Bisnes, hijrah dan kekayaan

Pepatah Cina ada menyatakan bahawa;

“Kalau kamu mau bahagia satu hari, ambil pancing, memancinglah seharian,

“Kalau kamu mau bahagia dua hari, kamu sembelih seekor sapi, potong dan nikmatilah,

“Kalau kamu mau bahagia tiga hari, kamu cari wanita yang cantik, lalu kawini dia

“Tetapi kalau kamu mau bahagia selamanya, cintailah pekerjaanmu”.

Seni 'display' buah di Pasar Lahad Datu

Seni ‘display’ buah di Pasar Lahad Datu

 

 

Sebagai seorang Mukmin dan Muslim tentulah pekerjaan yang paling utama bagi kita ialah mentauhidkan Allah dan melaksanakan seluruh tuntutan kalimah tauhid itu yakni mengabdikan/ menghambakan untuk melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

Dalam dunia pekerjaan, melaksanakan kerja dengan bersungguhan atau ‘passion’ merupakan satu tanda meraih keseronokan, motivasi dan kebahagiaan. Tidak sedikit umat manusia melakukan sesuatu yang mereka tidak suka pada setiap hari.

Sarana atau kaedah paling agung dan utama untuk meraih rasa cinta kepada pekerjaan ialan dengan ikhlas melaksanakan tugasa itu. Yang diharap hanyalah ganjaran dari Allah. Makna ikhlas yang paling tepat dan jelas seperti dijelaskan oleh Allah dalam Surah al-Ikhlas yakni intinya mentauhidkan Allah dan tidak melakukan perbuatan syirik.

Kemudiannya ialah dengan memahami ‘nature’ atau tabiat sesuatu pekerjaan itu.

Dagang ialah tabiat bisnes

Bisnes atau perniagaan tidak dapat lari dari ‘travelling’. Arab sebut safar, boleh juga dikatakan sebagai hijrah. Melayu kata kembara atau kelana.

Menariknya dalam perbendaharaan Melayu kembara disebutkan satu makna dengan dengan maksud berniaga yakni dagang. Dalam ‘Sri Mersing’ , Damak berpantun:

Kajang Pak Malau kajang berlipat,

Kajang hamba mengkuang layu,

Dagang Pak Malau dagang bertempat,

Dagang hamba musafir lalu.

Sesuatu yang harus difahami dan ialah hakikat orang berdagang yakni orang berbisnes ialah selalu berkelana. Baik berkenalan mencari pasar baharu, berkelana mencari pelanggan baharu atau berkelana mencari pembekal baharu.

Untuk maju dalam sesebuah perniagaan inilah hakikat yang harus diterima. Tanyakan pada mana-mana tokoh perniagaan dari mana asal-usul mereka. Kamus bergerak Wikipedia menyebutkan bahasa Robert Kuok, ayahnya tiba di Malaya dari Fujian, China. Tan Sri Ananda Krishna datang dari Sri Lanka. Manakala kisah Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari lebih menginsafkan; keluarga berhijrah dari Yaman ke Thailand sebelum memilih Kedah sebagai tempat bisnes.

Bukan tidak ada anak Melayu Malaysia yang berjaya dan tersohor di persada dunia. Bukankah Cape Town itu dihuni oleh mereka yang berasal dari Kepulauan Melayu dan khabarnya bank terbesar di sana dimiliki oleh bangsawan dari Malaysia!

Begitulah catatan sejarah moden merakamkan demikian. Demikian juga sejrah peradaban klasik. Mungkin tidak perlu dijejerkan panjang dan lebar. Cukup mengambil contoh berdagangnya Nabi Muhammad SAW sebelum kerasulan baginda. Bukankah Nabi memperdagangkan harta Khadijah (sebelum dilamar menjadi isteri) jauh-jauh sehingga ke negeri Syam.

Jauhnya Syam berbanding Mekah itu lebih 900km. Subhanallah. Sedangkan jarak antara Kota Bahru – Johor Bahru sahaja 700km. Dengan teknologi kuda dan unta yang ada ketika itu, tentulah perjalanan berdagang lebih panjang dna lebih jauh.

Dan resam berniaga harus berdagang dan berkenalan.

Hakikat ini terbukti yakni hijrah atau safar itu disebutkan oleh Allah sebagai salah satu dari sebab-sebab syar’ie murahnya/ datangnya rezeki kepada seseorang. Allah berfirman;

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati dimuka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nisa, ayat 100)

Demikian disebutkan oleh Pro. Dr. Fadhl Illahi, sarjana di Universiti Islam Madinah yang berasal dari Pakistan/ India dalam sebuah buku beliau. Ia sudah diterjemahkan dan diterbitkan dalam bahasa Melayu oleh beberapa penterjemah dan penerbit antaranya oleh Ustaz Abdullah al-Qari Hj Salleh (AQHAS).

Hijrah, bisnes dan kekayaan

Hijrah ar-Rasul sendiri mengukuhkan hipotesis ini. Abdurrahman bin Auf yang mengikuti Nabi dari Mekah ke Madinah berhijrah sehelai-sepinggang, demikian juga sahabat yang lainnya. Bahkan tentu menitis air mata kita membacakan bukan sahaja harta yang mereka tinggalkan bahkan ada di kalangan sahabat yang terpaksa meninggalkan anak dan isteri seperti yang terjadi kepada Abu Salamah.

Namun atas rezeki yang Allah kurniakan dan hijrah yang ikhlas dalam beberapa ketika sahabat-sahabat Nabi yang hijrah bangkit semula menjadi konglomerat yang disegani seperti Abdurrahman bin Auf, Uthman bin Affan, Abu Bakar as-Siddiq dan yang lainnya. (Baca; DNA Ekonomi Nabi dan Sahabat)

Ribuan tahun berlalu, firman Allah tidak pernah tidak benar. Hari ini bukankah ekonomi dan bisnes di Malaysia dikuasai oleh kaum yang berhijrah.

Tolak ketepi teori orang Cina pandai bisnes. Bukankah kedai-kedai runcit di Lembah Klang dikuasai oleh Muslim dari Acheh. Bukankah dapur-dapur makan  rakyat Malaysia hari ini ialah restoran pemilik yang berasal dari Selatan India (mamak) dan selatan Thai (tom yam).

Subhanallah, Maha Suci Allah. Bukan sahaja untuk masuk syurga itu harus ikut petunjuk al-Qur’an dan as-Sunnah. Bahkan untuk berjaya di dunia juga, al-Qur’an dan as-Sunnah perlu dijadikan rujukan dan panduan.

Saya berdoa dan berusaha untuk mengembangkan kerjaya dan bisnes sehingga ke seluruh pelusuk dunia. Kalau di bulan boleh berniaga, insya Allah.

Mohd Riduan Khairi

Lahir di Chemor – membesar di Sungai Siput – bersekolah di Kuala Kangsar (sekejap di Slim River) – belajar bahasa Arab di Nilam Puri – universiti di Skudai – bertugas di Johor Bahru (2004), Alor Star (2005), Pulau Pinang (2006), Pasir Gudang (2007), Seremban (2008), Kuala Lumpur (2009), Johor (2010), Terenganu (2011), Kota Kinabalu (2012)…

Melancong ke Singapura, Batam, Jakarta, Saigon, Hanoi, dan semoga Allah permudahkan urusan saya dan famili untuk ke Tanah Suci dalam masa terdekat ini.

1 comment so far

  1. […] Pepatah Cina ada menyatakan bahawa; […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: