Taqwa & Bisnes 30 ribu dinar (bersamaan RM18 juta)

Taqwa & Bisnes 30 ribu dinar (bersamaan RM18 juta)

Dari Abdur Razzaq bin Sulaiman bin Ali bin Al-Ja’d ia berkata, “Aku pernah mendengar ayahku bercerita, ‘Suatu hari Khalifah Ma’mun didatangi peniaga-peniaga batu permata, lalu ia membanding-bandingkan barang dagangan yang mereka bawa. Kerana ada urusan maka khalifah masuk ke dalam dan kemudian keluar semula. Ketika ia keluar semua yang hadir bangun berdiri kecuali Ibnu Al-Ja’d yang tidak berdiri. Lalu Ma’mun melihatnya seakan-akan menunjukkan perasaan marah dan mengajaknya bicara empat mata. Kemudian terjadi dialog berikut:

Ma’mun: Ya Syaikh! Mengapa engkau tidak berdiri untukku seperti teman-temanmu yang lain?

Ibnu Ja’d: Wahai mulia Amirul Mukminin, itu aku lakukan kerana hadith yang kami riwayatkan dari Nabi.

Makmun: Cuba sebutkan hadith itu.

Ibnu Ja’ad: Aku mendengar Al-Mubarak bin Fudhaalah berkata, ‘Aku mendengar Al-Hasan berkata, ‘Rasulullah bersabda maksudnya, “Barangsiapa yang suka jika orang-orang berdiri untuknya maka tempatnya di neraka.”

Kemudian Ma’mun tertunduk memikirkan hadith itu, lalu mengangkat kepalanya dan berkata, ‘Aku tidak membeli batu permata kecuali dari Syaikh ini.”

Abdur Razzaq berkata, “Maka hari itu Ma’mun membeli batu permata dari Syaikh berharga 30,000 dinar.” (Diriwayatkan oleh Al-Khattabi dalam Tarikh Baghdadi, adz-Dzahabi dalam Siyar dan Tahzibul Kamal)

Syaikh Al-Albani berkata, “Tindakan Ali bin Al-Ja’d perawi thiqah dan kuat hafalannya itu dikuatkan oleh firman Allah yang maksudnya:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan jalan keluar baginya. Dan memberikan rezeki dai arah yang tidak disangka-sangka.” (Terjemahan Surah At-Talaq: 2-3)

Sumber: Al-Isyaratu Ila Ahkami Al-Isti’dzan Wa Adab Az-Ziyarah oleh Ibrahim bin Fathi bin Abdul Muqtadir. Terjemahan oleh Ali Nur dengan judul Inilah Cara Bertamu menurut Tuntunan Rasulullah terbitan Darus Sunnah (2005)

Ulasan.

1. Taqwa merupakan satu dari sebab-sebab manusia beroleh rezeki dari Allah.
2. Tidak sedikit bisnesman yang melakukan cara yang haram seperti rasuah dan mengampu kerana mahukan rezeki.
3. Ramai dari kalangan kita takut untuk menyatakan kebenaran sesuai dengan dalil. Walhal ketakutan itu langsung tidak berasas dan hanya berasal dari sangkaan-sangkaan yang tidak benar.
4. Mitos dalam bisnes menyatakan bahawa tidak boleh untung jika tidak menipu atau terlalu jujur. Hal ini dusta. Bahkan orang yang bercakap benar sesuai dengan dalil itu rezekinya Allah berikan bertambah-tambah. Dalam kes di atas, urusniaga berjumlah 30 ribu dinar bersamaan RM18 juta berjaya dijalankan.
5. Modal paling besar dan aset paling utama dalam bisnes ialah kejujuran. Pihak bank juga hanya akan sedia memberi pembiayaan kepada peniaga yang mereka percayai dan jujur dalam membayar semula hutang mereka. (Merujuk kepada qardu hasan, bukan riba’)
6. Peniaga yang jujur dan benar-benar bertaqwa kepada Allah itu amat sedikit berbanding peniaga yang curang dan khianat. Maka banyak dalil Al-Quran dan Sunnah memberi ancaman kepada pemiaga yang curang dan khianat.
7. Allah tidak pernah mensia-siakan hambanya yang beriman, beramal soleh baik dalam urusan akhirat mahupun urusan dunia. Tidak sedikit dari kalanga generasi salafussoleh yang Allah berikan nikmat dan rezeki yang melimpah-ruah di atas dunia. Dan harta itu tidak pernah membuatkan mereka lali dari amanah dam tanggungjawab.

Disediakan oleh

Mohd Riduan b Khairi
PPY Boneo ‘Membangun Citra Insan’
Http://notausahawan.wordpress.com/

#Bisnes #Perniagaan #Perdagangan #Harta #Kekayaan #Jujur#Amanah #Kejayaan #Taqwa #Jutawan

Advertisements

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: