Benarkah sahabat yang kaya dan dermawan Abdurrahman bin Auf ra masuk syurga dengan merangkak?

Benarkah sahabat yang kaya dan dermawan Abdurrahman bin Auf ra masuk syurga dengan merangkak?

Kisah ini disandarkan sebuah hadis dari Ibunda Aisyah katanya yang bermaksud, “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya aku melihat Abdurrahman bin Auf masuk surga dengan merangkak.”

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Kitab Musnad (6/115) dari jalan Umarah, dari Tsabit, dari Anas, dari Aisyah.

Pengkaji dan sarjana hadis semasa Ust. Abdul Hakim b Amir Abdat dalam buku Hadis-hadis Daif dan Maudu’ menjelaskan bahawa sanad hadis tersebut daif, kerana di sanadnya ada Umarah bin Zaadzaan Ash Shaidalaaniy Abu Salamah Al Bashri; beliau seorang rawi yang lemah hafalannya.  Ibnu Hajar dalam Taqrib menyatkan bahwa beliau Shaduqun (orang yang benar), akan tetapi sering salah.

(Hadis-hadts Daif dan Maudu’ jilid 1; Darul Qolam, Cet 1. 2003 M, hal.116-117)

Ibnu Jauzi menjelaskan,

Kemudian, tidak masuk akal bahawa ada sahabat yang boleh menyatakan kebimbangannya mengenai diri ‘Abdul Rahman bin Auf dalam hartanya. Bukankah sudah ada ijma’ ulama’ yang mengatakan dari hal kebenarannya boleh mengumpul harta kekayaan dari jalan yang halal? Kalau begitu apa motif kebimbangannya itu padahal hal itu memang sudah dibolehkan? Apakah syarak boleh membenarkan sesuatu kemudian ia menghukum salah seorang yang melakukannya? Ini tentulah terbit dari kurang faham dan ceteknya ilmu agama orang yang mengatakan begitu.

Kemudian mengapa digantungkan hal ini kepada Abdul Rahman bin Auf sahaja padahal sahabat-sahabat yang lain juga ada yang sama kaya dengannya? Umpama sahabat yang bernama Talhah bin Ubaidillah telah meninggalkan harta sebanyak 300 bahar sedangkan satu bahar itu sama dengan pikulan satu unta. Harta al-Zubair pula ketika meninggal dunia adalah sebanyak 700,000, Ibn Mas’ud sebanyak 90,000 dan kebanyakan sahabat memperoleh harta yang banyak lalu ditinggalkan mereka (apabila meninggal dunia) dan tiada seorangpun yang mengingkari mereka.

Adapun dakwaan mereka bahawa Abdul Rahman bin Auf merangkak di Hari Kiamat, maka ini menunjukkan yang mereka tiada mengetahui maksud hadis. Bukankah itu dalam mimpi dan bukan dalam keadaan sedar. Aku berlindung diri kepada Allah daripada mempercayai bahawa Abdul Rahman bin Auf akan merangkak nanti di Hari Kiamat! Cuba renungkan hal ini dalam-dala! Siapa pula yang akan mendahuluinya jika Abdul Rahman bin Auf akan merangkak, padahal dia salah seorang dari sepuluh orang yang dijamin masuk syurga, dia pula dari Ahli Badar dan termasuk ahli syura?

Dan hadis ini pula diriwayatkan oleh Umarah bin Zazan yang mana Imam al-Bukhari berkata: terdapat huru hara dalam hadisnya. Berkata Imam Ahmad: dia pernah meriwayatkan hadis-hadis mungkar. Berkata Abu Hatim al-Razi: Tidak boleh dijadikan alasan. Dan berkata al-Daruquthni: Hadis ini lemah. (Talbis Iblis)

Ibn al-Qayyim setelah membahas hadis ini secara panjang lebar dalam bukunya membuat rumusan: Adapun hadis masuknya Abdul Rahman bin Auf ke dalam syurga dengan merangkak, maka permasalahannya adalah seperti yang dikatakan oleh Imam Ahmad rahimahullah, bahawa hadis ini adalah tidak benar lagi mungkar.

Atau seperti yang dikatakan oleh Imam an-Nasai, bahawa hadis ini palsu. Darjat-darjat (kebesaran, kemuliaan, ketinggian- P) Abdul Rahman bin Auf, jihadnya, infaknya yang amat besar dan sedekahnya menghendakinya masuk syurga bersama dengan orang-orang yang berjalan seperti kilat, atau seperti sekelip mata, atau seperti kuda yang dipacu, dan dia tidak seharusnya masuk syurga dengan merangkak. (Sabar: Perisai Seorang Mukmin, ms 196-201) 

Mohd Riduan b Khairi

Country Height, Kota Kinabalu

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: