Meraih Kekayaan di Dunia dan Akhirat

Tips-tips Murah Rezeki

Seorang lelaki membangkitkan keraguannya, “Bolehkah perniagaan kita ini meraih keuntungan yang multi-billion ringgit?”

Hasilnya terserah kepada jawapan kita. Kalau kita jawab boleh, maka pepatah Melayu mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak seribu cara, mahu seribu daya.

Pengarang Kitab Sahih Bukhari, yang bernama Muhammad bin Ismail kelahiran Bukhara menyatakan bahawa setiap amal perbuatan dan percakapan itu perlu didahului dengan ilmu pengetahuan (al-ilmu qobla qaul wal amal).

Demikian juga ilmu mencari rezeki.

Ilmu Mecari Rezeki

Dalam lisan Melayu mecari rezeki disebut juga sebagai mencari sesuap nasi. Namun kalau dalam budaya Barat-Inggeris istilah itu bertukar menjadi ‘bread & butter’. Semua itu tergantung kepada adab dan budaya setempat.

Pertama sekali yang harus difahami ialah makna rezeki itu tersendiri. Pada zaman yang banyak perkara dinilai dengan wang, maka wang menjadi definisi paling popular bagi rezeki.

Rezeki juga mencakup makanan, pakaian, kesihatan, rumah yang luas, kenderaan yang selesa, isteri-suami yang soleh, anak-anak yang soleh dan banyak lagi. Antara banyak-banyak rezeki dan nikmat yang paling besar patut disyukuri oleh manusia ialah rezeki beriman dan beramal soleh kepada Allah Azza Wa Jalla.

Justeru, mungkin sebilangan orang wang dan emanya terhad, namunAllah tetap limpahkan dalam hatinya kelapangan dan kemudahan hidup. Tidur mereka asal letak kepala atas bantal, maka berlabuhlah. Bandingkan rezeki dan nikmat yang mreka peroleh berbanding sang pemilik rumah banglo berhalamankan kolam renang, saban malam berjam-jam atas tilam empuk, masih bertarung melelapkan mata.

(insya Allah akan dibahas lebih lanjut bersama dengan dalil syar’ie)

Sang Pemberi Rezeki

Tidak kalah penting dalam hal mencari rezeki ialah mengenal Sang Pemberi Rezeki. Dari 99 nam-nama-Nya, Sang Pemberi Rezeki ini disebut juga ‘Ar-Raaziq’.  Yakni Allah Azza Wa Jalla.

Sang Pemberi Rezeki ini bukan sembarangan. Kerana seluruh isi dunia, langit dan bumi itu adalah miliknya. Dia lah yang memiliki hari-hari yang telah berlalu, hari ini dan hari-hari yang akan datang. Seluruh harta dan kekayaan yang dimiliki manusia seluruh dunia, sepanjang zaman sehingga hari akhirat itu didaftarkan milik Allah Azza Wa Jalla.

Dengan mengenal Allah melalui nama-nama dan sifat-sifatnya, manusia akan lebih mudah meraih rezeki dari Sang Pemberi Rezeki ini.

Antara bacaan khusus yang baik membahas tentang nama-nama dan sifat-sifat Sang Pemberi Rezeki ini termasuklah ;

1. Lum’atul I’qtiqod oleh Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi rahimahullah. Ia telah dibahas oleh Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah.

2. Syarah Asmaul Husna oleh Dr Said bin Ali bin Wahf al-Qahthani.

Cara atau Kaedah Mecari Rezeki

Tidak ada yang Maha Memberi Rezeki melainkan Allah semata-mata. Baik seorang guru, penjawat awam, petani, pesawah, peniaga pasar malam dan semuanya; semua rezeki yang mereka perolah adalah dari Allah. Hanya sahaja rezeki setiap manusia itu melalui jalan-jalan yang berbeza-beza.

Bekerja atau berusaha mecari rezeki adalah salah satu dari sekian jalan-jalan yang ditetapkan oleh Allah sebagai sebab datangnya rezeki. Jika tidak masakan Allah memerintahkan Nabi Musa menghentakkan tongkat supaya terbelah Laut Merah. Walhal Allah boleh sahaja membelahkan lautan itu tanpa sebab tongkat. Jika tidak, masakan Allah memerintah kan Hajar yang kelemahan menggoyangkan pohon kurma untuk mendapatkan buahnya. Apalah daya yang milikin oleh wanita yang sarat melahirkan anak untuk menggoyangkan pohon kurma!

Ininya adalah Allah mahu mengajarkan manusia bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu ada sebab musababnya. Kerja dalah satu sebab yang ditetapkan oleh Allah Azza Wa Jalla.

Adakah itu sahaja? Inilah yang amat rugi lagi merugikan apabila kita meninggalkan cara dan kaedah lain untuk mencari rezeki. Sarjana Islam menghimpunkan sekurang-kurangnya ada 10 lagi sebab dan cara untuk meraih rezeki dari Allah Azza Wa Jalla. Ia disebut dalam Al-Qur’an dan hadis secara jelas.

Antaranya Allah janjikan, Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi…(Al-A’raf: 96)

Ribuan tahun dahulu siapa pernah menyangkan bahawa ada emas yang jauh lebih berharga dari emas kuning tersimpan bawah tanah-tanah yang dipijak oleh negara yang bertauhid?

Bahkan 10 atau 20 tahu dahulu siapakah yang dapat menyangka Allah memberi rezeki ribuan ringgit pada setiap kilo sarang burung layang-layang.

Atau siapa pernah jangka bahawa di perut Sungai Batang Lupar itu tersimpah ‘harta’  yang bernilai lebih 10 ribuan ringgit sekilo. Subhanallah. Benar janji Allah. Keberkatan dari langit dan bumi itu bila-bila masa sahaja boleh Allah keluarkan dengan kehendaknya.

Iman yang benar telah mebuktikan sepanjang zaman bahawa ia merupakan asbab yang paling utuh turunnya rezeki kepada seseorang.

Maharaja yang paling berkuasa dan berpengaruh sepanjang zaman itu adalah dari kalangan orang-orang yang beriman. Beliau diberikan segala sesuatu yang tidak diberikan kepada sesiapapun sedudahnya yakni Nabi Sulaiman alaihissalam. Kerajaannya merentasi angin, jin dan haiwan. Semua tunduk dan patuh kepada perintahnya.

Kita telusuri pula sirah Nabi Muhammad saw. Zahirnya beliau miskin, namun manusia miskin mana pernah beristeri 8 sekali dalam satu-satu masa. Bahkan ada riwayat menyebutkan bahwa para isteri Nabi pernah bertemu dengan Nabi untuk meminta tambahan belanja dapur. Tentu sahaja hal ini berlaku bukan atas rasa tamak dan inginkan dunia, namun para isteri Nabi yang diredhai Allah itu yakin dan percaya bahawa suami mereka mampu untuk melakukan hal itu.

Bukti Nabi itu manusia yang kaya ialah, beliau tidka pernah mengatakan tidak pada setiap permintaan yang datang dari orang yang meminta. Kata para sahabat, tangan kanannya seperti angin yang berhembus.

Diriwayatkan juga bahawa beliau pernah bersedekah dengan satu lembah kambing. Disebutkan satu lembah kerana jumlahnya tidak terkira. Pernahkah kita terbayangkan hari ini manusia yang paling kaya berinfak dengan jumlah harta yang dia sendiri tidak tahu berapa banyaknya. Melainkan jumlah itu dicatat untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan!

Demikian juga dengan sahaba-sahabat Nabi yang sangat kaya seperti Abdurrahman bin Auf, Uthman bin Affan, Muhammad bin Maslamah dan beberapa lagi. Pernahkah kita terbayang seorang sahabat mewariskan setiap isterinya selepas mati dengan harta sejumlah 100 ribu dinar!

Saya menemui beberapa buah buku yang bermanfaat menyangkut isu rezeki.

  1. Bagaimana Salaf Mencari Rezeki oleh ‘Abdul Malik Al-Qosim (Al-Qowam, Solo 2006)
  2. Cara Mudah Mencari Rezeki oleh Fuad Shalih (Pustaka Tazkia, Jakarta 2009)
  3. Kunci Rezeki oleh Dr Abdullah Yassin (Al-Furqan, KL 2004)
  4. Pembuka 10 Kunci Mudah Kaya oleh Dr Fadhl Ilaahi (Al-Hidayah, KL 2008)
  5. Panduan Mencari Rezeki Halal oleh Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni (Al-Shafa, KL 2009)

Sebelum kita melangkah jauh tentang taktik dan teknik bisnes, pengurusan dan pemasaran ; adalah sangat berfaedah seorang penguasa atau bisnesman memahami prinsip dan konsep asas ini.

Supaya benis yang ditabur tumbuh dengan subur, supaya produk yang dijual diberi orang banyak, dan juga supaya servis yang dilakukan memuaskan hati pelanggan.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: