Bagaimana sabar dalam perniagaan?

1. Berkawan dengan orang-orang yang sabar.

“Seseorang itu menurut agama sahabatnya. Maka hendaklah diperhatikan seseorang yang hendak kamu jadikan sebagai teman.” (riwayat Imam al-Bukhari)

Kata ‘pepatah pipit sama pipit, enggang sama enggang’, demikian juga hidup manusia. Identiti dan perwatakan kawan-kawan kita akan mudah mempengaruhi diri kita. Untuk sabar dan berjaya dalam bisnes, maka berkawanlah dengan orang yang sabar dan berjaya dalam bisnes juga.

Seorang ulama’ generasi tabi’in berkata, “Tatkala aku tiba di kota Madinah, aku berdoa, ‘Ya Allah,mudahkanlah aku untuk mendapatkan seorang teman duduk yang soleh.’

Aku lalu duduk di samping seorang sahabat mulia, Abu Hurairah. Aku berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya aku telah memohon kepada Allah, agar Dia berkenan menempatkanku dengan seorang teman duduk yang soleh. Oleh itu perdengarkanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah Anda dengarkan dari Rasulullah. Semoga Allah memberikan manfaat kepadaku dari hadis tersebut.”

(lihat: Kepada Para Pedagang, Dakhil bin Ghunaim al-Awwad, Aqwam)

Justeru para peniaga seharusnya berkawan dengan peniaga-peniaga juga. Yang lebih baik berkawan dengan peniaga yang lebih baik atau sedikit lebih baik dari perniagaan kita.

Selalukan bertanya dan meminta nasihat dari rakan-rakan peniaga yang lain.

Bertanya dan minta nasihat dari orang yang betul. Jangan bertanya atau meminta nasihat tentang perniagaan dari orang yang makan gaji. Itu salah besar dalam meminta nasihat.

Juga jangan berbicara tentang wang dan belanja dengan mereka. Titik besar yang membezakan antara seorang peniaga dan bukan peniaga. Peniaga menukar barang menjadi wang. Manakala bukan peniaga menukar wang dengan barang. Dua kutub berbeza satu di utara satu di selatan.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: