Misi Naik Ke Bulan adalah Seni Membuat Wang

Alkisah di sebuah negeri Antah-Berantah yang penduduknya tidak memakai kasut. Seorang taukeh kasut dari wilayah Nun-Berenun menghantar salesman untuk membuat meneroka pasaran baharu di sana.

Salesman ini pulang dengan membawa berita bahawa tiada peluang membuka pasaran baharu di sana, kerana penduduknya memang tidak memakai kasut langsung.

Beberapa purnama dan matahari selepas itu, taukeh ini menilai semula keputusan itu dan menghantar seorang lagi salesman ke negeri Antah-Berantah itu. Salesman ini pulang dengan wajah penuh kuntum senyum dan mengkhabarkan bahawa peluang membuka pasaran baharu sangat luas. Tiada satu pun kilang dan kedai kasut di sana.

Ini merupakan sebuah kisah klasik yang sering didendangkan di telinga-telinga usahawan dan bisnesman. Pelajaran penting dari kisah diatas ialah perspektif atau kacamata seorang bisnesman 180% berbeza berbanding bukan bisnesman.

(nota : bisnes kasut/ selipar bukan kisah klasik sahaja. Bahkan bisnes selipar sahaja menjanjikan pulangan lumayan sepanjang zaman ‘evergreen’. Selipar dijual dengan julat harga yang sangat tinggi. Dijual dari pasar malam hingga pasaraya mewah. Dari harga serendah RM2 hingga ratusan ringgit. Permintaan selipar sangat tinggi sehingga menjadi harta yang paling banyak dicuri terutama di masjid!)

MataDuitan versus MataRealistik (materialistik/ kebendaan/ fikrah maddiyah)

180% berbeza kerana bisnesman menjual, manakala yang lain membeli. Ia ibarat kutub utara dan kutub selatan.

Bisnesman memikirkan duit, wang dan money. Manakala pembeli memikirkan barang, barang dan barang.

Bisnesman melihat karnival mega sale sebagai lubuk buat duit. Pembeli melihat ia sebagai syurga membeli-belah.

Pembeli berfikir bagaimana menambah wang supaya dapat ditukar menjadi barang. Bagaimana menggunakan minimum wang untuk barang yang maksimum. Bisnesman berfikir bagaimana menggunakan wang untuk menambah lagi wang.

Pembeli menggunakan hutang untuk menambah barang. Bisnesman menggunakan hutang untuk menambah wang.

Pembeli melihat diskaun sebagai peluang untuk menjimatkan wang. Supaya wang yang dijimatkan itu supaya dapat membeli (juga) barang lain. Bisnesman melihat diskaun sebagai umpan mengikat hati pembeli, supaya lain kali datang lagi dan beri wang kepada kami lagi.

Demikian beberapa sudut pandang bisnesman dan bukan bisnesman. Yakni cara melihat, cara menilai dan cara menterjemah sesuatu berita dan peristiwa menjadi peluang dan wang.

Seorang professor dari UKM menceritakan bagaimana misi menghantar manusia kebulan menjana keuntungan yang tidak sedikit. Orang biasa melihat naik ke bulan sebagai naik ke bulan sahaja. Sebaliknya bisnesman melihat ia sebagai peluang. Banyak buku-buku tentang planet dan angkasa dapat dicetak dan dijual. Banyak gajet-gajet, baju sut angkasawan, produk permainan ala-angkasawan dapat dijual. Jelasnya, misi naik kebulan sama ada berjaya atau tidak manusia itu menjejakkan kakinya kebulan, berbillion-billiom wang sudah berjaya dikutip dari angan-angan itu.

Bagaimana menjadikan berita di akhbar sebagai peluang membuat wang?

Mari kita ambil contoh sebagai tutorial. Apa peluang yang boleh muncul dari berita ini.

1. Banyakkan Perpustakaan Masjid – DS Jamil Khir, Mentera di Jabatan Perdana Menteri

– masjid akan buta perpustakaan.

– masjid akan bina bangunan perpustakaan atau minimum renovasi ruangan masjid untuk dijadikan perputskaan. (bisnes construction)

foto dari rak buku encikbaca.wordpress.com

foto dari rak buku encikbaca.wordpress.com

– rak-rak buku diperlukan untuk mengisi buku. (bisnes perabot)

– buku-buku agama diperlukan. (bisnes buku)

– oleh kerana panelis seminar ini melibatkan tokoh dari Indonesia (rujuk berita), maka peluang memasukkan buku terjemahan Indonesia juga tinggi). (bisnes import buku)

– peluang pekerjaan kepada pustakawan.

– peluang bisnes untuk membuat sistem daftar dan jilid buku.

dan macam-macam lagi seperti troli buku, alat tulis, dsb.  Dalam negara kita ada ribuan masjid. Katakanlah cadangan ini disambut satu sahaja masjid di daerah. Bayangkan berapa juta wang mengalir didalamnya. Dan jangan lupa masjid dan institusi agama negeri merupakan antara institusi umat Islam yang kaya.

Advertisements

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: