Berucap : Intonasi dan nada

Berbual-bual

Berucap sama seperti berbual-bual. Golongan berpelajaran (termasuk pegawai-pegawai tinggi) bercakap dengan nada rendah. Itu sebab merela lebih senang mengunjungi kafe-kafe atau restoran yang senyap atau memasang muzik perlahan. Seperti Secret Recipy, Coffee Bean, Coffee house hotel dan yang satu kategori dengannya.

Muzik ‘easy listening’

Gambar hiasan : pemuzik keroncong dari Bandung

Ia juga sama seperti jenis muzik yang mereka dengar. Orang-orang kaya dan ‘besar’ mendengar muzik jazz (barat) atau keroncong (melayu timur). Muzik-muzik ini termasuk dalam kategori ‘easy listening’. Sultan Johor dilaporkan menggemari muzik keroncong, dan menyumbangkan sebahagian album keroncong yang baginda miliki kepada stesen radion Best 104 untuk dimainkan.

Nada rendah

Justeru apabila berucap di hadapan golongan ini, gunakan nada rendah. Bukan nada pidato menjerit-jerit. Apabila nada kita tinggi atau didengar seperti menjerit-jerit, ia memberi makna seolah-olah mereka disuruh-suruh atau diajar-ajar.

Bandingkan ucapan pemimpin negara ketika majlis ceramah umum, majlis sidang akhbar dan majlis bersama pemimpin besar dari negara lain. Bukankah nadanya juga berbeza.

Hari ini saya berucap ringkas di hadapan pegawai-pegawai tinggi sebuah jabatan kerajaan. Saya begitu hati-hati bercakap dengan nada yang konsisten dan memilih perkataan yang betul. Bak kata saya Pn. Ainon Mohd, ego pegawai tinggi ‘sebesar anak gajah’. Perlahan-lahan saya mengurut ego dengan panggilan yang baik seperti ‘tuan’ dan tuan haji’. Saya kurangkan contoh humor, demi menghormati intelektualiti mereka.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: