Archive for the ‘Gerai’ Category

Rezeki di Hujung Daun

Kisah Pencari Rezeki

19605_10200756661656843_786817608_nSedang duduk-duduk di hentian bas berhampran Hospitan Dutches of Kent, tiba-tiba sebuah bah berhenti di depan saya.

Bukan kerana bas itu berhenti saya menyatakan tiba-tiba, kerana itu memang hentian bas. Yang membuat saya teruja ialah sepasang suami isteri separuh umur trun membawa empat beg besar sayur-mayur dari jenis pucuk, ulaman dan dedaunan. Kemudian mereka bersalin kenderaan dari bas menaiki teksi.

Letih dan peluh saya berjalan kaki hampir 4 km (4 je pun!) terubat apabila mengenangkan ayah dan ibu tua ini mencari rezeki.

Entah berapa batu tanah mereka teroka untuk mencari hasil-hasil itu.
Entah berapa tan sayur mereka bebankan di atas bahu mereka saban pagi untuk diangkut.
Entah apa lagi luka dan duka yang mereka redamkan demi mencari sesuap nasi segelas minuman.

Sungguh Allah itu Maha Pemberi Rezeki ar-Rozzaq.

Rezeki kami dihujung lidah.
Rezeki Nabi Sallallahualaihi wasallam di hujung pedang.
Rezeki ibu dan ayah tua ini ternyata dihujung pucuk-pucuk kayu dan pohonan hutan.

Sungguh Allah itu Maha Kaya.

Advertisements

Kisah Peniaga Satay Buntut Ayam

Kisah Peniaga Satay Buntut Ayam
Gambar
Semalam dia jual 40 cucuk. Satu cucuk RM1. Sebelum ini peniaga ini menjual di hadapan UMS, satu hari boleh jual sehingga 200 cucuk. Buntut ayam sahaja pun.

Pertama: Produk yang biasa-biasa sekalipun boleh dijual dengan volume yang banyak. Nasi ayam, nasi lemak, air mineral, sate bontot ayam dan banyak contoh produk yang biasa-biasa, namun mampu memberikan jualan yang banyak dan pulangan yang tinggi. Bukankah antara invidu paling kaya di Malaysia dan Asia Tenggara itu taukeh gula!

Kedua: Untuk menjual dengan volume yang besar sepertimana menjual 200 cucuk satay buntut ayam, tidak harus dengan gerai yang besar atau peralatan yang canggih.Peniaga ini menggunakan periuk terpakai, jaring dan arang sahaja.

Saya yakin 40 cucuk yang beliau jual semalam di masak hanya menggunakan dapur ini sahaja! Bahkan menurut beliau 40 cucuk itu dijual dalam tempoh dua jam.

Dan bukanlah lokasi gerainya strategik. Bahkan saya tidak nampak di situ melainkan beberapa buah rumah sahaja. Yang menyebabkan kami berhenti pada asalnya ialah untuk snap gambar seekor bangau yang sedang berdiri di atas seekor lembu. Bayangkan betapa sunyinya kawasan itu sehingga sedemikian aman!

Ketiga: Saya anggarkan senaif-naif peniaga, kos bahan mentah satay itu ialah separuh dari harga jual. Jika 40 cucuk dijual, maknanya untung kasar hari itu RM20 untuk dua jam! Sebutkan kerja apakah upahnya RM20 dalam masa 2 jam melainkan beratur ambil BR1M 2 jam dapat RM500. Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada kerajaan.

Sungguh Allah Maha Kaya memberikan rezeki kepada hamba-hambanya.

Ketika Nabi Zakaria bertanya kepada Maryam as, “Dari mana datangnya rezeki?”

Soalan ini pernah disampaikan Nabi Zakaria AS kepada MaryamAS sebagaimana terkandung dalam firman Allah SWT: “

Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria sebagai pemeliharanya. Setiap Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata: “Hai Maryam, dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?” Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi Allah.”

Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.” (surah Ali Imran, ayat 37)

Ya Allah Ya Tuhan Kami berikan kami ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. Amin.