Archive for the ‘Kisah inspirasi’ Category

Kisah 2 Peniaga Roti John

Kisah 2 Peniaga Roti John: A Tale of Two John Bread

Tajuk sudah menarik persis A Tale of Two Sisters. Kisahnya…

En. Azman seorang exec di sebuah cawangam perbankan Islam di Miri menceritakan kepada kami bahawa:

Beliau kenal dengan dua orang peniaga pasar malam yang menjual Roti John. Atas nasihat dan konsultasi exec bank ini maka mereka setuju agar bisnes mereka diaudit (secara tidak bertauliah) untuk merencanakan pengembangan dan masa depan kedua entiti bisnes ini.

Setelah diaudit maka tergamam dan terkejutlah exec bank ini dan yang lebih tergumam dan terkasima ialah peniaga Roti John ini sendiri. Masakan tidak hanya dengan modus operandi pasar malam 3 malam dalam satu minggu jualan kedua peniaga ini dalam setahun masing-masing ialah sebanyak RM300,000!

Kami pun mengeluarkan kalkulator melalui henfon kami untuk mencongak berapakah jualan mereka setiap bulan dan setiap hari. Purata jualan setiap bulan ialah RM25,000.

Secara kasar margin untung peniaga Roti John ialah 40%. Dan margin sebegini adalah suatu yang lazim dan normal dalam industri makanan dan food & beverage. Maknanya untung kasar peniaga Roti John ini ialah RM10,000 sebulan.

Salah seorang dari peniaga ini mengupah seorang pembantu untuk menjaga gerainya. Manakala seorang lagi dibantu oleh isterinya sahaja. Maknanya RM10,000 itu solid untuk mereka sahaja.

Namun yang membezakan peniaga pertama dan peniaga kedua ialah pengurusan kewangan dan hemat dalam perbelanjaan. Peniaga pertama tadi mengupah pekerja dan dia sendiri hanya duduk ‘melenggak’ berborak goyang kaki. Manakala peniaga kedua kerja sendiri, merasa jerih-perih meniaga. Dan ternyata peniaga kedua lebih hemat dalam perbelanjaan.

Peniaga pertama tidak sedar ke mana akhinya hala dan arus wang hasil perniagaannya sehinggalah dia diberitahu oleh exec ini tadi. Manakala peniaga kedua sudah berjaya membeli rumah bernilai setengah juta di sini (Miri) dan memiliki kereta yang sudahpun langsai habis dibayar.

Cerita-cerita bisnes kecil yang mengaut hasil yang besar sebegini bukanlah kali pertama kami dengar. Beberapa tahun sebelum ini sahabat kami Ust Abu Widad Hidayat bercerita bahawa abang beliau Ust Abu Suffyan menceritakan bahawa di Dungun ada peniaga nasi ayam pasar malam yang peroleh jualan nasi ayam sebanyak RM20,000 setiap bulan.

Namun mereka tidak sedar bahawa mereka peroleh wang yang sangat banyak sehingga mereka disedarkan akan hakikat itu.

Pasar malam adalah lubuk emas peniaga-peniaga Melayu. Dan percayalah demi sebuah tapak pasar malam, ada yang sanggup bergolok, berkeris dan berlembing untuk mendapatkannya.

Di Miri sahaja sudah ada 1000 permohonan ‘queu’ untuk masuk pasar malam. Namun dek kerana tapak yang terhad, 1000 permohonan ini masing ‘pending’.

Dan kerana ‘golok’, ‘lembing’, ‘sumpit’, dll inilah akhirnya kami mengalah dan meninggalkan tapak pasar malam di Taman Bukit Margosa, Taman Senawang Jaya, Seremban 2, dan beberapa tapak pasar malam yang lainnya.

Namun rahsia Biskut Meri dari Lenggeng masih tersimpan rapi dalam kocek dan poket kami. Kami tidak sabar menunggu hari Khamis untuk membeli Roti John!

#notausahawan #kisahinspirasi #bisnes #motivasibisnes#perniagaan #perdagangan #ppyborneo

Oleh Mohd Riduan bin Khairi
PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’
Http://notausahawan.wordpress.com/
6 Januari 2014, Miri Sarawak.

Pembetulan Ke atas Dorongan Untuk Rajin Bekerja dan Semangat Mencari Harta

Pembetulan Ke atas Dorongan Untuk Rajin Bekerja dan Semangat Mencari Harta

Ajaran Islam memerintahkan umatnya untuk bekerja dan mencari rezeki sendiri. Ada banyak dalil ayat Al-Quran dan hadith Nabi tentangnya. Demikian contoh teladan ditunjukkan oleh semua Rasul, semua Nabi, para sahabat Nabi dan generasi salafussoleh.

Mencari harta sebanyak-banyaknya bukan maksud agar kita dapat berbelanja berlebihan dan hidup bermewah-mewahan. Sebagaimana dorongan dan motivasi yang selalu didengungkan oleh banyak pakar motivasi bisnes atau agensi insuran dan multi-level-marketing.

Selalu kita diberikan imej manusia dengan rumah agam, kereta mewah dan perhiasan cantik. Dengan tanggapan ia dijadikan dorongan dan motivasi agar manusia bekerja dengan rajin dan bersungguh.

Harta Yang Berbahaya

Tanggapan ini salah. Bahkan ia adalah sikap yang berbahaya dan dicela dalam agama. Berbahaya kerana harta adalah ujian kepada setiap umat. Berbillion manusia dari umat terdahulu sebelum umat Nabi Muhammad itu kesemuanya diberikan kekayaan dan harta melimpah ruah!

Dan dengan harta melimpah ruah itu juga mereka dihancurkan dan dimusnahkan lenyap dari muka bumi. Ada yang ditenggelamkan ke dalam tanah tanpa meninggalkan suatu pun yang tersisa di atas bumi seperti Qarun dan seluruh hartanya. Demikian juga Kaum Aad yang masyhur dengan bangunan pencakar langit. Setinggi apapun tamadun dan bangunan mereka, akhirnya Allah tenggelamkan kota mereka dalam timbunan pasir. Ada yang dilenyapkan dan yang tinggal hanya sebahagian rumah-rumah mereka sebagai tanda dan iktibar bagi umat kemudian. Itulah Kaum Tsamud yang rajin dan mahir memahat gunung batu menjadi rumah yang cantik.

Celaan Keatas Sikap Bermewah-Mewahan

Demikian juga Rasulullah mencela sikap bermewah-mewahan.

Dari Abu Umamah, Rasulullah bersabda maksudnya, “Akan ada orang-orang dari umatku yang makan berbagai jenis makanan, minum berbagai jenis minuman, memakai berbagai jenis pakaian serta banyak bicara (tanpa hati-hati), mereka itu seburuk-buruk umatku.” (Riwayat Ibnu Abi ad-Dunya dan Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam al-Ausath dari Sahih Targhib wa Tarhib)

Dorongan dan Motivasi Mencari Harta

Oleh yang demikian itu apakah dorongan dan motivasi yang benar untuk mencari harta dan bekerja dengan gigih.

Yang sahih sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah ialah untuk menafkahi diri dan keluarga. Kemudian menebarkan kelebihan harta yang Allah berikan kepada kita dengan melakukan zakat, sedekah, infaq dan bermacam lagi kebaikan yang lain.

Maka kita akan menemui dalam catatan sirah sejumlah generasi salafussoleh diberikan oleh Allah harta yang sangat banyak.

Dan sebanyak mana harta yang mereka peroleh, sebanyak itu juga mereka agihkan kepada orang lain yang memerlukan.

Imam Ahmad meriwayatkan dalam Kitab Zuhud bahawa Umar al-Khattab tatkala menjawat jawatan khalifah memberikan wang sebanyak 400 dinar kepada Abu Ubaidah Al-Jarrah dan 400 dinar kepada Muadz bin Jabal untuk kegunaan mereka secara peribadi.

Abu Ubaidah Al-Jarrah membahagikan kesemua wang itu kepada orang lain. Manakala Muadz bin Jabal membahagikan kesemua wang itu kepada orang miskin dan meninggalkan hanya dua dinar untuk keluarganya.

Kesimpulannya, setiap pekerja dan peniaga harus membetulkan semula niat dan tujuan mereka mencari harta. Berbahagialah kelompok yang menjadikan infak dan sedekah sebagai dorongan bagi mereka bekerja dengan lebih rajin dan bersungguh-sungguh.

Wallahuaklam.

#Bisnes #NotaUsahawan #Rezeki #TipsKaya #Infak #Sedekah#Zuhud #Harta #Motivasi

Mohd Riduan b Khairi
Http://notausahawan.wordpress.com/
Kota Kinabalu, Sabah

Abu Darda’ Radiyallahu ‘Anhu: Potret Peniaga Sukses yang Mengabdikan Diri Untuk Ibadah Kepada Allah.

Abu Darda’ Radiyallahu ‘Anhu: Potret Peniaga Sukses yang Mengabdikan Diri Untuk Ibadah Kepada Allah.

“Sesiapa yang merasa kaya kerana dunia, sebenarnya dia langsung tidak memiliki dunia.”

Siapakah gerangan manusia yang mengungkapkan perkataan berharga ini? Itulah sahabat Nabi Uwaimir bin Malik bin Qais bin Umaiyyah Al-Anshary Al-Khazrajy atau dikenali sebagai Abu Darda’ Radiyallahuanhu.

Abu Darda’ adalah peniaga yang sukses di Madinah. Diriwayatkan keuntungan perniagaannya sehari mencecah 300 dinar bersamaan RM180,000.

Dari Abu Abdi Rabbah, bahawa Abu Darda’ berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid. Aku juga mengatakan bahawa Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Tetapi aku lebih suka tidak termasuk orang-orang yang dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli, sehingga lalai berzikir kepada Allah.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Abu Darda’ termasuk dari kalangan para sahabat Ansar yang bijak dan cerdas. Beliau termasuk pengumpul Al-Quran dan banyak meriwayatkan hadith Nabi. Juga banyak atsar dari Abu Darda menjelaskan keutamaan dan kelebihan orang yang menuntut ilmu.

Maka tidak hairan beliau mengetahui dengan jelas hukum-hakam dalam perniagaan. Dengan ilmu beliau dapat membezakan apa yang Allah halalkan dan apa yang Allah haramkan.

Dari Abdurrahman bin Abi Auf bahawa Abu Darda berkata, “Seburuk-buruk makanan ialah harta anak yatim, Seburuk-buruk mata pencarian adalah riba.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Meninggalkan Urusan Dunia Tatkala Di Dalam Masjid

Dari Sa’id bin Abdul Aziz, bahawa Abu Darda mendengar seseorang berkata kepada rakannya di dalam masjid, “Tukarlah seikat kayu bakarku dengan barang ini.”

Maka Abu Darda berkata, “Masjid tidak diramaikan dengan perkataan semacam ini.”

Wasiat Jauhi pasar

Dari Amir, dari Abu Darda’ dia berkata, “Jauhilah pasar, kerana pasar itu dapat melenakan.”

Potret Zuhud Para Salaf

Sebuah makna zuhud yang sering disalah-tafsir dan diseleweng maknanya ialah meninggalkan kerja dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungan. Walhal ia jauh sekali dari makna zuhud yang difahami dan diamalkan oleh generasi terdahulu.

Abu Darda mewasiatkan agar mencari rezeki yang halal dan menahan diri dari meminta-minta.

Dari Abdullah bin Babah, bahawa Abu Darda’ berkata, “Mencari penghidupan dengan cara yang halal hanya sedikit. Siapa yang mencari harta dari cara yang tidak halal lalu dia meletakkannya pada haknya, begitu pula orang yang mencari harta dari cara yang tidak halal lalu meletakkannya bukan pada haknya, merupakan penyakit yang menular. Siapa yang mencari harta dari cara yang halal lalu meletakkanya pada haknya, dapat membersihkan dosa, sebagaimana air yang membersihkan tanah dari batu yang licin.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Menahan Diri Dari Meminta-Minta

Dari Amr bin Maimun dari ayahnha dari Ummu Darda’ dia berkata, “Suatu kali Abu Darda’ berkata kepadaku: Janganlah engkau meminta sesuatu apapun kepada orang lain.”

Ummu Darda’, “Bagaimana jika aku dalam keadaan terdesak?”

Dia menjawab, “Kalau begitu keadaanmu, maka ikutilah orang-orang yang baru menuai hasil tanamannya, lalu ambil apa yang tercicir dari apa yang mereka bawa. Kemudian masak dan makanlah, sehingga engkau tidak perlu meminta apa-apa pun daripada orang lain.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Memilih Antara Perniagaan dan Ibadah

Dari Khaitsamah bahawa Abu Darda berkata, “Dahulu semasa Jahiliyah aku adalah seorang peniaga. Setelah kedatangan Islam aku berniaga dan beribadah. Tapi keduanya tidak dapat berhimpun pada diriku. Lalu aku melakukan ibadah dan meninggalkan perniagaan.”

(Faedah dari Kitab Zuhud Cahaya Qalbu oleh Imam Ahmad bin Hanbal, terjemahan Kathur Suhardi)

Mohd Riduan b Khairi

https://notausahawan.wordpress.com

Rezeki: Kisah Ulat, Ayam, Itik dan Burung

Rezeki: Kisah Ulat, Ayam, Itik dan Burung

Ulat dalam batu pun diberi makan.

Ini satu bukti menunjukkan rezeki itu sudah ditentukan oleh Tuhan. Dan semua makhluk ciptaan Allah itu sudah dijamin dan ditentukan rezekinya masing-masing.

Firman Allah maksudnya, “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).” (Terjemahan Surah Hud: 6)

Namun ia bukan pula alasan untuk manusia bermalas-malasan.

Kerana ada ayam di kepuk padi mati kelaparan dan ada itik di air mati kehausan.

Batas maksima perlu ada usaha walaupun sedikit untuk mendapatkan rezeki itu. Jika tidak masakan Allah memerintah Maryam
Bt Imran yang sarat hamil menggoyangkan pohon kurma melalui perantara Jibril. Sebagaimana firman Allah maksudnya, “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu,” (Terjemahan Surah Maryam: 25)

Walhal apalah daya dan upaya wanita hamil sarat melahirkan untuk menggegarkan pohon kurma. Jangankan pohon kurma, memetik cili dan tomato pun belum tentu mampu. Atau perintahkan sahaja Jibril menggeselkan sedikit hujung satu sayapnya pada pangkal pohon kurma itu. Bukankah Kota Sadum itu ditelangkupkan dengan hanya hujung satu sayap Jibril! (Lihat Bidayah wal Nihayah)

Namun Allah hendak mengajarkan setiap sesuatu itu diperoleh dengan usaha dan sebab. Bukan sahaja urusan dunia, bahkan urusan akhirat demikian juga: Allah memberi ganjaran kepada hambanya yang baik amalannya. Itulah amal usaha yang dikerjakan dengan ikhlas dan mengikut petunjuk Nabi.

Maka berbahagialah orang-orang yang menjadikan hati mereka seperti burung. Yang saban pagi selagi daya mengepakkan sayapnya mencari rezeki di celah-celah dahan dan pohon. Namun yang nyata petangnya pulang dengan rezeki yang sudah ditentukan.

Sabda Nabi maksudnya, “Akan masuk syurga dari kalangan umatku hati mereka seperti hati burung.” (Riwayat Muslim)

Baik urusan dunia mahupun akhirat, baik rezeki di dunia atau rezeki di akhirat berupa syurga; keduanya memerlukan usaha dan rasa tawakkal kepada Allah Azza Wa Jalla.

Mohd Riduan B Khairi
PPY Borneo
‘Membangun Citra Insan’
4:15 petang, Gerik Perak

Kisah Sang Raja dan Nabi Allah mencari rezeki

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam,

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَاماً قَطْ خَيْراً مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَإِنَّ نَبِيَّ اللهِ دَاوُدَ كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ .

“Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik dari memakan hasil jerih payahnya sendiri, dan sesungguhnya Nabi Daud makan dari hasil jerih payahnya sendiri.” (Riwayat Al-Bukhari)

Semua para Nabi bekerja sendiri. Namun tatkala Rasulullah memberi fokus kepada Nabi Daud adalah kerana baginda bukan sahaja Nabi Allah, bahkan Daud Alaihisalam juga adalah seorang panglima perang yang gagah perkasa dan juga seorang raja.

Walaupu bergelar raja, namun Nabi Daud masih bekerja untuk menyara diri dan keluarganya.

Al-Quran merakamkan satu dari pekerjaan Nabi Daud ialah melenturkan besi menjadi baju besi untuk dijual. Firman Allah,

وَعَلَّمْنَاهُ صَنْعَةَ لَبُوسٍ لَكُمْ لِتُحْصِنَكُمْ مِنْ بَأْسِكُمْ فَهَلْ أَنْتُمْ شَاكِرُونَ.

“Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperangan; Maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah)”. [Al Anbiya’ : 80].

… وَأَلَنَّا لَهُ الْحَدِيدَ. أَنِ اعْمَلْ سَابِغَاتٍ وَقَدِّرْ فِي السَّرْدِ وَاعْمَلُوا صَالِحاً إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“… dan Kami telah melunakkan besi untuknya (yakni Daud); (yaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah amalan yang shalih. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan”. [Saba’ : 10-11].

Selain membuat baju besi Nabi Daud juga membuat keranjang dari mutiara untuk dijual.

Dari Hisham bin Urwah, dari ayahnya dia berkata: “Daud Alaihisalam membuat keranjang dari mutiara selagi di atas mimbar, lalu mengutus seseorang untuk menjualnya di pasar dan baginda menggunakan hasil jualan untuk makan.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Rezeki Yang Paling Baik

Dari Al-Hassan, bahawa Daud Alaihisalam berkata: Ya Ilahi, apakah rezeki yang paling baik?

Allah menjawab: Kurma dari hasil kerjamu sendiri wahai Daud.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Nabi Daud & Penganggur

Dari Abdurrahman bin Budriziyah dia berkata, di dalam Zabur keluarga Daud disebutkan tiga perkataan. Satu darinya,

“Beruntunglah orang yang tidak bergaul dengan orang yang menganggur.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Dari Abu Bakar bin Aun Al-Madiniy dia berkata, Aku mendengar sebahagian rakanku berkata bahawa Allah Azza Wa Jalla mewahyukan kepada Daud Alaihisalam: “Sesungguhnya Aku menurunkan syahwat di bumi hanya kepada orang-orang yang lemah dari hamba Ku dan orang-orang yang menganggur.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Siapa Teman Daud Alaihisalam dari Penghuni Bumi?

Dari Tha’mah Al-Ja’fary bahawa Daud Alaihisalam memohon kepada Allah agar memperlihatkan kepadanya siapa yang menjadi temannya dari penghuni bumi. Maka Allah Azza Wa Jalla mewahyukan kepada baginda: “Maka datanglah ke kampung ini dan carilah orang yang berbuat begini dan begitu, sesungguhnya dia adalah temanmu.”

Maka Daud pergi ke kampung yang dimaksudkan dan menanyakan situasi orang yang sudah disebutkan ciri-cirinya. Baginda ditunjukkan seorang lelaki yang selalu pergi ke hutan untuk mencari kayu api, lalu mengikatnya dan dia menjual ke pasar sambil berkata: “Siapa yang ingin membeli barang yang bagus dengan harga yang bagus pula, aku akan membawakannya di atas bahuku.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Mohd Riduan b Khairi
PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’

Abu Bakar As-Siddiq: Bisnesman Unggul

Ibnu Abi Malikah menceritakan bahawa Abu Bakar as-Siddiq pernah berkata kepada anaknya Aisyah Radiyallahuanhuma: “Wahai puteriku! Dahulu aku adalah orang Quraisy yang paling menonjol dalam berdagang dan paling banyak hartanya.” (Riwayat Imam Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Dari Hisham dari ayahnya bahawa ketika Abu Bakar diangkat menjadi khalifah, maka dia menyimpan semua dinar dan dirham yang dimilikinya ke Baitul Mal orang-orang Muslim. Lalu dia berkata: “Dahulu aku adalah orang yang paling pandai dalam perdagangan dan aki juga aktif mencarinya. Tapi setelah aku diserahi tugas pemerintahan, aku tidak lagi sempat berdagang dan mencarinya.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Dalam kisah perang Tabuk, Abu Bakar membawa keseluruhan hartanya untuk diinfakkan sehingga tidak ada apa yang tinggal untik keluarganya.

Dari Abu Majlaz, bahawa Mu’awiyah bin Abu Sufyan pernah berkata: “Sesungguhnya dunia tidak menginginkan Abu Bakar dan Abu Bakar juga tidak menginginkannya.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Dari Aisyah dia berkata: “Abu Bakar meninggalkan dunia tanpa satu dinar dan satu dirham pun. Memang sebelum itu dia pernah menerima sejumlab harta, tapi kemudian dia menyerahkannya kepada Baitul Mal.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Bisnes Delivery Makanan

Bisnes Deliveri Makanan

10 tahun atau lebih awal dari itu, mungkin servis deliveri tidak menyumbang pendapatan yang besar kepada bisnes.

Namun hal ini berubah sejak beberapa tahun belakangan ini. Kalau dahulu hanya Restoran Pizza Hut sahaja dikenal menawarkan khidmat penghantaran makanan ke rumah.

Walaupun lebih awal dari itu ia sudah dimulai oleh Restoran Domino Pizza bagi memecahkan penguasaan Pizza Hut dalam pasaran pizza. Domino Pizza masuk pasaran dengan menawarkan kelainan dan USP sendiri (unique selling point).

Hari ini langkah ini diikuti pula oleh rangkaian restoran makanan segera yang lain seperti Mc Donald dan KFC. Demikian juga strategi kaunter ‘drive tru’.

Berapakah saiz pasaran untuk bisnes servis penghantaran ini?

Satu sumber dalaman dari salah sebuah syarikat di atas menyatakan bahawa setiap hari mereka menerima 3000-4000 tempahan makanan setiap hari dari seluruh negara.

Produk yang ditawarkan dalam servis penghantaran lazimnya sudah dipakejkan. Ia tidak persis dan sama benar dengan menu yang berada di restoran. Biasanya menu-menu berat dan besar sahaja dibenarkan. ‘Side order’ dan menu sampingan adakalanya tidak disediakan.

Dengan andaian purata setiap pesanan ialah RM50, maka dianggarkan pendapatan kolektif sehari untuk seluruh negara berjumlah RM150,000-RM200,000.

Maka tidak hairan jika pusat khidmat pelanggan mereka dianggotai lebih 70 petugas telefonis. Dan masing-masing dari mereka perlu melayani sehingga 100 panggilan pesanan setiap hari.

Mohd Riduan B Khairi
PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’

Doa Orang Kaya

dipetik dari tulisan Ustaz Muhammad Abduh Tuasikal di wev rumaysho.com

Gambar peniaga di Hoi Ann, Vietnam.

Gambar peniaga di Hoi Ann, Vietnam.

Ada sebuah do’a sederhana yang jaami’ (singkat dan syarat makna) yang sudah sepatutnya kita menghafalkannya karena amat bermanfaat. Do’a ini berisi permintaan agar kita terhindar dari penyakit hati yaitu ‘syuh’ (pelit lagi tamak) yang merupakan penyakit yang amat berbahaya. Penyakit tersebut membuat kita tidak pernah puas dengan pemberian dan nikmat Allah Ta’ala, dan dapat mengantarkan pada kerusakan lainnya. Do’a ini kami ambil dari buku “Ad Du’aa’ min Al Kitab wa As Sunnah” yang disusun oleh Syaikh Dr. Sa’id bin Wahf Al Qohthoni hafizhohullah.

Do’a tersebut adalah,

اللَّهُمَّ قِنِي شُحَّ نَفْسِي وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُفْلِحِينَ

Allahumma qinii syuhha nafsii, waj’alnii minal muflihiin” (Ya Allah, hilangkanlah dariku sifat pelit(lagi tamak), dan jadikanlah aku orang-orang yang beruntung).

Do’a ini diambil dari firman Allah Ta’ala dalam surat Ath Taghobun ayat 16,

وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Kosakata

“الشح” berarti bakhl (pelit) lagi hirsh (tamak/ rakus). Sifat inilah yang sudah jadi tabiat manusia sebagaimana Allah berfirman,

وَأُحْضِرَتِ الأنْفُسُ الشُّحَّ

Walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir.” (QS. An Nisa’: 128)

“الفلاح” artinya beruntung dan menggapai harapan. Yang dimaksudkan al falah (beruntung/menang) ada dua macam yaitu al falah di dunia dan di akhirat. Di dunia yaitu dengan memperoleh kebahagiaan dengan hidup yang menyenangkan. Sedangkan kebahagiaan di akhirat yang paling tinggi adalah mendapat surga Allah.

Kandungan Do’a

Do’a ini berisi hal meminta berlindung dari sifat-sifat jelek yang biasa menimpa manusia yaitu penyakit “syuh” yakni pelit dan tamak pada dunia. Orang yang memiliki sifat jelek ini akan terlalu bergantung pada harta sehingga enggan untuk berinfak atau mengeluarkan hartanya di jalan yang wajib atau pun di jalan yang disunnahkan. Bahkan sifat “syuh” ini dapat mengantarkan pada pertumpahan darah, menghalalkan yang haram, berbuat zholim, dan berbuat fujur (tindak maksiat). Sifat ini “syuh” ini benar-benar akan mengantarkan pada kejelekan, bahkan kehancuran di dunia dan akhirat. Oleh karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memperingatkan adanya penyakit “syuh” ini dan beliau menjelaskan bahwa penyakit itulah sebab kehancuran. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda,

وَإِيَّاكُمْ وَالشُّحَّ، فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ: أَمَرَهُمْ بِالْقَطِيعَةِ فَقَطَعُوا، وَأَمَرَهُمْ بِالْبُخْلِ فَبَخِلُوا، وَأَمَرَهُمْ بِالْفُجُورِ فَفَجَرُوا

Waspadalah dengan sifat ‘syuh’ (tamak lagi pelit) karena sifat ‘syuh’ yang membinasakan orang-orang sebelum kalian. Sifat itu memerintahkan mereka untuk bersifat bakhil (pelit), maka mereka pun bersifat bakhil. Sifat itu memerintahkan mereka untuk memutuskan hubungan kekerabatan, maka mereka pun memutuskan hubungan kekerabatan. Dan Sifat itu memerintahkan mereka berbuat dosa, maka mereka pun berbuat dosa” (HR. Ahmad 2/195. Dikatakan Shohih oleh Syaikh Al Arnauth)

Sufyan Ats Tsauri pernah mengatakan, “Aku pernah melakukan thowaf mengelilingi Ka’bah. Kemudian aku melihat seseorang berdo’a ‘Allahumma qinii syuhha nafsii’, dia tidak menambah lebih dari itu. Kemudian aku katakan padanya, ‘Jika saja diriku terselamatkan dari sifat ‘syuh’, tentu aku tidak akan mencuri harta orang, aku tidak akan berzina dan aku tidak akan melakukan maksiat lainnya’. Laki-laki yang berdo’a tadi ternyata adalah ‘Abdurrahman bin ‘Auf, seorang sahabat yang mulia. (Dibawakan oleh Ibnu Katsir pada tafsir Surat Al Hasyr ayat 10).

Lalu bagian do’a yang terakhir,

وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُفْلِحِينَ

Waj’alnii minal muflihiin” (Ya Allah, dan jadikanlah aku orang-orang yang beruntung). Maksud do’a ini adalahb jadikanlah orang-orang yang beruntung di dunia dan akhirat. Jika ia telah mendapakan hal ini, itu berarti ia telah mendapatkan seluruh permintaan dan selamat dari segala derita.

[Tulisan ini disarikan dari kitab “Syarh Ad Du’a minal Kitab was Sunnah lisy Syaikh Sa’id bin Wahf Al Qohthoni”[1]. Pensyarh: Mahir bin ‘Abdul Humaid bin Muqoddam]

 

Si Penjual Ikan Kering

“Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan bertakwalah kepada Allah Yang kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.” (al-Ma’idah: 96)

Salah satu dari keunikan Semporna ialah kaum Bajau Laut atau disebut juga sebagai Bajau Pala-u. Sebahagian dari mereka sudah merubah dari kehidupan nomad di atas perahu ke rumah di atas air. Bagaiman aur dengan tebing, begitulah erat kehidupan Bajau Laut dengan air. Walaupun berumah, namun mereka masih selesa dan bahagian menetap di gigi air.

Kering Bajau LautManakala masih ada sebahagian yang memilih tinggal di atas rumah sampan dan hidup secara nomad. Jika di Semporna mereka sering hijrah ulang-alik sama ada di Lahad Datu atau di Semporna.

Difahamkan makanan ruji mereka ialah puttu (sejenis makanan berasaskan ubi kayu) dan mereka jarang-jarang makan nasi. Ia di makan bersama ikan dan hasilan laut yang lainnya seperti rumpai laut.

Satu dari keistimewaan Semporna selain gugusan kepulauan yang cantik lagi indah, ia juga kaya dengan hasil laut terutama ikan. Di sini kita akan dapat temui spesis ikan yang tidak pernah dilihat di tempat lain terutamanya semenanjung. Termasuk ikan yang dapat dilihat di pasar ialah ikan buntal. Namun awas ia beracun, hanya yang pandai dan berpengalaman sahaja tahu membuang racun dari perut ikan ini.

Selain dijual dan eksport secara segar, ikan-ikan ini juga dikeringkan.Ia sebagai satu dari teknologi storan untuk jangkamasa panjang. Memandangkan lama sebelum ini belum ada peti ais atau pun mesin membuat ais batu.

Saya suka melihat teknik dan kaedah Bajau Laut mengeringkan ikan. Kreatif, bijak, kos-effektif.

Saya yakin dan percaya berdasarkan beberapa maklumat bahawa Bajau Laut dahulunya adalah bangsa yang moden dan maju. Namun sebagaimana kebanyakan bangsa lain yang Allah lenyapkan dari muka bumi, boleh jadi tamadun mereka dahulu dilenyapkan oleh Allah; dan mereka ini adalah sisa-sisa yang tinggal.

Sahabat kami dari Lahad Datu Aljimar Almahir menyatakan bahawa dalam bahasa Bajau juga ada sastera dan puisi tersendiri.

 

Rezeki di Hujung Daun

Kisah Pencari Rezeki

19605_10200756661656843_786817608_nSedang duduk-duduk di hentian bas berhampran Hospitan Dutches of Kent, tiba-tiba sebuah bah berhenti di depan saya.

Bukan kerana bas itu berhenti saya menyatakan tiba-tiba, kerana itu memang hentian bas. Yang membuat saya teruja ialah sepasang suami isteri separuh umur trun membawa empat beg besar sayur-mayur dari jenis pucuk, ulaman dan dedaunan. Kemudian mereka bersalin kenderaan dari bas menaiki teksi.

Letih dan peluh saya berjalan kaki hampir 4 km (4 je pun!) terubat apabila mengenangkan ayah dan ibu tua ini mencari rezeki.

Entah berapa batu tanah mereka teroka untuk mencari hasil-hasil itu.
Entah berapa tan sayur mereka bebankan di atas bahu mereka saban pagi untuk diangkut.
Entah apa lagi luka dan duka yang mereka redamkan demi mencari sesuap nasi segelas minuman.

Sungguh Allah itu Maha Pemberi Rezeki ar-Rozzaq.

Rezeki kami dihujung lidah.
Rezeki Nabi Sallallahualaihi wasallam di hujung pedang.
Rezeki ibu dan ayah tua ini ternyata dihujung pucuk-pucuk kayu dan pohonan hutan.

Sungguh Allah itu Maha Kaya.