Menyukai diri sendiri sebelum melakukan bisnes

Sebelum seseorang bisnesman menjual produk atau perkhidmatan, mereka perlu ‘menjual diri’ mereka terlebih dahulu.

‘Menjual diri’

Sekumpulan mahasiswa ketawa besar apabila saya menggunakan istilah ‘jual diri’. Terkerut-kerut wajah mereka dan ada dari mereka memegang dagung tanda hairan.

Istilah ini saya pinjam dari mentor bisnes saya, Puan Ainon Mohd pengerusi kumpulan PTS.

Menjual diri bermaksud menjadikan diri kita disukai. Ini kerana pelanggan membeli dari penjual yang mereka suka. Itu sebab mengapa syarikat-syarikat besar sanggup membayar harga yang mahal melantik selebriti yang diminati ramai ‘menjula’ produk mereka. Dalam bahasa korporatnya ‘duta‘. Seperti Rosyam Noor ‘menjual‘ biskut, Maya Karin ‘menjual‘ Syampu dan Siti Nurhaliza ‘menjadi jurujual ‘ di Jusco. Syarikat ini mempercayai peminat-peminat selebriti ini akan membeli produk yang di’sentuh’ selebriti ini.

Menyukai diri sendiri sebelum memaksa orang lain

Kita perlu menyukai diri sendiri, kemudian barulah orang lain lebih mudah menyukai diri. Aras menyukai diri boleh juga dinamakan sebagai estim diri (self-esteem). Semakin kita suka dengan diri sendiri, semakin estim diri meningkat.

Estim diri dipengaruhi cara seseorang melihat diri nya sendiri.  Semakin tinggi estim diri seseorang, maka semakin tinggi tahap yakin diri.

Secara umum semakin baik paras fizikal seseorang, semakin tinggi estim dirinya. Namun hal ini tidak selalu benar. Terdapat juga individu yang ‘kurang’ rupa parasnya, namun punya keyakinan diri yang lebih tinggi.

Ini sangat bergantung bagaimana cara atau sudut kita meletak nilai pada diri. Manusia tidak dinilai pada rupa sahaja. Antara sudut yang dinilai termasuk :

  1. Rupa
  2. Harta
  3. Keturunan
  4. Tahap pendidikan
  5. Pangkat

Dalam diri manusia ada perkara yang boleh diubah dan ada perklara yang tidak boleh diubah. Rupa paras juga begitu. Berat dan pakaian boleh ditukar, namun tidak warna kulit, tinggi rendah dan bentuk muka sukar untuk diubah. Justeru kita menerima seadanya.

Keturunan juga begitu. Manakala pangkat sangat terhad. Dalam sebuah organisasi hanya akan ada seorang ketua, dalam sebuah keluarga hanya boleh ada seorang suami.

Beberapa perkara meningkatkan estim diri

Justeru meningkatkan penampilan diri dan mengejar pangkat yang tinggi bukan cara menaikkan estim diri yang baik. Kerana selamanya akan ada orang yang lebih cantik dari kita dan lebih tinggi jawatan dari kita.

Islam mengajar, yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa. Bukan orang yang tampan paras rupa, bukan orang yang banyak harta dan bukan orang yang ramai pengikut. Bahkan bukan tanda dia mulia apabila dia banyak ilmu semata.

Al-Quran menyebut banyak kali, bahawa Allah akan melihat kepada amalan manusia, bukan banyak mana ilmunya. Justeru orang yang banyak ilmu dan dengan ilmu itu dia beramal maka dia orang yang akan dipandang oleh Allah. Orang yang punya banyak harta, dan dengan harta itu dia manfaat kepada umat, kemudian dia termasuk dari kalangan yang Allah puji.

Dengan ini, manusia akan sentiasa berusaha membaiki diri dan redha dengan setiap ketentuan Allah. Walaupun kita tidak tampan, namun wajah kita tetap senyum syukur dengan kurniaan Allah.

Mungkin pangkat kita kecil, namun kita tetap taat laksana tangungjawab kerja dengan amanah dan sungguh-sungguh.

Orang-orang yang beriman estim diri nya akan selalu terjaga dengan rapi.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: