Pembetulan Ke atas Dorongan Untuk Rajin Bekerja dan Semangat Mencari Harta

Pembetulan Ke atas Dorongan Untuk Rajin Bekerja dan Semangat Mencari Harta

Ajaran Islam memerintahkan umatnya untuk bekerja dan mencari rezeki sendiri. Ada banyak dalil ayat Al-Quran dan hadith Nabi tentangnya. Demikian contoh teladan ditunjukkan oleh semua Rasul, semua Nabi, para sahabat Nabi dan generasi salafussoleh.

Mencari harta sebanyak-banyaknya bukan maksud agar kita dapat berbelanja berlebihan dan hidup bermewah-mewahan. Sebagaimana dorongan dan motivasi yang selalu didengungkan oleh banyak pakar motivasi bisnes atau agensi insuran dan multi-level-marketing.

Selalu kita diberikan imej manusia dengan rumah agam, kereta mewah dan perhiasan cantik. Dengan tanggapan ia dijadikan dorongan dan motivasi agar manusia bekerja dengan rajin dan bersungguh.

Harta Yang Berbahaya

Tanggapan ini salah. Bahkan ia adalah sikap yang berbahaya dan dicela dalam agama. Berbahaya kerana harta adalah ujian kepada setiap umat. Berbillion manusia dari umat terdahulu sebelum umat Nabi Muhammad itu kesemuanya diberikan kekayaan dan harta melimpah ruah!

Dan dengan harta melimpah ruah itu juga mereka dihancurkan dan dimusnahkan lenyap dari muka bumi. Ada yang ditenggelamkan ke dalam tanah tanpa meninggalkan suatu pun yang tersisa di atas bumi seperti Qarun dan seluruh hartanya. Demikian juga Kaum Aad yang masyhur dengan bangunan pencakar langit. Setinggi apapun tamadun dan bangunan mereka, akhirnya Allah tenggelamkan kota mereka dalam timbunan pasir. Ada yang dilenyapkan dan yang tinggal hanya sebahagian rumah-rumah mereka sebagai tanda dan iktibar bagi umat kemudian. Itulah Kaum Tsamud yang rajin dan mahir memahat gunung batu menjadi rumah yang cantik.

Celaan Keatas Sikap Bermewah-Mewahan

Demikian juga Rasulullah mencela sikap bermewah-mewahan.

Dari Abu Umamah, Rasulullah bersabda maksudnya, “Akan ada orang-orang dari umatku yang makan berbagai jenis makanan, minum berbagai jenis minuman, memakai berbagai jenis pakaian serta banyak bicara (tanpa hati-hati), mereka itu seburuk-buruk umatku.” (Riwayat Ibnu Abi ad-Dunya dan Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam al-Ausath dari Sahih Targhib wa Tarhib)

Dorongan dan Motivasi Mencari Harta

Oleh yang demikian itu apakah dorongan dan motivasi yang benar untuk mencari harta dan bekerja dengan gigih.

Yang sahih sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah ialah untuk menafkahi diri dan keluarga. Kemudian menebarkan kelebihan harta yang Allah berikan kepada kita dengan melakukan zakat, sedekah, infaq dan bermacam lagi kebaikan yang lain.

Maka kita akan menemui dalam catatan sirah sejumlah generasi salafussoleh diberikan oleh Allah harta yang sangat banyak.

Dan sebanyak mana harta yang mereka peroleh, sebanyak itu juga mereka agihkan kepada orang lain yang memerlukan.

Imam Ahmad meriwayatkan dalam Kitab Zuhud bahawa Umar al-Khattab tatkala menjawat jawatan khalifah memberikan wang sebanyak 400 dinar kepada Abu Ubaidah Al-Jarrah dan 400 dinar kepada Muadz bin Jabal untuk kegunaan mereka secara peribadi.

Abu Ubaidah Al-Jarrah membahagikan kesemua wang itu kepada orang lain. Manakala Muadz bin Jabal membahagikan kesemua wang itu kepada orang miskin dan meninggalkan hanya dua dinar untuk keluarganya.

Kesimpulannya, setiap pekerja dan peniaga harus membetulkan semula niat dan tujuan mereka mencari harta. Berbahagialah kelompok yang menjadikan infak dan sedekah sebagai dorongan bagi mereka bekerja dengan lebih rajin dan bersungguh-sungguh.

Wallahuaklam.

#Bisnes #NotaUsahawan #Rezeki #TipsKaya #Infak #Sedekah#Zuhud #Harta #Motivasi

Mohd Riduan b Khairi
Http://notausahawan.wordpress.com/
Kota Kinabalu, Sabah

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: