S.O.P (standard operation procedure)

Bisnes ibarat menyemai benih pokok. Dari benih disemai, kemudian tumbuh dan membesar.

Bisnes juga umpama melahirkan anak. Dia akan tumbuh, membesar dan menjadi dewasa.

Secara tabi’inya bisnes juga begitu. Ia akan tumbuh dan berkembang. Masa memainkan faktor penting dan termasuk kos perkembangan dan pembangunan sesebuah bisnes. Menangani masa tidak lain dan tidka bukan ialah dengan ‘sabar’ ; satu perkataan yang sangat biasa diucap, namun masih ramai yang belum benar-benar mengerti. Insya Allah, pada kesampatan yang lain saya akan cuba menyorot ‘sabar’ dalam mengurus bisnes dan kisah-kisah kejayaan orang yang bersabar.

Kembali kepada bisnes yang tumbuh dan berkembang.

Satu perbezaan ketara antara bisnes yang berkembang dengan normal dan bisnes yang berkembang dengan ‘terencat’. Sekali lagi, secara naturalnya, bisnes itu sifatnya berkembang. Kecuali pemilik bisnes itu ‘menghalang’ bisnes itu berkembang atau tidak menyiapkan diri supaya bisnesnya berkembang.

Perbezaan yang paling ketara itu ialah ‘standard operation procedure‘ S.O.P. SOP ialah set piawai tatacara mengendalikan bisnes. Semua bisnes besar punya SOP tersendiri seperti rangakaian restoran KFC, Mc Donald, Starbuck, dan Secret Recipie.

Nanti ada pula yang menyangka kerana bisnes itu besar maka mereka punya SOP. Saya katakan tidak, sebaliknya kerana mereka punya SOP, maka bisnesnya berjalan lancar dan membesar.

Apa itu SOP

SOP bukan set-set teori tentang bisnes, jualan dan pemasaran.

Sebaliknya SOP ialah set-set piawai tatacara kerja. Ia bersifat teknikal dan ‘how to’.

Saya sedang menyediakan SOP kepada sebuah perniagaan kedai makan kecil yang sedang berkembang dan bercita-cita besar. Bahagian pertama yang sedang dibangunkan ialah khidmat pelanggan atau ‘customer service”.

Bahagian ini punya 3 sub-tatacara

  1. Teknik Mengambil Pesanan
  2. Teknik Menghantar Makanan & Minuman yang dipesan
  3. Teknik Mengendalikan Bil dan Bayaran

Sekali imbas, ia seperti kecil dan remeh. Namun perkara kecil dan remeh ini dipraktiskan dalam perniagaan-perniagaan besar seperti KFC, Mc Donald dan Secret Recipi. Perhatikan kashiernya sahaja. Semuanya menggunakan skrip yang sama ketika berinteraksi dengan pelanggan. Ayat pertama yang akan kita dengar ketika sampai ketika membuat pesanan di kashier,

“Selamat datang. Makan di sini atau bungkus?”

atau dalam bahasa Inggeris,

“Good Evening, welcome sir. Having here or take away?”

Ini merupakan satu contoh SOP dari restoran rangkaian makanan segera. Bukan ini sahaja, bahkan hampir setiap langkah dan dan tindakan dalam premis perniagaan punya peraturan dan tatacara kerja. Bahkan semuanya. Ini berdasarkan pengalaman saya bekerja di sebuah restoran rangkaian makanan segera.

Insya Allah, saya akan titipkan beberapa tatacara kerja untuk khidmat pelanggan di restoran atau kedai makan.

Advertisements

1 comment so far

  1. smartzul on

    Terima kasih tuan. Maklumat yang amat berguna.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: