Hadis 9/10 rezeki daripada perniagaan!

ADAKAH BENAR HADIS 9/10 REZEKI DATANG DARIPADA PERNIAGAAN?

Hadis “sembilan persepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan” adalah hadis yang cukup popular apabila bicara tentang perniagaan. Berikut adalah teks arabnya:

تسعة أعشار الرزق في التجارة

Namun, berdasarkan semakan para ulama hadis ini adalah tidak shahih, bahkan ianya mursal – salah satu bentuk hadis dhaif. Terdapat perawi yang gugur dalam sanadnya.

Lebih malang apabila ada yang menyebarkan hadis ini di internet dengan menyatakan ianya riwayat al-Bukhari, sehingga menyangka ianya shahih. Itu adalah kenyataan yang dusta.

Kesimpulannya hadis “sembilan persepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan” adalah dhaif, tidak shahih daripada Rasulullah s.a.w.

Lihat: Takhrij Ahaadis al-Ihyaa’, no. 1576.

Peringatan:

Saya hanya menyatakan hadis di atas adalah tidak shahih. Ada pun daripada segi makna dan realiti, saya tidak menolak bahawa perniagaan sememangnya menjanjikan pendapatan yang lumayan. Meski begitu, itu bukan lesen untuk menyebarkan hadis dhaif dan palsu atas Rasulullah s.a.w tanpa mematuhi syaratnya.

Akhir kata, utamakanlah hadis yang shahih.

Ust. Suhili Nain
Sepangar, Sabah

1 comment so far


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: