Jakarta : Tips Wisata (Melancong)

Saya baru pulang dai Jakarta. Ini perjalanan kedua saya ke sana. Kali pertama ialah pada tahun 2006. Selama 5 malam di sana, saya kongsikan beberapa tips atau panduan.

PENGANGKUTAN

1. Dari bandara ke Jakarta Pusat

Pada mulanya saya menanyakan teksi. Mereka mengenakan tambang dari Rp285,000 (RM 105). Kemudian diturun lagi sehingga Rp 225,000 (RM 83).

Ketika pulang dari hotel ke bandara, saya menaiki mpv hotel. Cajnya hanya Rp160,000 (RM59). Jauh bezanya.

Saya tanya kepada pemandu mpv, berapa kosnya jika minta dijemput dari bandara ke hotel? Jawab beliau, hanya Rp200,000 (RM74). Harga untuk mpv bukan teksi!

2. Bersiar-siar

Ada beberapa pilihan. Salah satu dari nya ialah menaiki bajaj (motosikat roda tiga). Namun tambangnya sangat spekulatif.

Saya pernah menggunakan bajaj dari hotel (Alia Hotel Pasar Baru) ke Monas (Monumen Nasional). Cajnya Rp 10,000 (RM3.70). Ianya hampir sama dengan caj teksi (lebih selesa dengan air-corn).

Untuk ‘merasa’ boleh naik bajaj. Namun untuk perjalanan jarak yang lebih jauh dan lebih selesa, saya syorkan teksi.

Pilihan kedua pula ialah teksi. Ada teksi tambang pukal (berdasarkan persetujuan pemandu dan penumpang). Ada pula teksi bermeter (contohnya Taksi Blue Bird).

Teksi Blue Bird lebih selamat dan lebih murah. Ia harga tetap dan tidak mudah dimanipulasi (terutama kepada pelancong). Bayangkan, saya pernah bertanya tambang teksi (harga pukal) dari Tanah Abang ke Pasar Baru cajnya Rp80,000 (RM29). Apabila saya memilih teksi bermeter, jumlahnya hanya Rp25,000 (RM9.25). Beza RM 20!

PENGINAPAN

Saya menginap di Hotel Alia, Pasar Baru.

Pada tahun 2006 dahulu, saya menginap di Alia, Cikini. Hotel Alia memiliki rangkaian yang agak banyak. Harganya masih berpatutan.

Hotal Alia Pasar Baru menyediakan surau yang agak selesa. Boleh memuat lebih 50 jemaah dalam satu-satu masa, beserta imam yang bertugas.

Pemilik asal HotelAlia sudah meninggal. Kini ia diuruskan oleh warisnya. Saya difahamkan pemilik hotel ini sering mengikuti kelas pengajian ustaz salafi di Jakarta. Justeru tidak hairanlah perniagaannya sukses.

Allah berkata di dalam Al-Quran “penduduk yang beriman dan bertaqwa, maka akan dibukakan barokah dari langit dan bumi“.

Advertisements

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: