Amalan Perniagaan Yang Baik

1. Sup kosong

Satu kebiasaan kedai makan di Sabah (dan juga di beberapa tempat lain) ialah menyediakan sup kosong sebagai ‘side dish’ wajib bagi semua menu makanan. Baik tatkala memesan nasi goreng, mee goreng, meehon goreng hatta jika dipesan mee kari pun tetap mereka akan hidangkan bersama semangkuk kecil sop kosong.

2. ‘Air con’ Minuman Panas

Manakala di Kedah dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia pula kebiasaan mereka menghidangkan minuman panas dengan ketulan ais diletakkan di atas piring bersama. Istilahnya ialah ‘air con’.

3. Suatu kebiasaan pagi peniaga di Miri (mungkin juga di negeri Sarawak seluruhnya) ialah meletakkan sudu dan garfu di dalam gelas yang berisi air panas. Seakan-akan proses ‘steril’.

Dari kedai makanan nasi berlauk hingga restoran mamak, mereka semua mengamalkan perkara yang sama.

Tentu di banyak tempat yang lain masing-masing punya identiti dan keunikan amalan perniagaan masing-masing.

Apa yang ingin ditonjolkan bahawa sesuatu budaya atau kebiasaan baik (juga buruk) itu boleh digagaskan. Perlu ada yang memulakannya, kemudian terus konsisten melaksanakannya.

Apabila amalan atau budaya itu baik, maka ia akan kekal. Dan perlahan-lahan ia akan ditiru dan diikuti oleh peniaga yang lain.

Kita pun tidak sempat atau belum ada yang melakukan pemerhatian dan kajian yang detil mengenai budaya bisnes serantau khususnya masyarakat majmuk di Malaysia.

Maksud saya bukan Melayu, India, China semata. Bahkan ia merentasi lebih Iban, Melanau, Dusun, Bajau dan puluhan yang lain lagi. Setiap suku kaum memiliki kemahiran dan kelebihan tersendiri.

#Bajau #Iban #Dusun #Melanau #NotaUsahawan #Bisnes#Rezeki #Perniagaan #Perdagangan

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: