Kisah pelajar cemerlang

Semasa saya menuntut di universiti dahulu, pihak fakulti menwujudkan satu program khas untuk pelajar-pelajar cemerlang. 10 peratus pelajar yang paling sukses dalam SPM dipilih untuk dibimbing secara terus oleh pensyarah kanan. Lebih 60 pelajar dipilih dari 600 pelajar yang mendaftar di Fakulti Sains Komputer. 60 pelajar dibahagiken kepada 10 kumpulan mengikut gred SPM yang diperolehi (ketika itu masih dalam nilai agregate). Kumpulan pertama terdiri dari pelajar yang peroleh agregat paling rendah angkanya (bermaksud paling cemerlang). Ada yang mendapar 10A1 dan yang paling kurang ialah 6A1.

Pihak fakulti mensasarkan kelompok ini untuk mengekalkan stamina sebagai pelajar cemerlang. Namun panas tidak selalu sampai ke petang. Empat tahun berlalu, kelompok terbaik ini tidak mencapai keputusan seperti yang diharapkan. Ada yang terpaksa men’downgred’ ijazah menjadi diploma sahaja. Selebihnya graduasi ijazah sarjana muda dengan gred yang biasa-biasa  sahaja plus terpaksa extend masa dari 4 tahun ke 5 tahun akibat ‘repeat paper’.

Rekod menunjukkan pelajar-pelajar yang skor pula adalah terdiri dari pelajar yang pencapaian SPM nya sederhana. Ada juga yang cukup-cukup makan sahaja.

Saya termasuk dalam kumpulan ‘pelajar paling cemerlang’ itu. Sehingga akhir semester kami ahli kumpulan hanya akan senyum-senyum simpul apabila berselisih. Masing-masing punya ‘stori’ yang tak ingin diceritakan.

Pengajaran pertama : Keputusan SPM yang cemerlang bukan jaminan kejayaan di universiti.

Advertisements

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: