Satu Dirham & Satu Fulus: Keutamaan Mencari Rezeki

Satu Dirham & Satu Fulus: Keutamaan Mencari Rezeki

Dari Wahb bin Kaisan, dia berkata: Ada seseorang yang bersedekah kepada kaum miskin, maka Abu Hammam berkata, “Satu dirham yang aku perolehi dengan bekerja bersungguh-sungguh sehingga membuatkan keningku mengeluarkan keringat lebih aku sukai daripada sedekah mereka 100 ribu tambah seratus ribu tambah seratus ribu.”

Abu Ja’far Al-Hadzdza, dari Syuaib bin Harb bahawa dia berkata, “Jangan kamu meremehkan sekecil apapun wang di mana kamu memperolehinya dalam rangka ketaatan kepada Allah. Bukan wang itu yang menjadi tujuan akan tetapi ketaatan kepada Allah. Boleh jadi wang itu digunakan buat membeli sayur dan belum pun lagi ia sempat dihadam di dalam perutmu, sedangkan dosamu telah diampuni.”

Catatan:

1. Satu dirham dianggarkan bersamaan RM15.00.
2. 100 ribu dirham dianggarkan bersamaan RM1.5 juta.

Diolah dari: Kitab al-Wara oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Ta’liq & Tahkik oleh Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al-Hamud. Terjemahan Ansari Taslim. Pustaka Azzam 2013.

#Dirham #Dinar #MotivasiKerja #Pengurusan #PekerjaIslam

Advertisements

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: