Untung 100%, Pengajaran Dari Kisah Urwah bin Ja’ad al-Bariqi

Sahabat Urwah diberi wang satu dinar oleh Rasulullah saw untuk membeli seekor kambing. Kemudian ia membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Ketika ia menuntun kedua ekor kambing itu, tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan menawar kambing tersebut. Maka ia menjual seekor dengan harga satu dinar. Kemudian ia menghadap Rasulullah dengan membawa satu dinar wang dan satu ekor kambing. Beliau lalu meminta penjelasan dan ia ceritakan kejadiannya maka beliau pun berdoa: “Ya Allah berkatilah Urwah dalam bisnisnya.”

Imam Ahmad dalam Musnadnya (IV/376), Bukhari (Fathul Bari VI/632), Abu Dawud (no. 3384), Tirmidzi (no.1258), dan Ibnu Majah (no.2402)

Pengajaran Hadis

1. Keutamaan sahabat Urwah bin Ja’ad kerana mendapat doa dari Nabi, “Ya Allah, berkatilah Urwah dalam bisnesnya.

2. Metod doa nabi ; Nabi mendoakan keberkatan kepada bisnes Urwah, bukan semata-mata mendoakan harta bertambah banyak! Begitu juga ketika nabi mendoakan Anas bin Malik supaya umur dan hartanya diberkati Allah.

3. Keutamaan nilai matawang berasaskan emas (dinar). Jika 1400 tahun yang lalu harga seekor kambing 1/2 dinar hingga 1 dinar yakni bersamaan RM300-RM600.oo. Inilah lingkungan harga kambing pada hari ini. Matawang berasaskan emas dan perak bebas inflasi dan bebas spekulasi. Berbanding matawang kertas yang diasaskan oleh orang Yahudi dan Amerika, nilainya 100 tahun yang lalu berbeza berganda-ganda. Belum lagi 1000 tahun!

Namun saya mahu memberi fokus kepada beberapa perkara penting jika dilihat dari sudut bisnes dan keusahawanan.

Pertama : Margi Untung Dalam Bisnes

Berdasarkan kefahaman hadis ini sahabat Urwah menjual kambing dengan harga dua kali ganda harga kos beliannya. Beliau membuat untung 100 persen dalam jangka masa yang singkat.

Bahkan sunnah menunjukkan margin untung boleh dibuat lebih dari 100% berdasarkan perbuatan Zubir Al-Awwam (seorang sahabat yang dijamin masuk syurga dan seorang sahabat yang hartawan pada zaman nabi) menjual tanah 9 kali ganda dari harga beliannya (rujuk Sahih Bukhari, hadis nombor 3129).

Namun margin yang besar bukan penentu mutlak kejayaan sesebuah bisnes. Banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi kejayaan bisnes. Buktinya Abdurrahman bin Auf menjual 1000 ekor unta tanpa mengambil sebarang keuntungan pun. Keuntungan beliau ialah pada tali kekang yang diambil dari untang yang dijual. Beliau menjual tali kekang 100 ekor unta itu dan dijual dengan harga 1 dirham. Dalam satu hari beliau menjana keuntungan 1000 dirham (bersamaan RM 5000.00).

Kedua : Amanah

Kalau kita menjadi Urwah, apakah yang akan kita lakukan?

Sebahagian orang mungkin bertindak membawa pulang kambing seekor kepada Nabi dan menyimpan 1 dinar hasil jualan kambing yang seekor lagi. Kerana nabi menyerahkan satu dinar untuk membeli hanya seekor kambing.

Namun Urwah melakukan sebaliknya. Beliau menyerahkan seekor kambing yang diminta dan memulangkan juga 1 dinar yang diperoleh dari hasil jualan seekor kambing lagi.

Sabit dari perbuatan ini, Nabi mendoakan Urwah. Inilah ganjaran buat orang yang jujur dan amanah dalam urusannya. Para ulama’ menukilkan Urwah benar-benar menjadi bisnesman yang berjaya. Namun saya belum dapat menemukan rujukan yang lengkap untuk dinukilkan di sini. Insya Allah, saya susulkan kemudian.

Hari ini amanah dikenali dengan nama integriti. Ia merupakan satu perkara kritikal dalam isu pentadbiran dan perniagaan.

Ringkasnya, satu ciri penting untuk menjadi peniaga dan pengusahasukses ialah amanah dalam berurusan dalam bisnes.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: