Archive for the ‘Iklan’ Category

Produk, Kompeni atau Tokeh?

Bisnes besar sibuk memperkenalkan produk.

Bisnes kecil sibuk memperkenalkan kompeni tokeh.

Tidak terjangka dek fikiran kita mampukah Brand’s membayar kos iklan Innershine di televisyen pada waktu perdana dengan menampilkan selebriti terkenal. Kepada yang arif dalam dunia iklan dna penyiaran, kosnya ‘tepuk dahi’.

Mungkin dengan andaian Innershine dengan dijual dengan harga tinggi. Bagaimana pula, suatu ketika dahulu iklan ubat nyamuk menggunakan jaguh bina badan?

Dengan kos yang tinggi itu digunakan hanya untuk mempromosikan satu jenis produk sahaja.

Rahsia dan Strateginya begini :

1. Dalam ‘marketing’ ada istilah disebut sebagai ‘flag product‘. Brand’s iklankan Innershine, pembeli datang ke kedai untuk membeli Innershine. Apabila sampai di rak secara tidak langsung pembeli akan melihat juga produk-produk lain keluaran Brand’s yang berada di sekitar Innershine.

Inilah juga strategi yang digunakan oleh Nestle apabila mempertaruhkan Milo sebagai salah satu ‘flag product‘ mereka.

Itu dari perspektif pembeli.

2. Apabila iklan Innershine hit dan meletup-letup, ia berjaya mencipta pemintaan (demand). Maka peruncit-peruncit dan pasaraya akan berebut-rebut untuk menjual Innershine.

Peruncit dan pasaraya akan menyediakan rak khusus untuk Innershine. Apabila pintu hubungan bisnes telah terbuka, maka perlahan-lahan Brand’s memasukkan produk-produknya yang lain pula.

Begitu halnya dengan produk yang lain. Bahkan ada produk yang sangat dikenali, sehingga hari ini kita tidak mengenali siapakah taukehnya. Kita mungkin kenal Nestle, tapi berapa ramai yang kenal pemiliknya. Kita mungkin kenal Yeos, tapi mungkin beberapa orang sahaja yang kenal taukehnya.

Siapa kenal Procter & Gamble atau taukehnya, walhal produknya masuk di setiap rumah rakyat Malaysia. Begitu juga dengan 3M, Unilever dan Unza.

Bisnes Kecil Berminda Kecil

Sebaliknya berlaku kepada kebanyakan bisnes kecil dalam negara. Kos tinggi yang mereka belanjakan untuk poster, iklan atau billboard separuh poster menampilkan wajah taukeh.

Bahkan ada bisnes kosmetik menggunakan wajah pemilik yang berusia hampir setengah abad!

Akhirnya bisnes kecil terus kecil dan terhalang untuk membesar.

Iklan ‘BESAR’ dan iklan kecil

Cara bisnes tempatan mengiklan produk berbeza dengan bisnes antarabangsa. Baik iklan di billboard, televisyen, radio mahupun internet. Trend nya sama.

Towkey vs Produk

Bisnes kecil @ tempatan selalu memberi fokus kepada pemilik bisnes. Kita boleh lihat billboard kebanyakan syarikat tempatan, yang paling besar ialah wajah pengasasnya. Walaupun pengasasnya sudah berusia lanjut, tetap dirasakan komersial!

Berbeza dengan bisnes antarabangsa. Pernah kita lihat wajah pengasas Honda, Mc Donalds ataupun Prada.

Bisnes besar memetingkan produk, bukan pemilik ataupun nama syarikat. Saya mengesan perbezaan besar KFCH semasa dan selepas era Tan Sri Ali Hashim menjadi penerajunya. Pada zamannya, nama KFCH tidak dikenali, namun bisnesnya berkembang pesat. Selepas zamannya, muncul iklan-iklan menyatakan bahawa KFCH sekian dan sekian.

Produk Antarabangsa

Fokus vs Variety

Bisnes tempatan juga selalu melambakkan semua @ banyak produk dalam satu iklan. Manakala bisnes besar memberi fokus kepada satu-satu produk sahaja dalam sesebuah iklan. Akhirnya iklan hilang fokus menjadi katalog!

Produk Tempatan

Produk Tempatan