Mengenal pasti Kumpulan Sasar Jualan

Untung rugi sesebuah perniagaan tidak ditentukan oleh satu atau dua faktor sahaja. Ia sangat jarang berlaku. Lazimnya ia dipengaruhi oleh sekumpulan atau beberapa faktor.

Satu faktor yang kritikal dalam menentukan jualan ialah mengetahui latar belakang kumpulan sasar. Bak kata pepatah menjual kari kepada orang India, menjual sup kepada orang Cina.

Saya bawakan satu kes yang berlaku baru-baru ini.

Saya bersama tim Q&S Islamic Media (pengedar dan penjual buku-buku Islami) membuka booth jualan di dua majlis yang dihadiri oleh orang vip. Satu majlis Hi-Tea dan satu majlis Makan Malam. Kedua-dua majlis ini mengenakan bayaran RM 50.00 untuk setiap orang.

Kehadiran di dua-dua majlis ini hampir sama. Anggaran 600- 1000 orang. Satu di Kuala Lumpur, manakala satu lagi di Petaling Jaya.

Persamaan audien di dua majlis ini ialah dihadiri oleh tetamu yang berada. Jumlah hadirin hampir sama.

Jualan 10 kali ganda

Namun jualan di satu majlis mengatasi majlis yang satu lagi sebanyak 10 kali ganda.

Saya membuat analisis mudah, dan mengenal pasti beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi mood jualan.

  1. Satu majlis Hi-Tea bersama dua tokoh ilmuwan. Mereka berdua mempunyai peminat dan pengikut. Bahkan dua tokoh ilmuwan ini selalu mendorong pelajar-pelajar mereka untuk menuntut ilmu dan rajin membaca.
  2. Manakala majlis Makan Malam ini ialah makan dan diselangi dengan persembahan nasyid. Mereka datang untuk santai dan berhibur.
  3. Jumlah judul yang dipamerkan di majlis Hi-Tea jauh lebih banyak beberapa kali ganda.

Namun bagi orang-orang bisnes, tiada istilah gagal. Kami berasa sangat puas hati memperkenalkan buku-buku ilmiah dan diyakini kepada masyarakat.

Advertisements

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: