Nada @ Intonasi Ucapan Berpengaruh

Seorang penceramah agama menyampaikan ucapan dengan penuh semangat dan berapi-api. Suaranya didengar dari kejauhan, bukan sahaja oleh yang hadir, bahkan didengar sehingga hujung kawasan perumahan oleh penduduk yang tidak mahu hadir.

Walaupun intonasinya naik turun dan menepati teori, namun masih juga yang tidak hadir lebih ramai dari yang hadir. Kerana maklumat atau ilmu yang disampaikan itu sama. 10 tahun berceramah tema maulid Nabi itu itulah juga ceritanya. Bertahun-tahun berceramah maal hijrah, tidak pernah ada yang baharu melainkan kisah merpati membuat sarang di dalam gua. Padahal, kisah itu dikritik kesahihannya sekian ramai sarjana.

Pendek kata tidak ada pembaharuan.  Yang berubah mungkin wajah penceramah atau teknologi mikrofon dan ‘slide show’ nya sahaja. Juga lawak jenakanya.

Demikian satu anekdot mewakili sekalian ucapan dan ceramah yang membosankan.

Baru-baru ini saya menghadiri program Kursus Pra Perkahwinan di Terengganu. Sepanjang 10 sessi ceramah yang berlangsung, seperti lazimya kebanyakan penyampai mewarisi pembentangan yang lesu dan membosankan, melainkan lawak-lawak jenaka yang kosong sahaja.

Namun, ada sebuah pembentangan yang sangat mengujakan saya dan peserta yang lain. Seorang lelaki separuh baya menyampaikan ceramah di jam tengah hari, tanpa nada tinggi, namun tetap menarik perhatian seluruh peserta.

Saya mengesan beberapa teknik yang beliau gunakan :

  1. Menyampaikan teknik yang praktikal (tajuk beliau ialah komunikasi).
  2. Bercakap cengan teratur dan tidak buru-buru.
  3. Menggunakan komunikasi 2 hala.
  4. Banyak bertanya kepada peserta dan menggunakan jawapan peserta sebagai bahan perbincangan.

Ini sesuai seperti yang dicontohkan oleh Nabi seperti yang dijelaskan oleh Syaikh Dr Anis Ahmad Thahir dalam Hadyun Nabi Fi Khutbatil Jum’ah,

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak memperbanyak perkataan dalam khutbahnya, juga tidak mengiringkan perkataan mengikuti lainnya, sehingga perkataan itu masuk ke perkataan lainnya. Beliau tidak tergesa-gesa dalam menyampaikan khutbah. Bahkan Beliau melambatkan perkataan dan tidak terburu-buru dalam mengeluarkannya. Metode ini, jelas memberikan kemampuan para pendengar untuk memahami khutbah dan mencapai tujuannya.

Advertisements

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: