Harga Produk dalam Bisnes

Satu-satu perkara terjadi akibat beberapa sebab dan faktor. Jarang sesuatu berlaku hanya kerana satu faktor. Untuk mendapat A dalam peperiksaan kita tidak perlu menjawab 100 peratus betul. Cukup hanya 80 peratus jawapan yang betul. Ia adalah kombinasi mana-mana jawapan yang betul.

Pernah dengar perbicaraan kes perceraian? Seorang suami memberitahu kepada hakim, “Saya ceraikan isteri saya kerana dia tidak gosok baju saya pada waktu pagi“.

Bolehkah kita percaya seorang suami menceraikan isterinya kerana alasan gosok baju. Adalah suatu yang tidak masuk akal, walaupun itu yang dinyatakan dalam mahkamah. Sanggupkan anda (andaikan semua pembaca adalah lelaki) menceraikan isteri anda kerana satu perkara itu.

Bisnes

Dalam bisnes, ada orang percaya lebih murah bermakna lebih banyak boleh dijual. Itu sebab, sebahagian orang bisnes yang baru belajar bisnes berlumba-lumba menurunkan harga supaya lebih rendah dari pesaingnya.

Saya pernah menonton rancangan The Aprrentice. Seperti biasa pada bahagian awal, selalunya Trump akan menyuruh peserta menjual barang dijalanan seperti ais krim (sebagai contoh). Pada satu sessi, satu kumpulan berjaya menjual lebih banyak dengan harga yang lebih tinggi. Manakala kumpulan yang menjual lebih murah, jualannya lebih rendah.

Ini satu bukti, harga yang rendah tidak menjamin jualannya lebih tinggi.

Ada orang sanggup membeli segelas kopi dengan harga RM 10, padahal ada kedai menjual segela kopi dengan harga RM 1. Dan jangan hairan ada orang sanggup minum teh dengan harga RM 50.00 iaitu Hi-Tea. Kadang-kadang kualiti produk yang ditawarkan mungkin lebih baik sedikit sahaja.

Peniaga-peniaga China menjual dengan harga yang seragam. Teman saya menceritakan, di satu kawasan kedai-kedai menjual tayar, semua harga yang ditawarkan sama. Jika ada kedai yang berani menurunkan harga dari harga semasa, akan datang orang membawa pistol mengacu ke kepala meraka. Lihat betapa serius dan kritikalnya isu harga pada bangsa yang dikenali ‘advance’ dalam dunia bisnes. Yang membezakan satu kedai dengan kedai yang lain ialah kualiti servis dan layanan.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: