Berucap di kawasan terbuka atau tertutup?

Saya menyampaikan taklimat di sebuah bank konvensional pagi tadi. Pengurus mencadangkan supaya taklimat diadakan di dalam ruang mesyuarat. Ada staf mencadangkan, “Tuan, mengapa kita tidak lakukan di ruang depan (hall) sahaja. Lebih luas”.

Namun pengurus menegaskan, “Bilik mesyuarat lebih baik. Ia tertutup dan audien akan lebih fokus”.

Saya yakin tindakan pengurus ini dilakukan dengan sengaja. Sesuai dengan pengalaman beliau mengurus staf di institusi kewangan selama beberapa tahun.

Ruang luas dan terbuka atau sedat dan tertutup?

Ruang yang luas dan terbuka menjejaskan tumpuan dan fokus pendengar. Tumpuan pendengar sangat mudah teralih walaupun dengan melintasnya seekor kucing.

Sebaik-baiknya tutup semua pintu dan tingkap sekiranya bilik itu dilengkapi hawa dingin.

Ruang sempit

Mungkin ruangan sempit akan menyebabkan sedikit ketidakselesaan. Tetapi bukankah rasa tidak selesa membuatkan kita lebih sensitif dan prihatin.

Etika sahabat radiallahuanhum mendengar perkataan Nabi saw.

1. Sahabat nabi duduk rapat-rapat, sehinggakan andai ada daun yang gugur, daun itu tidak akan jatuh ke bumi. Kerana rapatnya duduk par sahabat, paha bertemu peha, lutut bertemu lutut. (

Bak kata pepatah “Pisang sesikat gulai sebelanga, duduk dekat-dekat kerja sama-sama“.

2. Sahabat nabi ketika mendengat kata-kata nabi, duduk dengan tekun.

Seorang sahabat Nabi, Usamah bin Syarik menceritakan, satu hari datang ke rumah nabi dan melihat sahabat-sahabat duduk tegak dan tidak bergerak, seolah-olah ada burung hinggap di atas mereka.

Pemidato hebat

Kita bertuah jika dilahirkan sebagai pemidato yang hebat dan berpengaruh. Namun tidak semua orang diberi kelebihan seperti Sukarno dan Martin Luther.

Pun begitu, semua orang perlu berucap atau bercakap dengan baik. Mungkin ketika mesyuarat di tempat kerja atau paling tidak bercakap ketika menasihatkan anak sendiri.

Saya juga bukan pemidato yang terhebat. Alhamdulillah, diberikan sedikit keberanian untuk bercakap-cakap dihadapan olrang banyak.

Justeru itu, saya cuba memanipulasi persekitaran dan faktor-faktor yang lain supaya menyokong @ membantu ucapan saya.

Dan terbukti taklimat saya pagi tadi mendapat respon yang sangat baik. Saya fikir semua yang mendengar setuju untuk menyumbang dalam program amal jariah YaPEIM.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: