Ilmu Untuk Berniaga

Ilmu Untuk Berniaga
Mohd Riduan Khairi, PPY Borneo.

Peniaga di Hoi Ann, Vietnam.

Peniaga di Hoi Ann, Vietnam.

Seorang peniaga kain sutera yang berjaya pernah berpesan kepada peniaga lain yang belajar tentang perniagaan darinya, “Berniaga tanpa ilmu boleh menjerumuskan kepada urusniaga yang rosak.”

Itulah nasihat berharga yang diberikan oleh peniaga sukses seperti Imam Abu Hanifah kepada anak muridnya Makki bin Ibrahim seorang ulama hadith

Kata Makki bin Ibrahim, “Dia terus menasihatiku, sehingga aku mahu belajar. Maka aku selalu berdoa agar dia selalu diberi kebaikan setiap kali aku teringat padanya dan ucapannya, juga ketika aku solat. Kerana dia membuka untukku dengan keberkahan pintu-pintu ilmu.” (Manaqib Abu Hanifah, dinukil oleh Dr Muhammad Abdullah Ad-Duwaisy dalam buku Menjadi Guru Yang Sukses dan Berpengaruh)

Makki bin Ibrahim merupakan salah seorang anak murid kanan Imam Abu Hanifah dan kemudiannya menjadi salah seorang guru kepada Imam al Bukhari yang juga seorang peniaga yang sukses.

Dari perdagangannya tersebut Abu Hanifah diberi anugerah oleh Allah berupa kekayaan yang melimpah.” (Hayaah at-Taabi’iin karya Dr. Abdurrahman Ra`fat al-Basya)

Nasihat dan pesan Imam Abu Hanifah itu persis apa yang telah diwasiatkan oleh Umara al Khatta Radiyallahuanhu. Umar berpesan,

“Tidak ada orang yang dibenarkan berniaga di dalam pasar kami kecuali mereka yang memahami (berilmu) agama.” (riwayat Tirmidzi dengan sanad baik)

Demikian para sahabat-sahabat Nabi yang berniaga mereka mengetahui dan menguasai dengan baik ilmu khususnya ilmu halal dan haram dalam sesebuah perniagaan.

Abu Minhal Abdurrahman bin Mut’in seorang seorang peniaga berkata, “Rakan kongsi saya menjual beberapa dirham secara kredit di pasar. Saya berkata, “Subhanallah, adakah ini sah?” Dia berkata, “Subhanallah, Demi Allah, ketika aku menjulanya di pasar tiada sesiapa yang membantah.” Kemudian saya bertanya kepada Bara’ bin Azib dan dia berkata, “Kami pernah melakukan transaksi seperti itu ketika Nabi datang ke Madinah. Dia berkata lagi, “Tiada mengapa jika ia dilakukan secara tunai, akan tetapi jika secara kredit ia tidak dibenarkan. Pergilah kepada Zaid bin Al Arqam dan tanya kepadanya kerana dia adalah peniaga yang paling baik di kalangan kami.” Maka aku pun bertanya kepada Zaid bin Al-Arqam dan dia menjawab perkara yang sama.’ (riwayat al Bukhari)

Al-Qur’an dan hadith menjelas begitu banyak peraturan dan kod etika dalam berniaga. Bahkan di dalam kitab-kitab hadith diriwayatkan ratusan hadith yang khusus menjelaskan tentang perniagaan. Sehingga ada bab khusus dibuat yakni Bab Jual Beli (Buyu’).

Jumlah hadith di dalam Bab Jual Beli dari Kutub Sittah (Kitab Hadith yang Enam (carian dari Sunnah.com)

• Sahih al Bukhari: 183
• Sahih Muslim: 160
• Sunan Abu Dawud: 90
• Sunan An-Nasai: 257
• Jami Tirmidzi: 125
• Sunan Ibn Majah: 176

Ibn Hajar al Asqalani menghimpunan hadith-hadith hukum jual beli di dalam kitab fiqhnya Bulughul Maram. Di dalamnya membahaskan lebih 20 sub-topik dalam perniagaan.

Antara buku lain yang boleh dicadangkan dari penulis moden termasuk karya Dr. Muhammad Arifin Badri. Antara tajuk buku susuan beliau termasuk Fatwa-fatwa Jual Beli Oleh Ulama Terkemuka dan Sifat Perniagaan Nabi, Panduan Praktis Fiqih Perniagaan Islam.

Dan tentu jauh lebih awal dari itu ilmu hukum hakam perdagangan diawali dengan pengetahuan tentang asas-asas akidah. Seperti mengetahui konsep rezeki dalam Islam, prinsip tawakal serta sebab-sebab atau punca-punca rezeki. Berapa ramai hari ini peniaga tidka mengetahui dan memahami urusan rezeki secara benar akhirnya terjebak ke dalam petua-petua dan tips yang salah.

Contoh pelaris yang dinamai sebagai khatamu nubuwwah.

Contoh pelaris yang dinamai sebagai khatamu nubuwwah.

Sebagai contoh, tidak sedikit peniaga yang menggunakan jampi dan matra yang khurafat. Juga masih ramai peniaga yang menggunakan tangkal dan azimat sebagai pelaris dalam perniagaan. Walhal pelaris itu menjadi sebab utama mereka rugi bukan sahaja di atas dunia bahkan rugi sampai di akhirat. Sabda Nabi,

“Barangsiapa yang mengalungkan azimat, maka dia telah berbuat syirik” (riwayat Ahmad)

Contoh-contoh tangkal yang wujud dalam perniagaan orang Islam ialah apa yang disebut sebagai wafa’, khatamu nubuwwah, rajah huruf qitmir, gambar-gambar yang dianggap keramat dan banyak contoh lain lagi.

Dan tidak akan pernah berjaya dan beruntung orang-orang yang terjebak dalam dosa syirik. Berbanding dengan orang yang beriman dan ikhlas menjaga akidahnya mereka pula dijanjikan kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Firman Allah maksudnya,

“Andaikata penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkahan dari langit dan bumi. Tetapi, mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya” (Al-A’raf : 96)

Maka adalah amat wajar dan kami menyarankan agar institusi dan sekolah-sekolah yang mengajarkan ilmu bisnes memasukkan perkara ini kedalam silibus dan kurikulum mereka. Yakni ilmu asas akidah yang mengajarkan prinsip asas tentang rezeki dan ilmu berkaitan halal dan haram dalam perniagaan.

Advertisements

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: