurma. Ada juga makanan juadah berbuka puasa, dan ada juga pakaian untuk berhari raya. Sebahagian dari mereka berniaga hanya pada bulan Ramadhan. Bermusiman. Buat mencari belanja untuk hari lebaran.

Pasar malam

Saya pernah menyertai bazaar Ramadhan. Sesuatu yang amat menarik untuk dialami. Selain Bazar Ramadhan, pasar malam merupakan antara sekolah awal bagi orang melayu berbisnes.

Saranan saya, kepada yang berminat untuk memulakan bisnes, sertailah bazaar Ramadhan atau pasar malam. Selain kos bisnes yang kecil dan berisiko rendah, banyak perkara yang dapat dipelajari dari dua medan bisnes orang melayu ini.

Kesampingkan kata-kata yang selalu menyebut ‘orang melayu kuat guna-guna’ atau ‘orang melayu kuat dengki’. Rasai dahulu suasana sebenar dan jangan hanya dengar cakap-cakap orang.

Ilmu hitam

Tidak dinafikan sikap iri hati dan isu ilmu hitam wujud, bahkan ia bukan sahaja wujud dalam budaya Melayu, budaya lain juga wujud. Rakan sekuliahan saya di kampus pernah menceritakan beliau menemani seorang ustaz untuk ‘membuang’ sesuatu dari kedai milik seorang China. Nyata orang bukan melayu juga ada yang terpengaruh dengan gejala negatif ini.

Namun berdasarkan pengalaman saya menyertai bazaar ramadhan dan beberapa tapak pasar malam, masih ramai peniaga melayu yang bersih dari gejala tidak sihat ini. Saya berkesempatan berkenalan dengan beberapa peniaga yang sangat jujur membantu peniaga-peniaga yang baru henda memulakan bisnes. Tidak sedikit dari teman-teman peniaga yang datang memberi tunjuk ajar serba sedikit dan berkongsi pengalaman. Sikap saling bantu membantu yang ditunjukkan mereka memberikan motivasi kepada peniaga-peniaga baru seperti saya (ketika itu).

Pernah beberapa kali saya diberi nasihat supaya memperbaiki susun atur produk supaya nampak lebih menarik. Dan ternyata tunjuk ajar itu membantu jualan. Itu sebagai contoh mudah.

Justru saya menyimpulkan, pasar ramadhan dan pasar malam boleh dijadikan sebagai tapak permulaan untuk menjalankan bisnes. Dari sini kita dapat belajar tabiat pelanggan, budaya berbelanja, khidmat pelanggan dan beberapa perkara asas dalam bisnes.

1 comment so far

  1. Amrie on

    Menarik juga cerita daripada saudara. Saudara berniaga pasar ramadhan di mana. Saya baru merancang untuk berniaga. Saya bercadang untuk membuat kuih dan supply kepada peniaga2 di pasar ramadhan. Jika saudara berminat boleh hubungi saya di email tersebut. Terima kasih. Sama2 kita menjadi Usahawan Berjaya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: