Bisnes Cara Nabi (Islami)

Ini kisah yang diceritakan oleh rakan serumah saya, yang juga seorang bisnesman cokelat sejak tahun 2007.

Beliau adalah seorang graduan yang menceburkan diri dalam dunia bisnes. Beliau sering terlibat dengan kursus keusahawanan anjuran PUNM, Mara, Lembaga Koko, SIRIM dan lain-lain.

Dalam satu sesi kursus yang beliau ikut dari satu organisasi yang saya sebutkan, ada satu slot 2jam ceramah berkaitan bisnes cara nabi (islami). Penceramah itu memagang titel ustaz. Memandangkan belum ada undang-undang tentang lesen atau kod etika memegang titel ustaz. Cukup sekadar berjanggut, berkopiah dan berbaju Melayu atau juba, maka layaklah seseorang itu mendapat ustaz.

Sesi yang diberikan 2 jam. ‘Ustaz’ jadian ini mengambil masa 1 jam dan 30 minit memberikan definisi perniagaan. Merewang-rewang tentang hal ehwal bisnes. Belum pun lagi memasuki daerah rahsia yang ditunggu-tunggu, ‘bagaimana caranya nabi berbisnes?’.

Manakala 30 minit berbaki, barulah beliau menyebutkan beberapa ayat Quran dan hadith yang menggalakkan bisnes dalam Islam. Tentu sahaja termasuk satu hadith yang tidak sahih, ‘9 dari 10 punca rezeki itu adalah berniaga.

Hadith 9 dari 10 rezeki adalah berniaga

Saya agak terkejuk kerana ada yang mengklaim hadith ini dari Rekod Bukhari pada slide show Kementerian Pembangunan Usahawan tahun 2005 (baca sumber).

Yang lebih benar dan tepat hadith ini dha’if. Maklumat lanjut tentang haditn ini boleh dibaca di sini, klik1, klik2.

Islam dan Bisnes

Pun begitu ini tidak bermakna Islam tidak memberi dorongan dan galakan kepada peniaga. Ini dua isu yang berasingan. Menyandarkan satu perkataan kepada Nabi perlu kepada bukti. Manakala berniaga adalah satu bab yang lain.

Ahli sejarah mencatatkan Nabi Muhammad adalah peniaga yang cemerlang. Begitu juga dengan sebahagian sabahat, adalah peniaga yang berjaya dan kaya-raya. Antara nama-nama masyhur orang-orang kaya Quraisy termasuk Abu Bakar as-Siddiq, Uthman al-Affan dan Abdurrahman Auf.

Bahkan Islam memberi kedudukan yang tinggi kepada hartawan yang dermawan. Dalam Islam ada bab zakat dan sedekah khusus membicarakan tentang agihan harta orang-orang yang kaya.

Dalam satu hadis yang lain menceritakan tentang hasad kepada orang yang punya harta banyak :

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ : رَجُلٍ آتَاهُ اللهُ مَـالاً فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِى الْحَقِّ ،

وَرَجُلٍ آتَـاهُ اللهُ عِلْمًا فَهُوَ يَعْمَلُ بِهِ وَيُعَلِّمُهُ النَّـاسَ ( مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)

“Tiada hasad (yang dibolehkan) kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu ia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain.”

(Baca syarah hadith , klik1, klik2 ) (H.R Bukhari dan Muslim)

Edisi pertama dengan cover hitam

Bisnes Cara Nabi

Saya belum berjumpa satu kajian secara detil tentang-tentang teknik bisnes cara Nabi.

1. Rahsia Bisnes Isteri Nabi : Khadijah. Saya sudah baca, namun belum ada rebiu. Klik lama Pts.

2. Menjadi Usahawan Sehebat Rasulullah. Baca rebiu, klik.

3. Etika Peniagaan Islam. Baca rebiu, klik.

Garis panduan bagi saya tentang etika perniagaan Islami.

Antaranya :

1. Memahami konsep rezeki menurut Islam. Saya ingin menukilkan kata-kata seorang pendakwah dari Indonesia, “Manusia berlumba-lumba mencari rezeki, namun tidak berlumba-lumba mendapatkan Sang Pemberi Rezeki yakni Allah“. (Rujuk kuliah Zainal Abidin Syamsudin – Mencari Kunci Rezeki Yang Hilang)

2. Menjadikan integriti sebagai modal awal dalam bisnes. Nabi menunjukkan contoh, beliau memulakan bisnes dengan menggadaikan kejujurannya kepada Khadijah. Khadijah, atas dasar amanah memberikan nabi modal untuk diniagakan.

3. Menjaga batas halal dan haram dalam perniagaan. Yang paling jelas, Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Allah juga mengharamkan rasuah. Namun tidak sedikit dari peniaga Muslim yang meyakini bahawa, jika bisnes tanpa riba dan rasuah, makanya tidak boleh untung. Ini satu perkataan yang merendah-rendahkan kalimah Allah dan Rasul.

Saya fikir ini 3 perkara asas yang perlu difahami dan dijaga oleh peniaga Islam. Plus teknik – teknik pemasaran dan kaedah menjual yang termuat dalam buku-buku bisnes lain.

1 comment so far

  1. Mohd Zulfadli on

    Terima kasih tuan untuk pautan ke laman web mengenai kedhaifan hadis tersebut. Saya juga kini sudah tidak lagi menggunakannya dalam sebarang penulisan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: