Abu Darda’ Radiyallahu ‘Anhu: Potret Peniaga Sukses yang Mengabdikan Diri Untuk Ibadah Kepada Allah.

Abu Darda’ Radiyallahu ‘Anhu: Potret Peniaga Sukses yang Mengabdikan Diri Untuk Ibadah Kepada Allah.

“Sesiapa yang merasa kaya kerana dunia, sebenarnya dia langsung tidak memiliki dunia.”

Siapakah gerangan manusia yang mengungkapkan perkataan berharga ini? Itulah sahabat Nabi Uwaimir bin Malik bin Qais bin Umaiyyah Al-Anshary Al-Khazrajy atau dikenali sebagai Abu Darda’ Radiyallahuanhu.

Abu Darda’ adalah peniaga yang sukses di Madinah. Diriwayatkan keuntungan perniagaannya sehari mencecah 300 dinar bersamaan RM180,000.

Dari Abu Abdi Rabbah, bahawa Abu Darda’ berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid. Aku juga mengatakan bahawa Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Tetapi aku lebih suka tidak termasuk orang-orang yang dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli, sehingga lalai berzikir kepada Allah.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Abu Darda’ termasuk dari kalangan para sahabat Ansar yang bijak dan cerdas. Beliau termasuk pengumpul Al-Quran dan banyak meriwayatkan hadith Nabi. Juga banyak atsar dari Abu Darda menjelaskan keutamaan dan kelebihan orang yang menuntut ilmu.

Maka tidak hairan beliau mengetahui dengan jelas hukum-hakam dalam perniagaan. Dengan ilmu beliau dapat membezakan apa yang Allah halalkan dan apa yang Allah haramkan.

Dari Abdurrahman bin Abi Auf bahawa Abu Darda berkata, “Seburuk-buruk makanan ialah harta anak yatim, Seburuk-buruk mata pencarian adalah riba.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Meninggalkan Urusan Dunia Tatkala Di Dalam Masjid

Dari Sa’id bin Abdul Aziz, bahawa Abu Darda mendengar seseorang berkata kepada rakannya di dalam masjid, “Tukarlah seikat kayu bakarku dengan barang ini.”

Maka Abu Darda berkata, “Masjid tidak diramaikan dengan perkataan semacam ini.”

Wasiat Jauhi pasar

Dari Amir, dari Abu Darda’ dia berkata, “Jauhilah pasar, kerana pasar itu dapat melenakan.”

Potret Zuhud Para Salaf

Sebuah makna zuhud yang sering disalah-tafsir dan diseleweng maknanya ialah meninggalkan kerja dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungan. Walhal ia jauh sekali dari makna zuhud yang difahami dan diamalkan oleh generasi terdahulu.

Abu Darda mewasiatkan agar mencari rezeki yang halal dan menahan diri dari meminta-minta.

Dari Abdullah bin Babah, bahawa Abu Darda’ berkata, “Mencari penghidupan dengan cara yang halal hanya sedikit. Siapa yang mencari harta dari cara yang tidak halal lalu dia meletakkannya pada haknya, begitu pula orang yang mencari harta dari cara yang tidak halal lalu meletakkannya bukan pada haknya, merupakan penyakit yang menular. Siapa yang mencari harta dari cara yang halal lalu meletakkanya pada haknya, dapat membersihkan dosa, sebagaimana air yang membersihkan tanah dari batu yang licin.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Menahan Diri Dari Meminta-Minta

Dari Amr bin Maimun dari ayahnha dari Ummu Darda’ dia berkata, “Suatu kali Abu Darda’ berkata kepadaku: Janganlah engkau meminta sesuatu apapun kepada orang lain.”

Ummu Darda’, “Bagaimana jika aku dalam keadaan terdesak?”

Dia menjawab, “Kalau begitu keadaanmu, maka ikutilah orang-orang yang baru menuai hasil tanamannya, lalu ambil apa yang tercicir dari apa yang mereka bawa. Kemudian masak dan makanlah, sehingga engkau tidak perlu meminta apa-apa pun daripada orang lain.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Memilih Antara Perniagaan dan Ibadah

Dari Khaitsamah bahawa Abu Darda berkata, “Dahulu semasa Jahiliyah aku adalah seorang peniaga. Setelah kedatangan Islam aku berniaga dan beribadah. Tapi keduanya tidak dapat berhimpun pada diriku. Lalu aku melakukan ibadah dan meninggalkan perniagaan.”

(Faedah dari Kitab Zuhud Cahaya Qalbu oleh Imam Ahmad bin Hanbal, terjemahan Kathur Suhardi)

Mohd Riduan b Khairi

https://notausahawan.wordpress.com

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: