Berucap : Berdiri atau duduk

Secara umum, ucapan berkesan disampaikan secara berdiri. Melainkan dalam beberapa situasi seperti forum, kuliah pengajian di masjid ataupun buat pengucap yang uzur (tidak boleh berdiri lama).

Untuk situasi-situasi yang lain, berdiri adalah pilihan yang lebih baik.

Mengapa berdiri lebih baik :

1. Lontaran suara akan lebih jelas. Berucap tidak banyak beza dengan bernyanyi, menyanyi berdiri lebih baik dari menganyi secara duduk. Melainkan yang sudah professional.

2. Kontak muka akan lebih jelas. Lebih ramai audien dapat melihat wajah pemidato. Sebaliknya, jika duduk, mungkin sebahagian audien akan terhalang penglihatan mereka. Bukankan mendengar di radio dan menonton di televisyen nikmatnya berbeza.

Bahkan, ketika Nabi Muhammad saw menyampaikan khutbah, golongan wanita melihat terus ke arah beliau tanpa hijab.

3. Selain ucapan, komunikasi pemidato meliputi ekspresi dan bahasa badan. Justeru jika audien tidak dapat melihat wajah pemidato dengan jelas, kesan emosi yang cuba disampaikan mungkin tidak sampai.

Ucapan / pidato secara duduk

Namun begitu, ada beberapa situasi, berucap secara duduk lebih baik.

Ketika menyampaikan taklimat, saya pernah cuba bereksperimen untuk berucap dalam keadaan duduk. Ternyata, apabila sesuai dengan keadaan, respon audien masih baik.

Berucap sambil duduk dalam beberapa situasi :

1. Jumlah audien yang kecil. Berucap kepada 5 atau 6 audien dalam keadaan berdiri akan mewujudkan jarak antara kita dan audien. Apabila kita duduk, kesan emosi ‘kebersamaa’ itu lebih terasa. Metod ucapan juga berbeza. Tidak boleh bernada seperti berucap dihadapan ratusan orang. Sebaiknya ia bernada seperti berbual-bual, dengan interaksi dua hala. Akan saya jelaskan kemudian dalam nota yang lain.

2. Apabila audien bersila di atas lantai. Tidak perlu berdiri, kerana tujuan asal berdiri adalah untuk menunjukkan wajah kepada audien. Melainkan jumlah audien terlalu ramai mengjangkau ratusan. Sekiranya kita duduk, ada kemungkinan audien di bahagian belakang tidak nampak.

Nota : Catatan ini berupa pandangan peribadi. Boleh sahaja diterima pakai sekiranya bermanfaat. Sekiranya ada kesilapan, boleh sahaja diperbetul dan diperbaiki.

2 comments so far

  1. addyaholix on

    Bila perlu berucap, aku lebih selesa berdiri. Kerna itu buat aku lebih yakin. Dan terima kasih kerna berkongsi.

    Riduan : Sama-sama kasih.

  2. Riduan Khairi on

    Hari ini saya berucap dalam keadaan duduk. Ini kerana, majlis diadakan dalam bilik mesyuarat. Lebih-lebih lagi ketua jabatannya betul-betul duduk disebelah saya. Saya fikir, agak tidak selesa untuk bercakap dalam keadaan berdiri.

    Namun, selepas beberapa minit saya mohon izin untuk berdiri. Saya mengesan sebilangan audiens menjenguk-jenguk disebalik kepala audien lain.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: