Berucap : Tempoh berucap

Berapa lama masa yang diperlukan untuk membuat ucapan yang berpengaruh?

Sebilangan penceramah atau pemidato mengambil masa yang panjang untuk menyampaikan mesej. Apabila diberi masa 30 minit, maka akan selalu terlajak hinga 40 minit. Apabila di beri masa  1 jam, maka selalunya boleh terlanjur hinga ke 90 minit.

Inilah situasi yang berlaku baik kepada ceramah agama atau ceramah jualan.

Ucapan nabi

Sebaik-baik ucapan ialah ucapan yan telah dicontohkan oleh Nabi Muhammad saw. Ini dapat dilihat menerusi hadith-hadith yan direkodkan.

Khutbah Jumaat dan hari raya

Pertamanya ucapan (khutbah) nabi sebelum solat Jumaat. Imam hadith merekodkan, khutbah nabi lebih pendek dari solat. Solat yang dimaksudkan ialah solat jumaat atau pun solat yang dilakukan bersama khutbah, yakni solat hari raya.

Bayangkan betapa ringkas ucapan nabi.

Manakala dalam ucapan-ucapan (hadith) yang lain, sebahagian besar hadith dilaporkan secara ringkas. Hanya ada sebilangan kecil sahaja hadith yang dilaporkan panjang.

Situasi yang berlaku pada hari ini, sebahagian besar pentadbir, pengurus mahupun penceramah mengambil masa yang lama untuk berucap. Lebih memenatkan apabila pengerusi acara juga ‘tumpang sekaki’ mengulas.

Tempoh ideal

Dengan menolak ketepi pembentanan kertas kerja atau kuliah takhasus di masjid, tempoh bercakap yan ideal sepatutnya dalam lingkungan 30 minit.

Itu sebab sela masa jadual subjek kelas di sekolah sekitar 30-40- minit.  Begitu juga tempoh kuliah satu-satu subjek di universiti.

Saya selalunya mengambil masa 20 minit untuk bertaklimat tentang kempen amal jariah. Ketika itulah saya menjelaskan kepentingan sedekah jariah, juga fungsi dan peranan organisasi yang saya wakili (YaPEIM) dan mekanisma amal jariah yang ditawarkan.

20 minit itu adalah tempoh ideal bagi saya untuk membuat ‘closing’ yang baik. Namun ada kalanya tempoh yang diperuntukkan kurang dari itu, dari serinkas 10 minit atau paling lama sehinga 1 jam.

Bagaimana pula jika diberi masa yang panjang

Pembelajarang adalah proses berterusan. Justeru itu adalah tidak munasabah menyumbatkan silibus ‘sepanjang hayat’ ke dalam satu atau dua jam.

Ada institusi melapangkan masa sehingga beberapa jam untuk satu topik. Kaedah yang terbaik ialah membahagikan ucapan kepada beberapa segmen.

Ketika membentangkan tajuk ‘Customer Service’ di UiTM baru-baru ini, saya diberi masa dua jam. Bayangkan kalau penceramah bercakap tanpa henti selama dua jam. Apa akan terjadi kepada penceramah? Dan yang lebih menakutkan lagi, apa pula akan terjadi kepada pendengar?

Saya membahagikan pembentangan kepada 4 bahagian. 30 minit pembentangan, disusuli 30 minit perbincangan dan berikutnya juga begitu. Jadi saya hanya perlu bercakap selama satu jam sahaja, manakala satu jam lai saya biarkan peserta mengemukakan soalan atau pendapat.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: