Rukun Binses; Sabar ketika rugi dan juga ketika untung

Namun sabar lebih diperlukan apabila sesebuah perniagaan itu diberikan keuntungan yang banyak oleh Allah. Nabi pernah mengingatkan dalam sebuah hadis yang bermakna;

“Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemiian.” (riwayat Imam Bukhari)

Dalam banyak kes perniagaan, bukanlah tidak boleh membuat jualan atau tiada pasaran. Lebih banyak situasi apabila peniaga tersebut tidak mampu mengurus keuntungan yang mereka peroleh. Dari sekian banyak juta dan billion wang yang pihak kerajaan peruntukkan untuk membantu usahawan dalam negara; berapa ramai pula yang menghabiskan peruntukan itu bukan pada jalannya.

Justeru sabar, tidak syak lagi merupakan formula asas dan utama untuk mengecapi kejayaan di atas dunia mahupun di akhirat. Sekiranya Allah menjanjikan pahala yang banyak tanpa batas kepada orang yang bersabar, makanya Allah juga telah memberikan harta dan kekayaan yang banyak kepada manusia yang sabar dan istiqamah menjalankan perniagaanya.

Advertisements

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: