Bagaimana Mempromosi / Menjual Produk di Internet

Seorang sahabat saya bertanya :

Dimanakah boleh saya membuat iklan barang-barang secara percuma secara online. Boleh tuan berikan cadangan blog yang terbaik?

Asalnya saya berat untuk memberikan respon kepada pertanyaan ini. Bimbang jika nasihat atau panduan yang diberikan tidak tepat dan tidak memberi kesan positif kepada perkembangan bisnesnya bahkan mungkin sebaliknya.

Namun setelah memikirkan beberapa pertimbangan saya usahakan juga untuk membantu sedaya yang mampu. Pertama, berdasarkan bacaan. Kedua, berbekalkan sedikit pengalaman. Saya membuka banyak bisnes dan menutup bisnes sebanyak itu juga.ūüėČ. Ketiga, ianya bukan soal hukum agama yang perlu kepada semakan dalil yang lebih terperinci.

Dalam bisnes, petua yang betul untuk berjaya bagi seorang boleh jadi tidak benar bagi seseorang yang lain. Ramai orang rajin berjaya dalam bisnes. Tapi ada juga orang yang sedikit malas namun masih berjaya. Banyak kedai yang bersih maju. Namun ada juga kedai kotor, namun boleh pun bertahan puluhan tahun.

Ini respon saya.

Web atau blog yang terlintas di fikiran saya ialah mudah.com.my dan lelong.com.my.  Itu yang selalu disebut dan mungkin ramai yang menggunakannya. Namun saya tidak pernah membeli dan menjual di sana. Adalah tidak adil untuk saya memberi ulasan.

Secara peribadi untuk peniaga yang serius saya syorkan mulakan satu blog khusus untuk sesuatu produk secara spesifik. Tambah entri berkaitan produk secara detil dan spesifik. Sahabat dan rakan bisnes saya dari galeriniaga.blogspot.com memberitahu bahawa semakin banyak maklumat dan  keterangan dimuat naik berkaitan produk, semakin banyak jualan dapat dilakukan. Maklumat itu bukanlah sekadar disalin dan tampal, semaliknya pembeli mahukan maklumat yang diolah secara baik oleh penjual. Kemaskini maklumat dari masa ke semasa.

Sebagai contoh saya memulakan blog khusus untuk menjual dan mempromosi kitab-kitab tafsir al-Qur’an di kitabtafseer.wordpress.com. Selain memuat maklumat produk, blog ini juga memuat maklumat tambahan berkaitan sejarah tafsir, tokoh-tokoh ahli tafsir dan hal-hal yang berkait rapat dengan tafsir al-Qur’an. Ia juga memaparkan ucapan dan rekomendasi dari sarjana Islam tentang kitab-kitab tafsir yang baik untuk dibaca.

Hal yang sama juga saya lakukan untuk blog kitabhadith.wordpress.com.

Branding a.k.a ‘penjenamaan’.

Ini merupakan satu usaha untuk membina nama atau ‘brand’. Konsisten dan sabar adalah kunci utama kejayaan sesebuah blog dan bisnes online. Melainkan kita mempunyai modal / kapital yang sangat besar untuk mewujudkan ‘supermarket effect’ seperti halnya Air Asia. Sebalinya kita hanya peniaga kecil yang bercita-cita besar.

Baru-baru ini saya mendapat khabar dari seorang sahabat dan peniaga online. Setelah beberapa tahun menjalankan bisnes, beliau berhasil meraih jualan sekitar RM belasan ribu sahaja setiap bulan.  Namun minggu lepas selepas bertahun-tahun berniaga, beliau peroleh jualan itu hanya pada satu transaksi dari seorang pembeli yang beliau tidak pernah jumpa sekalipun. Beliau menjual buku-buku agama terjemahan dari Indonesia.

Rezeki itu dari Allah tentunya. Namun salah satu asbanya ialah beliau konsieten dan sabar. Bukankah Allah sebutkan satu ciri manusia yang tidak rugi ialah bersabar (dalam surah al-Asr). Sabar atas iman, amal soleh dan berpesan kepada kebenaran.

1 comment so far

  1. Shamshul Kamar on

    Sememangnya branding memerlukan kesabaran. Membina kepercayaan audience/pelawat adalah tujuan utama. Berikan info yang terbaik sentiasa kerana sebelum audience membeli mereka akan meneliti info dan hanya membeli dari mereka yang dipercayai saja.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: