Arkib bagi Kategori ‘Jualan’

Kisah 2 Peniaga Roti John

Kisah 2 Peniaga Roti John: A Tale of Two John Bread

Tajuk sudah menarik persis A Tale of Two Sisters. Kisahnya…

En. Azman seorang exec di sebuah cawangam perbankan Islam di Miri menceritakan kepada kami bahawa:

Beliau kenal dengan dua orang peniaga pasar malam yang menjual Roti John. Atas nasihat dan konsultasi exec bank ini maka mereka setuju agar bisnes mereka diaudit (secara tidak bertauliah) untuk merencanakan pengembangan dan masa depan kedua entiti bisnes ini.

Setelah diaudit maka tergamam dan terkejutlah exec bank ini dan yang lebih tergumam dan terkasima ialah peniaga Roti John ini sendiri. Masakan tidak hanya dengan modus operandi pasar malam 3 malam dalam satu minggu jualan kedua peniaga ini dalam setahun masing-masing ialah sebanyak RM300,000!

Kami pun mengeluarkan kalkulator melalui henfon kami untuk mencongak berapakah jualan mereka setiap bulan dan setiap hari. Purata jualan setiap bulan ialah RM25,000.

Secara kasar margin untung peniaga Roti John ialah 40%. Dan margin sebegini adalah suatu yang lazim dan normal dalam industri makanan dan food & beverage. Maknanya untung kasar peniaga Roti John ini ialah RM10,000 sebulan.

Salah seorang dari peniaga ini mengupah seorang pembantu untuk menjaga gerainya. Manakala seorang lagi dibantu oleh isterinya sahaja. Maknanya RM10,000 itu solid untuk mereka sahaja.

Namun yang membezakan peniaga pertama dan peniaga kedua ialah pengurusan kewangan dan hemat dalam perbelanjaan. Peniaga pertama tadi mengupah pekerja dan dia sendiri hanya duduk ‘melenggak’ berborak goyang kaki. Manakala peniaga kedua kerja sendiri, merasa jerih-perih meniaga. Dan ternyata peniaga kedua lebih hemat dalam perbelanjaan.

Peniaga pertama tidak sedar ke mana akhinya hala dan arus wang hasil perniagaannya sehinggalah dia diberitahu oleh exec ini tadi. Manakala peniaga kedua sudah berjaya membeli rumah bernilai setengah juta di sini (Miri) dan memiliki kereta yang sudahpun langsai habis dibayar.

Cerita-cerita bisnes kecil yang mengaut hasil yang besar sebegini bukanlah kali pertama kami dengar. Beberapa tahun sebelum ini sahabat kami Ust Abu Widad Hidayat bercerita bahawa abang beliau Ust Abu Suffyan menceritakan bahawa di Dungun ada peniaga nasi ayam pasar malam yang peroleh jualan nasi ayam sebanyak RM20,000 setiap bulan.

Namun mereka tidak sedar bahawa mereka peroleh wang yang sangat banyak sehingga mereka disedarkan akan hakikat itu.

Pasar malam adalah lubuk emas peniaga-peniaga Melayu. Dan percayalah demi sebuah tapak pasar malam, ada yang sanggup bergolok, berkeris dan berlembing untuk mendapatkannya.

Di Miri sahaja sudah ada 1000 permohonan ‘queu’ untuk masuk pasar malam. Namun dek kerana tapak yang terhad, 1000 permohonan ini masing ‘pending’.

Dan kerana ‘golok’, ‘lembing’, ‘sumpit’, dll inilah akhirnya kami mengalah dan meninggalkan tapak pasar malam di Taman Bukit Margosa, Taman Senawang Jaya, Seremban 2, dan beberapa tapak pasar malam yang lainnya.

Namun rahsia Biskut Meri dari Lenggeng masih tersimpan rapi dalam kocek dan poket kami. Kami tidak sabar menunggu hari Khamis untuk membeli Roti John!

#notausahawan #kisahinspirasi #bisnes #motivasibisnes#perniagaan #perdagangan #ppyborneo

Oleh Mohd Riduan bin Khairi
PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’
Http://notausahawan.wordpress.com/
6 Januari 2014, Miri Sarawak.

Psikologi Menjual (Psychology of Selling)

disalin dengan izin dari encikbaca.wordpress.com

Penulis : Brian Tracy  (2004)

Penterjemah : Imran Yusuf (2008)

Penerbit : Pts Professional

Halaman : 236

Harga : Rm 39.90

Syarikat terbaik mempunyai tim jurujual yang terbaik.

Menjual adalah bab utama dan paling kritikan dalam bisnes. Mandahului bahagian pemasaran, akaun, dan lain-lain. Ia sangat asas.

Menjual nasi lemak

Seorang peniaga nasi lemak mungkin tidak punya sistem akaun atau kaedah pemasaran yang maju, namun dia tetap perlu menjual.

Brian Tracy, seorang ‘guru’ dalam tajuk jualan.

Semua orang adalah jurujual

Semua orang adalah jurujual. Peniaga nasi lemak menjual nasi lemaknya. Peniaga nasi lemak yang bagus sebenarnya bukan sekadar menjual nasi lemaknya, bahkan dia menjual layanan yang baik, menjual senyuman kepada pelanggannya dan menjual budi bahasa yang baik.

Pernah tak terjadi, kita membeli dengan sesebuah kedai atau peniaga bukan hanya kerana produknya, bahkan pakej yang dimiliki oleh perniagaan itu. Baik kebersihannya, layanannya, kualitinya dan aspek yang lain. Mungkin harganya sedikit mahal dan makanannya pun biasa-biasa sahaja, tetapi pelanggan tetap datang kerana layanannya.

Peniaga barang-barang menjual barangannya. Pernigaan dalam bidang perkhidmatan pula menjual khidmatnya.

Semua orang adalah jurujual

  1. Ibu bapa menjual akhlaq dan adab yang baik kepada anaknya
  2. Guru menjual ilmu kepada anak murid untuk diamalkan
  3. Pendakwah menjual keyakinan agama kepada pengikutnya untuk ditaati

Justeru apabila Allah menakdirkan semua Nabinya mengembala kambing (hadits dari Malik b Abas dalam Muwatta Imam Malik) dan Nabi Muhammad kemudiannya menjadi peniaga. Di dalam dua kegiatan ini ada banyak latihan dan ujian yang sangat bermanfaat ketika Nabi berdakwah kepada umatnya.

Misi Naik Ke Bulan adalah Seni Membuat Wang

Alkisah di sebuah negeri Antah-Berantah yang penduduknya tidak memakai kasut. Seorang taukeh kasut dari wilayah Nun-Berenun menghantar salesman untuk membuat meneroka pasaran baharu di sana.

Salesman ini pulang dengan membawa berita bahawa tiada peluang membuka pasaran baharu di sana, kerana penduduknya memang tidak memakai kasut langsung.

Beberapa purnama dan matahari selepas itu, taukeh ini menilai semula keputusan itu dan menghantar seorang lagi salesman ke negeri Antah-Berantah itu. Salesman ini pulang dengan wajah penuh kuntum senyum dan mengkhabarkan bahawa peluang membuka pasaran baharu sangat luas. Tiada satu pun kilang dan kedai kasut di sana.

Ini merupakan sebuah kisah klasik yang sering didendangkan di telinga-telinga usahawan dan bisnesman. Pelajaran penting dari kisah diatas ialah perspektif atau kacamata seorang bisnesman 180% berbeza berbanding bukan bisnesman.

(nota : bisnes kasut/ selipar bukan kisah klasik sahaja. Bahkan bisnes selipar sahaja menjanjikan pulangan lumayan sepanjang zaman ‘evergreen’. Selipar dijual dengan julat harga yang sangat tinggi. Dijual dari pasar malam hingga pasaraya mewah. Dari harga serendah RM2 hingga ratusan ringgit. Permintaan selipar sangat tinggi sehingga menjadi harta yang paling banyak dicuri terutama di masjid!)

MataDuitan versus MataRealistik (materialistik/ kebendaan/ fikrah maddiyah)

180% berbeza kerana bisnesman menjual, manakala yang lain membeli. Ia ibarat kutub utara dan kutub selatan.

Bisnesman memikirkan duit, wang dan money. Manakala pembeli memikirkan barang, barang dan barang.

Bisnesman melihat karnival mega sale sebagai lubuk buat duit. Pembeli melihat ia sebagai syurga membeli-belah.

Pembeli berfikir bagaimana menambah wang supaya dapat ditukar menjadi barang. Bagaimana menggunakan minimum wang untuk barang yang maksimum. Bisnesman berfikir bagaimana menggunakan wang untuk menambah lagi wang.

Pembeli menggunakan hutang untuk menambah barang. Bisnesman menggunakan hutang untuk menambah wang.

Pembeli melihat diskaun sebagai peluang untuk menjimatkan wang. Supaya wang yang dijimatkan itu supaya dapat membeli (juga) barang lain. Bisnesman melihat diskaun sebagai umpan mengikat hati pembeli, supaya lain kali datang lagi dan beri wang kepada kami lagi.

Demikian beberapa sudut pandang bisnesman dan bukan bisnesman. Yakni cara melihat, cara menilai dan cara menterjemah sesuatu berita dan peristiwa menjadi peluang dan wang.

Seorang professor dari UKM menceritakan bagaimana misi menghantar manusia kebulan menjana keuntungan yang tidak sedikit. Orang biasa melihat naik ke bulan sebagai naik ke bulan sahaja. Sebaliknya bisnesman melihat ia sebagai peluang. Banyak buku-buku tentang planet dan angkasa dapat dicetak dan dijual. Banyak gajet-gajet, baju sut angkasawan, produk permainan ala-angkasawan dapat dijual. Jelasnya, misi naik kebulan sama ada berjaya atau tidak manusia itu menjejakkan kakinya kebulan, berbillion-billiom wang sudah berjaya dikutip dari angan-angan itu.

Bagaimana menjadikan berita di akhbar sebagai peluang membuat wang?

Mari kita ambil contoh sebagai tutorial. Apa peluang yang boleh muncul dari berita ini.

1. Banyakkan Perpustakaan Masjid – DS Jamil Khir, Mentera di Jabatan Perdana Menteri

- masjid akan buta perpustakaan.

- masjid akan bina bangunan perpustakaan atau minimum renovasi ruangan masjid untuk dijadikan perputskaan. (bisnes construction)

foto dari rak buku encikbaca.wordpress.com

foto dari rak buku encikbaca.wordpress.com

- rak-rak buku diperlukan untuk mengisi buku. (bisnes perabot)

- buku-buku agama diperlukan. (bisnes buku)

- oleh kerana panelis seminar ini melibatkan tokoh dari Indonesia (rujuk berita), maka peluang memasukkan buku terjemahan Indonesia juga tinggi). (bisnes import buku)

- peluang pekerjaan kepada pustakawan.

- peluang bisnes untuk membuat sistem daftar dan jilid buku.

dan macam-macam lagi seperti troli buku, alat tulis, dsb.  Dalam negara kita ada ribuan masjid. Katakanlah cadangan ini disambut satu sahaja masjid di daerah. Bayangkan berapa juta wang mengalir didalamnya. Dan jangan lupa masjid dan institusi agama negeri merupakan antara institusi umat Islam yang kaya.

Produk, Kompeni atau Tokeh?

Bisnes besar sibuk memperkenalkan produk.

Bisnes kecil sibuk memperkenalkan kompeni tokeh.

Tidak terjangka dek fikiran kita mampukah Brand’s membayar kos iklan Innershine di televisyen pada waktu perdana dengan menampilkan selebriti terkenal. Kepada yang arif dalam dunia iklan dna penyiaran, kosnya ‘tepuk dahi’.

Mungkin dengan andaian Innershine dengan dijual dengan harga tinggi. Bagaimana pula, suatu ketika dahulu iklan ubat nyamuk menggunakan jaguh bina badan?

Dengan kos yang tinggi itu digunakan hanya untuk mempromosikan satu jenis produk sahaja.

Rahsia dan Strateginya begini :

1. Dalam ‘marketing’ ada istilah disebut sebagai ‘flag product‘. Brand’s iklankan Innershine, pembeli datang ke kedai untuk membeli Innershine. Apabila sampai di rak secara tidak langsung pembeli akan melihat juga produk-produk lain keluaran Brand’s yang berada di sekitar Innershine.

Inilah juga strategi yang digunakan oleh Nestle apabila mempertaruhkan Milo sebagai salah satu ‘flag product‘ mereka.

Itu dari perspektif pembeli.

2. Apabila iklan Innershine hit dan meletup-letup, ia berjaya mencipta pemintaan (demand). Maka peruncit-peruncit dan pasaraya akan berebut-rebut untuk menjual Innershine.

Peruncit dan pasaraya akan menyediakan rak khusus untuk Innershine. Apabila pintu hubungan bisnes telah terbuka, maka perlahan-lahan Brand’s memasukkan produk-produknya yang lain pula.

Begitu halnya dengan produk yang lain. Bahkan ada produk yang sangat dikenali, sehingga hari ini kita tidak mengenali siapakah taukehnya. Kita mungkin kenal Nestle, tapi berapa ramai yang kenal pemiliknya. Kita mungkin kenal Yeos, tapi mungkin beberapa orang sahaja yang kenal taukehnya.

Siapa kenal Procter & Gamble atau taukehnya, walhal produknya masuk di setiap rumah rakyat Malaysia. Begitu juga dengan 3M, Unilever dan Unza.

Bisnes Kecil Berminda Kecil

Sebaliknya berlaku kepada kebanyakan bisnes kecil dalam negara. Kos tinggi yang mereka belanjakan untuk poster, iklan atau billboard separuh poster menampilkan wajah taukeh.

Bahkan ada bisnes kosmetik menggunakan wajah pemilik yang berusia hampir setengah abad!

Akhirnya bisnes kecil terus kecil dan terhalang untuk membesar.

Bagaimana Mempromosi / Menjual Produk di Internet

Seorang sahabat saya bertanya :

Dimanakah boleh saya membuat iklan barang-barang secara percuma secara online. Boleh tuan berikan cadangan blog yang terbaik?

Asalnya saya berat untuk memberikan respon kepada pertanyaan ini. Bimbang jika nasihat atau panduan yang diberikan tidak tepat dan tidak memberi kesan positif kepada perkembangan bisnesnya bahkan mungkin sebaliknya.

Namun setelah memikirkan beberapa pertimbangan saya usahakan juga untuk membantu sedaya yang mampu. Pertama, berdasarkan bacaan. Kedua, berbekalkan sedikit pengalaman. Saya membuka banyak bisnes dan menutup bisnes sebanyak itu juga. ;-). Ketiga, ianya bukan soal hukum agama yang perlu kepada semakan dalil yang lebih terperinci.

Dalam bisnes, petua yang betul untuk berjaya bagi seorang boleh jadi tidak benar bagi seseorang yang lain. Ramai orang rajin berjaya dalam bisnes. Tapi ada juga orang yang sedikit malas namun masih berjaya. Banyak kedai yang bersih maju. Namun ada juga kedai kotor, namun boleh pun bertahan puluhan tahun.

Ini respon saya.

Web atau blog yang terlintas di fikiran saya ialah mudah.com.my dan lelong.com.my.  Itu yang selalu disebut dan mungkin ramai yang menggunakannya. Namun saya tidak pernah membeli dan menjual di sana. Adalah tidak adil untuk saya memberi ulasan.

Secara peribadi untuk peniaga yang serius saya syorkan mulakan satu blog khusus untuk sesuatu produk secara spesifik. Tambah entri berkaitan produk secara detil dan spesifik. Sahabat dan rakan bisnes saya dari galeriniaga.blogspot.com memberitahu bahawa semakin banyak maklumat dan  keterangan dimuat naik berkaitan produk, semakin banyak jualan dapat dilakukan. Maklumat itu bukanlah sekadar disalin dan tampal, semaliknya pembeli mahukan maklumat yang diolah secara baik oleh penjual. Kemaskini maklumat dari masa ke semasa.

Sebagai contoh saya memulakan blog khusus untuk menjual dan mempromosi kitab-kitab tafsir al-Qur’an di kitabtafseer.wordpress.com. Selain memuat maklumat produk, blog ini juga memuat maklumat tambahan berkaitan sejarah tafsir, tokoh-tokoh ahli tafsir dan hal-hal yang berkait rapat dengan tafsir al-Qur’an. Ia juga memaparkan ucapan dan rekomendasi dari sarjana Islam tentang kitab-kitab tafsir yang baik untuk dibaca.

Hal yang sama juga saya lakukan untuk blog kitabhadith.wordpress.com.

Branding a.k.a ‘penjenamaan’.

Ini merupakan satu usaha untuk membina nama atau ‘brand’. Konsisten dan sabar adalah kunci utama kejayaan sesebuah blog dan bisnes online. Melainkan kita mempunyai modal / kapital yang sangat besar untuk mewujudkan ‘supermarket effect’ seperti halnya Air Asia. Sebalinya kita hanya peniaga kecil yang bercita-cita besar.

Baru-baru ini saya mendapat khabar dari seorang sahabat dan peniaga online. Setelah beberapa tahun menjalankan bisnes, beliau berhasil meraih jualan sekitar RM belasan ribu sahaja setiap bulan.  Namun minggu lepas selepas bertahun-tahun berniaga, beliau peroleh jualan itu hanya pada satu transaksi dari seorang pembeli yang beliau tidak pernah jumpa sekalipun. Beliau menjual buku-buku agama terjemahan dari Indonesia.

Rezeki itu dari Allah tentunya. Namun salah satu asbanya ialah beliau konsieten dan sabar. Bukankah Allah sebutkan satu ciri manusia yang tidak rugi ialah bersabar (dalam surah al-Asr). Sabar atas iman, amal soleh dan berpesan kepada kebenaran.

Iklan ‘BESAR’ dan iklan kecil

Cara bisnes tempatan mengiklan produk berbeza dengan bisnes antarabangsa. Baik iklan di billboard, televisyen, radio mahupun internet. Trend nya sama.

Towkey vs Produk

Bisnes kecil @ tempatan selalu memberi fokus kepada pemilik bisnes. Kita boleh lihat billboard kebanyakan syarikat tempatan, yang paling besar ialah wajah pengasasnya. Walaupun pengasasnya sudah berusia lanjut, tetap dirasakan komersial!

Berbeza dengan bisnes antarabangsa. Pernah kita lihat wajah pengasas Honda, Mc Donalds ataupun Prada.

Bisnes besar memetingkan produk, bukan pemilik ataupun nama syarikat. Saya mengesan perbezaan besar KFCH semasa dan selepas era Tan Sri Ali Hashim menjadi penerajunya. Pada zamannya, nama KFCH tidak dikenali, namun bisnesnya berkembang pesat. Selepas zamannya, muncul iklan-iklan menyatakan bahawa KFCH sekian dan sekian.

Produk Antarabangsa

Fokus vs Variety

Bisnes tempatan juga selalu melambakkan semua @ banyak produk dalam satu iklan. Manakala bisnes besar memberi fokus kepada satu-satu produk sahaja dalam sesebuah iklan. Akhirnya iklan hilang fokus menjadi katalog!

Produk Tempatan

Produk Tempatan

Secupak jadi Segantang

“Rezeki secupak takkan jadi segantang”

Ini pepatah Melayu lama. Dalam pepatah ini ada yang benar, ada yang salah.

Yang benarnya ialah, rezeki setiap manusia itu sudah ditentukan sejak mula-mula manusia itu diciptakan. Dan setiap butir nasi (baca rezeki) yang ditakdirkan kepada kita akan melalui kerongkongan kita sebelum kita mati. Ini jaminan dari Allah Azza Wa Jalla. IKni bermaksud manusia akan mati apabila semua rezeki yang dituliskan untuknya selesai sampai kepadanya.

“Janganlah kamu merasa, bahwa rezekimu terlambat datangnya, karena sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya, maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, yaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (HR. Ibnu Majah, Abdurrazzaq, Ibnu Hibban, dan al-Hakim, serta dishahihkan oleh al-Albani)

“Kalau sudah ditakdirkan secupak, maka apa perlu kita ikhtiar lagi.”

Ini yang salah, pada pemahamannya. Siapakah yang tahu tentang secupak atau segantangnya rezeki seseorang. Tidak ada sesiapa yang tahu, melainkan Allah Yang Memberi Rezeki. Seperti kata nabi,

“Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, maka akan diberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana burung diberikan rezeki, yang mana ia pergi di pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang, penuh perutnya” (Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith Hasan Sohih)

Pola tawakkal sang burung ini perlu difahami dengan benar. Ia sendiri tidak mengetahui di pohon manakah rezekinya akan ditermui atau ulat manakah yang akan menjadi santapan keluarganya pada hari itu. Yang penting, setiap pagi ia keluar mengepakkan sayapnya hinggap dari satu pohon ke satu pohon yang lain.

Berkat dan Mudah

Benar rezeki secupak takkan jadi segantang. Oleh yang demikian, jangan dihirau sama ada secupak atau segantang atau setahil.

Yang akan ditanya kelak di hari kemudian ialah bagaimana kita memperoleh yang ‘secupak’ itu dan bagaimana kita membelanjakan yang ‘secupak’ itu.Ini yang dimaksudkan oleh Nabi seperti yang direkodkan oleh Imam Tirmidzi dalam kitab Sunannya.

Yang mencukupkan keperluan manusia ialah Allah Azza Wa Jalla. Tidakkah kite pernah mendengar seperiuk makanan mampu mengenyangkan sebatalion angkatan tentera. Juga, bukankan kita pernah mendengar manusia yang mati melarat dalam mahligai besar tersergam indah dipenuhi harta dan kemewahan dunia.Seperti kata pepatah, “ayam mati di kepuk mati.

Belajar bisnes ialah belajar mengurus supaya mudah masuk dan hemat keluar. Ramai orang yang tidak belajar urus bisnes, namun bisnesnya tetap survive bertahun-tahun lamanya. Betapa banyak restoran yang makanannya tidak sedap dan suasananya tidak bersih, namun pemiliknya tetap terus hidup mengauth wang dan untung dari pelanggan. Kerana rezeki itu sudah ditentukan.

Yang membezakan orang yang belajar urus bisnes dan orang yang tidak belajar urus bisnes ialah, cara beroleh untung itu mudah atau payah.

Semoga sahabat saya menceritakan bahawa dalam satu ekspo sebuah syarikat pengeluar coklat berjaya membuat jualan sebanyak RM23 ribu dengan bermodalkan 1 tan coklat. Manakala jualan syarikat beliau juga hampir sahaja, namun dengan hanya bermodalkan bahan mentah separuh dari itu sahaja.

Rezekinya masing-masing sama. Namun ada orang peroleh dengan cata yang mudah, ada yang lain peroleh dengan cara yang susah.

Ada orang yang beroleh dengan cara yang haram, manakala ada orang yang lain bersabar mengelak dari menerima yang haram. Dan kemudiannya Allah gantikan juga dengan cara yang halal.

Seorang bisnes menceritakan, bahawa syarikatnya diminta untuk memberi rasuah untuk mendapatkan kemudahan dari sebuah skim kerajaan. Demi menjaga amanah dan keberkatan bisnes, pemilik bisnes ini memilih untuk tidak menikmati kemudahan itu dengan tidak memberi rasuah.

Allah telah mentakdirkan bahawa kemudahan itu tetap akan menjadi miliknya. Tidak berapa lama selepas itu, pegawai yang mengurus kemudahan itu bertukar, dan pengurus yang baharu membuat pertimbangan semula. Akhirnya bisnesnya menerima kemudahan itu dengan cara yang tidak melibatkan rasuah a.k.a halal.

 

Margin Untung Melampau!

Jual beli merupakan aktiviti pertukaran barang dengan barang atau matawang. Ia dilakukan atas keredhaan kedua-dua belah pihak.

Ada sebilangan orang mendakwa atas nama agama, bahawa margin keuntungan sesuatu produk atau bisnes tidak boleh lebih dari 100%. Wallahuaklam, saya belu pasti apakah dalil yang digunakan untuk mengesahkan kenyataan ini.

Ada beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan bolehnya mengambil keuntungan hingga 100% dari modal. Misalnya hadis yang dilaporkan oleh Urwah Ibnul Ja’d al-Bariqi ra.

Sahabat Urwah diberi wang satu dinar oleh Rasulullah saw untuk membeli seekor kambing. Kemudian ia membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Ketika ia menuntun kedua ekor kambing itu, tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan menawar kambing tersebut. Maka ia menjual seekor dengan harga satu dinar. Kemudian ia menghadap Rasulullah dengan membawa satu dinar wang dan satu ekor kambing. Beliau lalu meminta penjelasan dan ia ceritakan kejadiannya maka beliau pun berdoa: “Ya Allah berkatilah Urwah dalam bisnisnya.”

Imam Ahmad dalam Musnadnya (IV/376), Bukhari (Fathul Bari VI/632), Abu Dawud (no. 3384), Tirmidzi (no.1258), dan Ibnu Majah (no.2402)

Dan meraih keuntungan lebih dari yang diambil Urwah pun diperkenankan asalkan bebas dari praktik penipuan, penimbunan, kecurangan, dan kezhaliman.

Contoh lain pula pernah dilakukan oleh Zubeir bin ‘Awwam salah seorang dari sepuluh sahabat Nabi yang dijamin masuk surga. Ia pernah membeli sebidang tanah di daerah ‘Awali Madinah dengan harga 170,000 kemudian dijualnya dengan harga 1.600.000. Ini artinya sembilan kali lipat dari harga belinya (Shahih al-Bukhari, nombor hadis 3129).

Bacaan Tambahan : Dakwatuna

Bisnes Kedai Makan : Sedap Tapi Tidak Boleh Jual

Ramai orang beranggapan faktor utama menentukan kejayaan bisnes makanan ialah, sedap.

Bisnes bukan politik moden. Politik moden ditentukan oleh suara ramai (walaupun suara ramai itu masih boleh dibeli dengan wang). Manakala bisnes diukur dengan wang. Ada untung atau tidak ada untung (baca : rugi). Boleh jual atau tidak boleh jual. Sejarah bisnes mencatatkan tidak sedikit produk yang bagus dan bekualiti, namun tidak berjaya di pasaran. Banyak juga produk yang biasa-biasa, tetap berjaya di pasaran. Catatan ringkas ini tidak sama sekali menafikan pentingnya produk yang berkualiti atau dalam kes makanan ialah makanan yang sedap (berkhasiat faktor yang sangat diabaikan).

Minda Menjual vs Minda Membeli

Minda membeli mengatakan bisnes makanan yang berjaya mesti sedap. Ia juga mengatakan orang yang pandai masak, berpotensi besar untuk maju dalam bisnes makanan. Ramai yang mungkin lupa, ramai orang yang pandai memasak, namun takdirnya cemerlang di dapur sendiri sahaja. Memasak untuk bisnes seninya berbeza ; baik dari segi amaunnya dan tahan lamanya. Belum termasuk lagi storan bahan mentah, daya tahan bahan mentah dan banyak perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian.

Yang pandai melapah biar melapah, yang pandai merendang biar merendang”. Demikian pepatah yang sering dipesankan oleh seorang bisnesman Puan Ainon Mohd. Beliau merupakan Pengerusi Kumpulan Pts, sebuah syarikat yang berkembang secara eksponensial setiap tahun!

Seni memasak tomyam tidak sama dengan seni memasak roti canai. Memasaka satu jenis makanan dengan satu jenis makanan yang lain pun sudah berbeza, inikan pula seni memasak dan seni menjual. Tentu banyak bezanya.

Minda membeli mengatakan pandai memasak, makanya pandai menjual. Itu satu falasi yang sangat fatal.

Minda Menjual

Pembeli melihat produk. Selalunya pembeli mengatakan mereka membeli kerana 3 faktor, “harga yang murah, kualiti yang baik (sedap) dan kuantiti yang banyak“.

Penjual pula melihat duit. Mereka melakukan apa sahaja untuk menukar produk menjadi duit. Pembeli sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan produk yang mereka mahu. Dan penjual sanggup bekerja berhabis-habisan untuk menukar produk atau khidmat yang mereka tawarkan menjadi duit.

Dalam kes bisnes makanan, penjual melihat kualiti atau sedapnya makanan itu sebagai satu faktor yang akan membantu bisnes berkembang. Namun bukan itu sahaja, mereka tidak akan mengabaikan faktor-faktor lain yang mendorong bisnes berkembang seperti :

  • pengurusan kedai
  • khidmat pelanggan
  • pengurusan kewangan
  • pengurusan sumber manusia (pekerja)
  • kualiti produk yang konsisten
  • standar operation procedure (SOP)

Ini merupakan sebahagian dari perkara-perkara yang perlu diberi perhatian. Antara bacaan yang bermanfaat dalam bab ini ialah The E-Myth Revisited. Baca rebiu,

Minda Menjual vs Minda Membeli

Ada banyak beza antara minda orang yang menjual dan minda orang yang membeli. Sebagai bisnesman kita perlu memahami kedua-dua jeni gaya berfikir ini.

Pertama, kita perlu memahami minda menjual kerana kita adalah penjual. Kita mahu menjual sebanyak-banyaknya. Penjual mahu menukar produk yang mereka ada dengan wang sebanyak-banyaknya.

Kedua, sebagai penjual kita sangat perlu memahami minda pembeli. Untuk tujuan apa? Dengan memahami kehendak dan gaya berfikir pembeli, kita dapat menjual produk kita sebanyak-banyaknya.

1. Bisnesman berfikir bagaimana hendak membuat wang dengan barang atau khidmat yang mereka miliki.

Pembeli berfikir bagaimana hendak mendapatkan barang yang mereka idamkan dengan wang yang mereka miliki.

2. Bisnesman matlamatnya wang. Pembeli matlamatnya barang. Bisnesman mata duitan, pembeli mata realistik (baca materialistik).

3. Bisnesman bekerja lebih keras untuk mendapat lebih banyak wang. Dengan wang itu mereka dapat mengembangkan bisnes mereka supaya wang mereka bertambah banyak. Pembeli bekerja lebih keras supaya mereka dapat lebih banyak wang. Dan dengan dengan wang itu mereka akan dapat lebih banyak barang.

4. Bisnesman suka membeli barang peribadi secara tunai. Kalau boleh sehingga kereta dan rumah pun mereka mahu beli tunai.

Pembeli suka membeli barang secara hutang. Dari rumah, kereta hinggalah ke kain batik, belacan dan ikan-sayur, kalau boleh semuanya mahu hutang.

5. Bisnesman suka bayar hutang. Pembeli biasa menganggap hutang sesuatu yang merimaskan.

6. Bisnesman menggunakan banyak wang untuk membayar hutang. Pembeli menggunakan banyak wang untuk menambah hutang. Contoh ada wang 10 ribu buat downpayment kereta 100 ribu. Ada wang 100 ribu buat downpayment rumah harga 1 juta. Lebih banyak wang, lebih banyak hutang.

Bisnesman (selalu bisnesman Cina buat begini), ada wang 100 ribu, beli kereta 50 ribu tunai (atau kurang).

Itu sebab bisnes hutang adalah bisnes yang paling menguntungkan. Contoh kad kredit, bank dan along. Dalam Islam hutang tidak boleh didagangkan. Hutang adalah tanggungjawab baitul mal : Qardul Hasan. Hanya individu yang beriman dan baitul mal sahaja yang sanggup memberi hutang tanpa faedah atau sevis caj. Bank Islami juga mendagangkan hutang.

7. Bisnesman mengukur baju di badan sendiri. Pembeli mengukur baju dibadan pereka fesyen atau selebriti.

8. Bisnesman memandang dunia sekeliling sebagai peluang membuat wang. Pembeli memandang dunia sekeliling sebagai dunia sekeliling. Wang pada mereka sumernya dari majikan tempat mereka bekerja.

Akan ditambah dari masa ke semasa.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.