Penoreh Getah Mampu Pakai Toyota Hilux

Penoreh Getah Mampu Pakai Toyota Hilux

Seorang taukeh getah di Kuala Krai pernah menceritakan bahawa ketika harga getah naik tahun 2010 dahulu ada penoreh getah membeli kereta berharga RM80,000 secara tunai!

Itu kisah beberapa tahun yang lalu.

Minggu lalu saya sempat hadir ke pejabat sebuah institusi yang menguruskan hal ehwal tanaman getah di Gerik.

Daerah Hulu Perak merangkumi Lenggong, Gerik sehingga Pengkalan Hulu merupakan daerah yang paling produktif mengeluarkan getah di negeri Perak. Dijangkakan pekebun-pekebun kecil yang terlibat dalam pertanian getah mengjangkau 1000 hektar.

Namun yang amat disayangkan kebanyakan ladang getah di Gerik itu tidak diusahakan oleh pemilik ladang. Sebahagian besar getah itu ditoreh oleh pekerja asing. Dalam kes di Gerik, pekerja asing diimport dari negara jiran Thailand. Situasi yang sama berlaku di seluruh negara.

Sistem pembahagian antara penoreh getah dan tuan tanah ialah 60/40. Manakala setahu pihak kami di Sabah sistemnya ialah 50/50.

Suatu khabar yang mengejutkan ialah: melalui kerja-kerja mengambil upah menoreh ini memungkinkan penoreh getah warga asing ini membeli kereta pacuan 4 roda seperti Toyota Hilux. Hanya dengan bermodalkan tulang empat kerat dan kemahiran menoreh getah.

Maka jadilah sebahagian dari kita seperti ‘ayam mati di kepuk padi, itu itik di kolam kehausan.’

#NotaUsahawan #Bisnes #Rezeki #Usaha #Kerja #JawatanKosong #Getah #Pertanian

Mohd Riduan b Khairi
Http://notausahawan.wordpress.com
Kota Kinabalu, Sabah

Advertisements

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: