Kerja, Kerja dan Terus Kerja

Kerja, Kerja dan Terus Kerja

Bab: Yang dimakruhkan Dalam Hal Meninggalkan Perniagaan di Pasar dan Pekerjaan

Abu Bakar Al-Marwazi meriwayatkan: Abu Bakar menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku mendengar seseorang berkata kepada Abu Abdullah (Imam Ahmad bin Hanbal), “Sesungguhnya pendapatan aku sudah cukup.”

Abu Abdullah berkata, “Tetaplah berada di pasar (menjalankan perniagaan). Di sana kamu akan dapat bersilaturrahim (menjalin networking) dan membiasakan diri dengannya.”

(Kitab al-Wara oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Ta’liq & Tahkik oleh Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al-Hamud. Terjemahan Ansari Taslim. Pustaka Azzam 2013)

Refleks

1. Peniaga & pekerja yang sukses ialah mereka yang konsisten atau istiqamah menjalankan bisnes/ pekerjaan.

Sebilangan orang yang baharu belajar bisnes, sekali dapat untung besar, terus cuti beberapa hari. Ini salah dan akan memberi kesan negatif kepada bisnes.

2. Networking adalah satu dari perkara yang paling penting dalam survival bisnes. Peniaga yang sukses ialah peniaga yang pandai dan tiggi seni bergaulnya.

Sayang sekali, tidak sedikit dari kalangan peniaga amatur suka menjalankan bisnes secara solo. Buka gerai di tepi jalan secara sendirian. Dan mereka amat tidak selesa kalau ada peniaga lain datang membuka gerai di sebelah gerai mereka.

Ini jauh bezanya dengan bisnes yang berkembang sihat (sebahagian besar peniaga Cina mengamalkan begini); peniaga-peniaga akan saling berpakat-pakat berniaga di sebuah kawasan yang sama, membentuk sebuah pasar.

3. Tujuan perniagaan bukanlah untuk mendapat keuntungan dunia semata-mata. Jika tujuannya dunia semata maka ia akan berakhir kepada dua:

(1) berniaga sekadarnya bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Merujuk kepada mereka yang bekerja hanya untuk memenuhkan perut semata. Walhal di dalam ringgit dan sen yang diperoleh itu ada banyak ruang melakukan ketaatan kepada Allah: zakat, infaq, nafkah, sedekah, waqaf, hadiah dan berbagai lagi.

(2) Mereka yang tamak, hakap dan loba yang tidak pernah berasa kenyan, puas dan cukup dengan apa yang telah Allah rezekikan. Mereka ini akan berusaha sedaya-upaya menimbun harta sebanyak-banyaknya.

Sikap yang benar ialah meletakkan kerja dan bisnes itu sebagai satu dari ibadah dan ketaatan kepada Allah. Apabila hal yang demikian berlaku maka tidak akan apa yang menghalang orang-orang yang beriman untuk tetap bekerja dan berniaga.

Kerana targetnya bukan dunia, sebaliknya negeri akhirat sana. Andai dunia dapat dibeli dengan ringgit dan sen, maka percayalah tanah di negeri akhirat itu jauh lebih mahal. Ia memerlukan kita bekerja dan beramal dengan ikhlas seumur hidup untuk mendapatkannya.

#NotaUsahawan #PPYBorneo #Motivasi #Bisnes #Rezeki#PekerjaCemerlang #Sukses

Mohd Riduan b Khairi
PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’
Http://notausahawan.wordpress.com/
Http://ppyborneo.wordpress.com/
20 Januari 2014: Miri Sarawak

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: