Organisasi

Peniaga tidak sama dengan ahli perniagaan. Peniaga menjual sendiri dan melakukan sendiri kerja-kerja bisnes. Baik dari mengopek kulit pisang (untuk bisnes pisang gorang) hinggalah ke urusan menyimpan wang tunai ke dalam bank. Ini peniaga. Paling-paling pun mereka akan dibantu oleh ahli keluarga terdekat.

Sebaliknya ahli perniagaan sanggup membayar orang lain untuk melakukan beberapa kerja di dalam bisnesnya. Contoh, menggaji tukang masak atau jurujual. Seorang peniaga taut (baca : kedekut) untuk membayar gaji kepada orang lain. Dibimbangi rugi. Manakala seorang ahli perniagaan sedaya mungkin membayar orang lain untuk melakukan kerja-kerja rutin yang dianggap mudah.

Dari sini peranan mengurus organisasi bermula. Semakin bisnes saudara berkembang, semakin besar organisasi saudara. Membangunkan bisnes adalah sama penting dengan membangunkan organisasi, kata seorang CEO syarikat korporat antarabangsa.

Pekerja

Secara umumnya syarikat akan menerima dua jenis pekerja. Pertama, pekerja tidak mahir, akan melakukan kerja-kerja buruh. Pekerja jenis ini memerlukan arahan yang jelas. Proses melatih pekerja jenis ini memakan masa dan tenaga. Setiap hari adalah hari yang baru bagi mereka. Setiap arahan perlu lengkap dan jelas

Yang kedua pula ialah pekerja mahir, yakni golongan professional berpendidikan tinggi. Pekerja jenis ini tidak suka diarah-arah atau disuruh-suruh. Hanya perlu nyatakan aturan kerja dan serahkan sendiri kepada cara mereka tersendiri.

Pun begitu pekerja jenis ini memerlukan ‘alasan’ yang kuat untuk berubah dari satu cara ke satu cara yang lain. ‘Art of reasoning’ sanga perlu dalam menangani pekerja jenis ini. Mereka obses dengan stastistik dan kajian yang dibuktikan secara saintifik.

Kedua-dua jenis pekerja ini memerlukan seni berurusan yang berbeza.

Apapun menguruskan organisasi sekali lagi saya tegaskan, adalah sama penting dengan membangunkan bisnes.

Advertisements

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: