Zubair al-Awwam, Orang Kaya Zaman Nabi

Abdullah bin Zubair salah seorang dari 4 Abdullah yang masyhur di zaman nabi menceritakan tentang ayahnya Zubair Al-Awwam, seorang dari sahabat nabi yang dijamin masuk syurga menurut mazhab ahlus sunnah wal jamaah.

Abdullah bin Zubair bercerita,

“Pada waktu perang Jamal, Zubair memanggilku, maka aku pun berdiri disisinya, Zubair berkata,

“Wahai anakku, sesungguhnya pada hari ini kita tidak akan terbunuh kecuali dalam keadaan zalim ataupu dizalimi, dan aku kira hari ini aku akan terbunuh hari ini dalam keadaan dizalimi. Sesungguhnya kesedihan yang paling meresahkan adalah hutangku”.

Zubair menyambung katanya,

“Wahai anakku, jual harta kita dan bayar hutangku”.

“Wahai anakku, jika kamu tiada kuasa untuk melakukannya, maka mohonlah bantuan kepada tuhanku”.

Abdullah bertanya,

“Wahai ayahku, siapakh tuanmu?”

Dijawab oleh Zubair, “Allah”.

Abdullah menyambung ceritanya,

“Demi Allah, aku tidaklah merasa sedih atas hutangnya kecuali aku katakan : Wahai tuan Zubair, tunaikanlah hutangnya, maka hutang itu akan terlunasi”.

Ternyata sangkaan Zubair Al-Awwam benar. Beliau termasuk salah seorang yang terbunuh dalam peperangan itu. Kemudian Abdullah bin Zubair yang juga dikenali sebagai Ibn Zubair menyambung ceritanya,

“Maka aku menghitung-hitung hutangnya, ternyata jumlahnya ada satu juta dua ratus ribu, – maka kerabat Zubair menyangka tidak akan mampu membayar hutang yang jumlahnya sangat besar itu, akan tetapi Allah memberi keberkatan atas tanah yang dimiliki oleh Zubair, sehingga mendatangkan hasil yang melimpah ruah dan menakjubkan. Maka dengan hasil itu dapat digunakan untuk melunasi hutangnya, bahkan masih tersisa”.

Abdullah menjelaskan jumlah harta bapanya,

“Zubair mempunyai empat isteri, maka sepertiga dari hartanya disimpan, dan setiap dari isterinya mendapatkan bahagian satu juta dua ratus ribu, semua hartanya ada lima juta dua ratus ribu (dinar).”

(Hadith Bukhari, dipetik dari 22 iat Mengatasi Stres, Muhammad Shalih al-Munajjid. Darus Sunnah hal 30-31)

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: