Tips Melancong Backpack : Harga Makanan

Salah satu perbelanjaan yang agak besar dan asasi ketika melancong ialah penginapan dan makanan. Sukar untuk kompromi dalam dua hal ini.

Dua hal ini penting untuk :

  • membekalkan tenaga yang cukup.
  • rehat yang cukup.
  • kesihatan tubuh-badan.

Namun sering-kali orang asing dikenakan harga yang tidak munasabah. Ini berlaku kepada trip kami ke Vietnam. Banyak perkhidmatan dan produk dikenakan harga yang berbeza tanpa disedari. Jika di Malaysia mungkin beberapa perkhidmatan dikenakan caj berbeza seperti hospital dan pusat pelancongan awam (zoo, muzium). Namun situasi di Vietnam dan beberapa negara lain (ada sahabat menyatakan hal yang sama berlaku di Laos dan Kemboja)

Satu kaedah untuk selamat ialah memilih tempat makan yang menyediakan menu dan tanda harga. Jangan beranggapan, dengan makan di kaki lima atau gerai tepi jalan, kita dapat jimat. Bimbang sebaliknya.

Kaedah kedua ialah :

Ambil kesempatan untuk makan atau survey harga di tempat makan di airport. Dan letakkan harga di airport sebagai penanda aras ‘harga maksima’.

Jangan terkejut jika anda dicaj melebihi harga di airport padahal hanya makan di tepi jalan sahaja.

Ini berlaku lantaran perbezaan mata wang yang digunakan. Banyak juga pelancong berpengalaman dan tegar menyarankan supaya kita membawa kalkulator.

Sahabat saya membeli 3 biji pisang berangan dengan harga 20,000 VND. Bersamaan dengan RM3. Mahal bukan.

Saya melihat ekspresi pembeli tempatan lain menegur dan memarahi peniaga tersebut kerana mengelat. Di Malaysia dengan RM3 boleh beli sesikat pisang.

Hal yang sama juga dinyatakan oleh kenalan kami ketika berada di atas kapal di Ha Long Bay.

Dia yang merupakan sukarelawan tajaan gereja dari USA menceritakan bahawa harga makanan dan produk di Vietnam sangat murah. Namun ada peniaga yang pendek akal suka merosakkan industri dengan harga melampau.

Hal ini mengingatkan saya kepada sebuah hadis dari Nabi Muhammad tentang kesan buruk dari perbuatan peniaga yang curang dan menipu pelanggan.

Sahabat muda Abdullah bin Umar (semoga Allah redha kepada mereka berdua) melaporkan,

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menghadapkan wajah ke kami dan bersabda:

“Wahai golongan Muhajirin, lima perkara apabila kalian mendapat ujian dengannya, dan aku berlindung kepada Allah semoga kalian tidak mengalaminya;

  1. Tidaklah perbuatan keji tersebar di suatu masyarakat, kemudian mereka melakukannya dengan terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah mereka penyakit Tha’un dan kelaparan yang belum pernah terjadi terhadap orang sebelum mereka.
  2. Tidaklah mereka mengurangi timbangan dan sukatan kecuali mereka akan diseksa dengan kemarau panjang dan penguasa yang zalim.
  3. Tidaklah mereka enggan membayar zakat harta-harta mereka kecuali langit akan berhenti menitiskan air untuk mereka, kalau bukan kerana haiwan-haiwan ternak nescaya mereka tidak akan beri hujan.
  4. Tidaklah mereka melanggar janji Allah dan Rasul-Nya kecuali Allah akan kuasakan atas mereka musuh dari luar mereka dan menguasainya. Dan
  5. Tidaklah pemimpin-pemimpin mereka enggan menjalankan hukum-hukum Allah dan tidak menganggap lebih baik apa yang diturunkan Allah, kecuali Allah akan menjadikan rasa takut di antara mereka.”

(HR Ibnu Majah 4009)

 

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: