Pisang sesikat gulai sebelanga

Pisang sesikat,

Gulai sebelanga,

Duduk dekat-dekat,

Kerja sama-sama.

Satu dari teknik ucapan berkesan ialah dekat-jauhnya jarak antara penceramah dari audiens. Semakin dekat audiens dengan penceramah, bermakna semakin jelas butir perkataan dapat didengar.

Oleh yang demikian itu, sebelum memulakan ucapan beberapa perkara ini perlu diperhatian :

  1. Jarak antara penceramah dan audiens.
  2. Wajauh audien menghadap penceramah atau tidak.
  3. Adakah wajah audiens terhalang dengan sesuatu seperti tiang, dinding atau benda-benda lain.

Gambar hiasan

Situasi yang selalu kita lihat ialah, audien suka memenuhkan kerusi tengah dan belakang terlebih dahulu. Jika kerusi melebihi audiens, tentu kerusi barisan hadapan akan kosong.

Saya selalu terbayang wajah-wajah yang akan duduk di barisan hadapan. Waima di majlis rasmi, ceramah agama ataudpun dewan kuliah. Yang akan berada di barisan hadapan ialah orang Cina, orang Cina dan Orang Cina. Mungkin jika dilura negara yang akan memenuhkan barisan hadapan selain orang Cina ialah orang Yahudi dan Belanda.

  • Oleh kerana mereka bangsa maju, maka mereka duduk di hadapan.
  • Atau kerana mereka duduk di hadapan, maka mereka maju?

Namun bukan mudah menggerakkan punggung-punggung suam dari kerusi mereka. Berubah adalah perkataan kecil namun indikasinya sangat besar. Mudah diucap namun melaksanakannya perlu usaha dan pengorbanan. Walaupun itu hanyalah sekadar berubah tempat duduk beberapa baris di hadapan.

Maka saya selalu menggunakan pantun ini untuk menjentik sensitiviti audiens bangun menuju ke barisan hadapan.

Pisang sesikat,

Gulai sebelanga,

Duduk dekat-dekat,

Kerja sama-sama.

Epilog

Pantun saya sangat bermakna pagi tadi, ketika memulakan ucapan di sebuah isntitusi pendidikan di Melaka. Kerana Melaka terkenal dengan tradisi termasuk pantun-pantun Melayu.

Selepas membaca pantun ini, audien tersipu-sipu dan ada yang bangun memenuhi kerusi hadapan.

Cuma tinggal beberapa orang yang masih melekat dikerusi paling belakang.

Natijahnya, di akhir sessi ‘geng belakang’ ini yang paling banyak membantah itu ini. Soalan-soalan yang mereka kemukakan menunjukkan mereka tidak memberikan perhatian kepada ucapan yang disampaikan.

Advertisements

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: