Penoreh Getah dan Kereta 80ribu

Ada penoreh getah di Kelantan membeli kereta secara tunai hasil menoreh getah selama 2 bulan. Yang mengejutkan harga kereta yang dibeli itu bukan 10 atau 20 ribu sebaliknya 80 ribu.

Itu berlaku ketika harga getah melambung beberapa ketika yang lalu.

‘Hadis’ rowahu sorang taukeh kilang pengumpul getah di Kelantan.

Ya! Terbeliak mata saya. Ingatkan beli kereta ‘second hand’ dengan harga 10k. Itu masih logik lagi. Saya tanya lagi, kata taukeh itu harga kereta itu RM80k.

Saya selidik lagi. Getah buku sekarang berharga RM8.00++. Sebatang pokok boleh keluarkan hasil sebuku hampir 1kg setiap hari. Kalau ada seratus batang pokok, maka hasilnya boleh mencecah RM800 setiap hari. Kalau 25 hari menorah getah, mak ai bukankah RM20K.

Untuk catatan harga getah paling tinggi pernah capai RM14.70. Dan paling rendah tidak bawah dari RM5 sekilo.

Itu baru harga getah buku, belum harga getah keping.

Harga getah keping selalunya 40% lebih tinggi dari harga getah buku.

Bahkan menurut beliau lagi, lebih nipis getah keping itu dihasilkan harganya lebih tinggi.

Getah baka baru ini ambil masa 4 tahun untuk dituai (boleh ditoreh), dan boleh tuai hasil sehingga 11 tahun berikutnya.

Dan permintaan getah asli sentiasa tinggi berkadaran dengan jumlah kereta dan tayar kereta yang digunakan rakyat dunia.

Tengah plan cari tanah dan tanam getah pula. Huhu.

Rezeki, Pemberi Rezeki dan Punca-Punca Rezeki

Benarkan bahawa Allah itu Sang Pemberi Rezeki yang Maha Kaya. Kekayaannya tidak pernah luak walau setitip pun untuk terus memberi rezeki dan kekayaan kepada hamba-hambanya yang berusaha.

Dan benar juga alah seperti yang dijanjikan, bahawa rezeki itu boleh datang tanpa disangka-sangka.

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan .bertaqwa pastilah Kami limpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami itu, maka Kami akan siksa mereka disebabkan perbuatannya.” (QS. Al- A’raaf, 96 ).

Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rizki dari arah yang tiada disangja-sangka; dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya ” ( QS Ath-Thalaq; 2-3).

Wahai Tuhan Pemberi Rezeki, Tuhan Yang Maha Kaya, mohon Engkau tambah dan berkatikan rezeki kami. Amin.

Advertisements

4 comments so far

  1. jalabudi on

    Bagi yang mempunyai pendapatan tetap, keja goemen…buat lah loan, beli kebun getah!!

  2. green mille on

    Bisnes jual beli getah, sapa berminat? lawati: urusniagagetah.blogspot.com

  3. emi on

    sokong 200 peratus…yg arif bijak dan pandai tolong bgtau saya tips untuk dapatkan pelanggan baru yg sudi jual sekerap pada saya..dan tips untuk pungut hutang yg penoreh getah pinjam dengan saya yg berjumlah rm25k… tq


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: