Hidangan percuma untuk pelangan pertama

Hari minggu yang lalu, saya ke Plaza Angsana. Sekadar bersiar-siar melawat kedai buku Badang Cemerlang.

Sebelum itu saya sarapan di sebuah kedai makan di aras bawah kompleks.

Jam baru 10.30 pagi. Hanya ada beberapa kedai yang sudah memulakan perniagaan.

Saya memesan 2 mangkuk wantan mee sup. Makanan ini sukar saya temui di tempat lain melainkan di Johor Bahru.

Selepas siap makan, saya ke kaunter untuk membuat bayaran. Kemudian kata pemuda yang menyediakan makanan tadi, “Makanan untuk encik kami beri percuma, kerana encik adalah pelanggan pertama kami”.

Saya seperti tidak percaya, walhal harga hidangan kami hanya RM 8.00 sahaja.

Ada beberapa kesan dari tindakan peniaga ini

1. Tentu sahaja ia akan menggembirakan pelangan, walaupun harga makanan itu tidak seberapa. Buktinya, saya sangat gembira. Bukan kerana saya jimat beberapa ringit pagi itu, sebaliknya pelanggan rasa dihargai.

2. Nama perniagaan akan bertambah baik. Pelanggan yang berpuas hati dengan satu perniagaan, cenderung untuk menyarankan kenalan mereka. ‘Word of mouth’ dikenal pasti sebagai medium iklan yang jauh lebih berkesan berbanding media yang lain. Contohnya, saya memanjangkan nama baik perniagaan itu dalam blog ini.

3. Dalam Islam, apabila peniaga itu melakukan sedekah kepada pelanggan dengan ikhlas, maka tentu sahaja Allah akan mengurniakan pernigaan itu lebih banyak rezeki.

Bayangkan polisi memberi hidangan percuma kepada pelanggan pertama setiap hari, tentu sahaja para malaikat akan mendoakan mereka pada setia hari yang mereka lakukan sedekah. Hal ini sabit dari hadith yang sahih.

Walaupun saya bukan anak kelahiran Johor atau penduduk tetap Johor, namun saya harus akui, penilaian saya terhadap orang-orang Johor semakin ‘bias’. Banyaknya yang baik-baik belaka sahaja.

1 comment so far

  1. SangPelangi on

    Wah-wah. Beruntung Tuan dapat makan percuma. Mereka beri percuma untuk pelanggan pertama pun tidak memberitahu pada umum. Kalau tidak, semua berebut untuk jadi yang pertama. Menarik.

    p/s: Rezeki Tuan jumpa orang Johor yang baik-baik. Kawan saya jumpa yang jahat-jahat pula. Pendek kata, nasib badan. Hihi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: