Sabar adalah anugerah Allah kepada orang yang beruntung

Beberapa kali Allah mengaitkan sifat sabar dengan kejayaan dan keberuntungan. Bukan sahaja di akhirat bahkan juga untuk urusan di dunia. Sabar bukan sahaja kiat atau cara untuk meraih untung dan berjaya, bahkan sabar itu sendiri adalah suatu nikmat yang besar Allah anugerah dan berikan nikmat kepada hambanya. 

Firman Allah yang bermaksud, 

“Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” (Surah Fusilat 41, ayat 35) 

Dalam bisnes juga demikian rupa. Tidak ada empayar bisnes dibangunkan dalam masa sehari, sebulan atau bahkan setahun. Untuk survive beberapa tahun pertama pun itu suatu dugaan yang sangat besar. Pengalaman bisnes menunjukkan bahawa 8 dari 10 bisnes gulung tikar dalam masa 3 tahun operasi. 

Empayar bisnes itu melalui proses matang sama seperti usia manusia juga. Jenama terkenal seperti Gucci, Salavatore Ferragamo, Nike, Coca-cola dan beribu jenama besar lainnya. Tahukah kita bahawa perolehan Gucci seluruh dunia berjumlah kira-kira 25 billion setahun dan diasaskan kira-kira 100 tahun yang lalu (1921). 

Dalam ayat yang lain pula Allah menjelaskan bahawa, 

“Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)” (surah Ali Imran 3, ayat 200) 

Kisah Ali bin Abu Thalib

 

Dalam ‘Cara Mudah Mencari Rezeki’ pula saya menemukan satu kisah yang mengharukan. Kisah ini membuktikan, rezeki seseorang itu tetap miliknya. Hanya sahaja jalan yang ditempuh itu halal atau haram adalah pilihan individu. 

Satu hari Ali bin Abu Thalib masuk masjid. Beliau meminta seorang lelaki yang berada di pintu masjid, “peganglah keldai ini”. 

Tidak lama selepas itu Ali keluar membawa 2 dirham untuk diberi kepada lelaku tadi sebagai upah. Ternyata lelaki tadi telah hilang. Yang tinggal hanya keldai beliau dan tali pemegang keldai itu telah hilang bersama lelaki tadi. 

Ali pun berlalu menunggang keldainya. Kemudian Ali memberi hambanya 2 dirham dan menyuruh, “belikan aku tali pemegang keldai di pasar”. 

Hambanya kembali dari pasar membawa tali pemegang keldai, dan tali itu dicam oleh Ali menyerupai tali pemegang yang telah dicuri tadi. Tahulah Ali bahawa tali itu telah dijual oleh pencuri tadi di pasat dengan harga 2 dirham. 

Ali berkata, “Dia telah menghalangi dirinya dari harta yang halal kerana tidak bersabar. Harta haram yang didapatkannya tidak akan melebihi apa yang telah ditentukan Allah baginya”. 

Benar apa yang Nabi sebutkan bahawa maksudnya, 

“Tidak ada suatu rezeki yang Allah berikan kepada seorang hamba yang lebih luas baginya daripada sabar.” (riwayat Imam Al Hakim) 

Mohd Riduan b Khairi

Country Height, Bukit Padang Sabah

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: