Jujur Dalam Perniagaan & Pemimpin Yang Zalim

Sahabat muda Abdullah bin Umar (semoga Allah redha kepada mereka berdua) melaporkan,

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menghadapkan wajah ke kami dan bersabda:

“Wahai golongan Muhajirin, lima perkara apabila kalian mendapat ujian dengannya, dan aku berlindung kepada Allah semoga kalian tidak mengalaminya;

  1. Tidaklah perbuatan keji tersebar di suatu masyarakat, kemudian mereka melakukannya dengan terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah mereka penyakit Tha’un dan kelaparan yang belum pernah terjadi terhadap orang sebelum mereka.
  2. Tidaklah mereka mengurangi timbangan dan sukatan kecuali mereka akan diseksa dengan kemarau panjang dan penguasa yang zalim.
  3. Tidaklah mereka enggan membayar zakat harta-harta mereka kecuali langit akan berhenti menitiskan air untuk mereka, kalau bukan kerana haiwan-haiwan ternak nescaya mereka tidak akan beri hujan.
  4. Tidaklah mereka melanggar janji Allah dan Rasul-Nya kecuali Allah akan kuasakan atas mereka musuh dari luar mereka dan menguasainya. Dan
  5. Tidaklah pemimpin-pemimpin mereka enggan menjalankan hukum-hukum Allah dan tidak menganggap lebih baik apa yang diturunkan Allah, kecuali Allah akan menjadikan rasa takut di antara mereka.”

(HR Ibnu Majah 4009)

Fokus penjelasan tulisan ini ialah perkara kedua iaitu, “Tidaklah mereka mengurangi timbangan dan sulatan kecuali mereka akan diseksa dengan kemarau panjang dan penguasa yang zalim.”

Saya hanya mahu membawakan beberapa senario yang berlaku di dunia dan masyarakat kita hari ini. Penipuan dan kecurangan dalan timbangan dan takaran perniagaan berlaku secara meluas.

Mengambil untung dalam perniagaan adalah suatu kemestian. Bahkan berdasarkan beberapa petunjuk dari Nabi tidak ada batas maksima margin keuntungan perniagaan.  Seorang sahabat Nabi pernah membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar dan seketika kemudian menjual semula seekor darinya dengan harga satu dinar. Selepas menceritakan hal itu, Nabi tidak membantah pun perbuatannya itu. Sebaliknya sahabat ini didoakan oleh Nabi kerana bijak dalam berniaga. Dalam sekelip mata, sahabat ini membuat keuntungan 100 persen @ sekali ganda. Umumnya begitu dengan beberapa pengecualian seperti barang yang dijadikan kawalan oleh pemerintah dan beberapa situasi yang lain.

Asasnya jual beli ialah persetujuan kedua-dua belah pihak. Letak pun berapa harganya, apabila kedua-dua belah pihak bersetuju, maka urusniaga oleh dijalankan.

Ancaman Nabi yang ingin kita fokuskan ini bukan halangan atau kekangan dalam perniagaan. Bukan sama sekali. Yang di larang dalam agama ialah menipu timbangan. Yang salahnya disini ialah penipuan. Walaupun mungkin yang dititpu itu cuma beberapa ringgit sahaja.

Saya baru sahaja kembali dari Jakarta, ibu kota negara yang mempunyai jumlah umat Islam paling ramai. Seperti negara-negara umat Islam yang lain termasuk Malaysia, ia diuji dengan krisis ekonomi begitu juga ujian penguasa yang korup. Penipuan yang paling jelas ketara ialah ketika menaiki kenderaan awam. Baik itu teksi, kereta sewa, atau ojet (membonceng motor).

Kata orang ‘pantang lepa’ mereka pasti akan ambil kesempatan ke atas penumpang. Sama ada membawa laluan yang jauh untuk caj tambang yang lebih atau berpura-pura salah dengar alamat lokasi. Maka tidak hairanlah masyarakat yang begini di’anugerah’kan penguasa yang demikian juga.

Situasi ini berlaku di mana-mana hatta di negara kita, Malaysia.

Berdasarkan pemahaman hadis Nabi ini, jelas menunjukkan penguasa yang zalim lahir dari peniaga-peniaga yang curang dalam timbangan. Bukan sebaliknya.

 

 

Advertisements

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: