Belajar sabar dari orang yang telah berjaya dalam bisnes

2. Belajar dari pengalaman orang-orang yang terdahulu yang sudah berjaya dalam perniagaan.

Lazimnya manusia mudah belajar dari contoh dan teladan. Justeru sebaik-baik pengajar dan guru dalam kehidupan manusia ialah Nabi yang telah Allah jadikan sebagai suri teladan sepanjang zaman.

Dalam perniagaan, Nabi juga menggariskan beberapa prinsip dan amalan perniagan yang akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah. Ia dipraktiskan oleh para sahabat Nabi dalam peniagaan mereka.

Kalau ramai yang menyangka para sahabat Nabi itu berdakwah dengan pedang dan air liur sahaja, maka sangkaan itu meleset. Nabi kita yang dicintai itu sepanjang hayatnya dikelilingi oleh orang-orang yang kaya dan berharta.

Bukankah isteri pertama Nabi itu, Khadijah bt Khuwailid seorang pedagang yang berjaya dan terkenal. Dagangan Khadijah diriwayatkan melewati sehingga Yaman dan Habsyah yakni hampir 2000 kilometer dari Kota Mekah. Dengan jarak sejauh itu, dan kemudahan pengangkutan yang terhad; tentunya kita dapat gambarkan saiz dagangan Khadijah ketika itu.

Begitu juga dengan para sahabat Nabi yang lainnya seperti Zubair al-Awwam yang diriwayatkan mewariskan kira-kira 5.2 juta dinar. Demikian disebutkan oleh anaknya Abdullah bin Zubair dalam Kitab Sahih Bukhari.

Demikian juga Abdurrahman bin Auf yang ketika wafatnya mewariskan setiap dari isterinya jutaan dinar wang seperti yang dikisahkan oleh Syaikh al-Albani dalam Kitab Adab az-Zifaf.

Dan kita sudah biasa mendengar slogan yang ditulis oleh ulama bahawa Uthman telah ‘membeli’ syurga dengan infaq hartanya. Lihat sendiri dalam kisah Perang Tabuk, berapa banyak harta yang beliau infakkan sehingga Nabi memberi jaminan bahawa selepas dari peristiwa itu apapun perbuatan Uthman akan diampunkan oleh Allah lantaran sedekahnya yang sangat banyak.

Dari kalangan ulama’ selepasnya baik dari generasi tabi’in, tabi’ tabi’in dan seterusnya, tidak sedikit dari kalangan mereka yang menjadikan bisnes sebagai pekerjaan. Dan selain sukses dalam ilmu dan dakwah, mereka juga sukses dalam mengumpul harta dan kekayaan yang banyak. Antaranya seperti Imam Abu Hanifah dan Imam al-Bukhari.

 

Advertisements

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: