Archive for the ‘Murah Rezeki’ Category

Kerja, Kerja dan Terus Kerja

Kerja, Kerja dan Terus Kerja

Bab: Yang dimakruhkan Dalam Hal Meninggalkan Perniagaan di Pasar dan Pekerjaan

Abu Bakar Al-Marwazi meriwayatkan: Abu Bakar menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku mendengar seseorang berkata kepada Abu Abdullah (Imam Ahmad bin Hanbal), “Sesungguhnya pendapatan aku sudah cukup.”

Abu Abdullah berkata, “Tetaplah berada di pasar (menjalankan perniagaan). Di sana kamu akan dapat bersilaturrahim (menjalin networking) dan membiasakan diri dengannya.”

(Kitab al-Wara oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Ta’liq & Tahkik oleh Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al-Hamud. Terjemahan Ansari Taslim. Pustaka Azzam 2013)

Refleks

1. Peniaga & pekerja yang sukses ialah mereka yang konsisten atau istiqamah menjalankan bisnes/ pekerjaan.

Sebilangan orang yang baharu belajar bisnes, sekali dapat untung besar, terus cuti beberapa hari. Ini salah dan akan memberi kesan negatif kepada bisnes.

2. Networking adalah satu dari perkara yang paling penting dalam survival bisnes. Peniaga yang sukses ialah peniaga yang pandai dan tiggi seni bergaulnya.

Sayang sekali, tidak sedikit dari kalangan peniaga amatur suka menjalankan bisnes secara solo. Buka gerai di tepi jalan secara sendirian. Dan mereka amat tidak selesa kalau ada peniaga lain datang membuka gerai di sebelah gerai mereka.

Ini jauh bezanya dengan bisnes yang berkembang sihat (sebahagian besar peniaga Cina mengamalkan begini); peniaga-peniaga akan saling berpakat-pakat berniaga di sebuah kawasan yang sama, membentuk sebuah pasar.

3. Tujuan perniagaan bukanlah untuk mendapat keuntungan dunia semata-mata. Jika tujuannya dunia semata maka ia akan berakhir kepada dua:

(1) berniaga sekadarnya bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Merujuk kepada mereka yang bekerja hanya untuk memenuhkan perut semata. Walhal di dalam ringgit dan sen yang diperoleh itu ada banyak ruang melakukan ketaatan kepada Allah: zakat, infaq, nafkah, sedekah, waqaf, hadiah dan berbagai lagi.

(2) Mereka yang tamak, hakap dan loba yang tidak pernah berasa kenyan, puas dan cukup dengan apa yang telah Allah rezekikan. Mereka ini akan berusaha sedaya-upaya menimbun harta sebanyak-banyaknya.

Sikap yang benar ialah meletakkan kerja dan bisnes itu sebagai satu dari ibadah dan ketaatan kepada Allah. Apabila hal yang demikian berlaku maka tidak akan apa yang menghalang orang-orang yang beriman untuk tetap bekerja dan berniaga.

Kerana targetnya bukan dunia, sebaliknya negeri akhirat sana. Andai dunia dapat dibeli dengan ringgit dan sen, maka percayalah tanah di negeri akhirat itu jauh lebih mahal. Ia memerlukan kita bekerja dan beramal dengan ikhlas seumur hidup untuk mendapatkannya.

#NotaUsahawan #PPYBorneo #Motivasi #Bisnes #Rezeki#PekerjaCemerlang #Sukses

Mohd Riduan b Khairi
PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’
Http://notausahawan.wordpress.com/
Http://ppyborneo.wordpress.com/
20 Januari 2014: Miri Sarawak

Penoreh Getah Mampu Pakai Toyota Hilux

Penoreh Getah Mampu Pakai Toyota Hilux

Seorang taukeh getah di Kuala Krai pernah menceritakan bahawa ketika harga getah naik tahun 2010 dahulu ada penoreh getah membeli kereta berharga RM80,000 secara tunai!

Itu kisah beberapa tahun yang lalu.

Minggu lalu saya sempat hadir ke pejabat sebuah institusi yang menguruskan hal ehwal tanaman getah di Gerik.

Daerah Hulu Perak merangkumi Lenggong, Gerik sehingga Pengkalan Hulu merupakan daerah yang paling produktif mengeluarkan getah di negeri Perak. Dijangkakan pekebun-pekebun kecil yang terlibat dalam pertanian getah mengjangkau 1000 hektar.

Namun yang amat disayangkan kebanyakan ladang getah di Gerik itu tidak diusahakan oleh pemilik ladang. Sebahagian besar getah itu ditoreh oleh pekerja asing. Dalam kes di Gerik, pekerja asing diimport dari negara jiran Thailand. Situasi yang sama berlaku di seluruh negara.

Sistem pembahagian antara penoreh getah dan tuan tanah ialah 60/40. Manakala setahu pihak kami di Sabah sistemnya ialah 50/50.

Suatu khabar yang mengejutkan ialah: melalui kerja-kerja mengambil upah menoreh ini memungkinkan penoreh getah warga asing ini membeli kereta pacuan 4 roda seperti Toyota Hilux. Hanya dengan bermodalkan tulang empat kerat dan kemahiran menoreh getah.

Maka jadilah sebahagian dari kita seperti ‘ayam mati di kepuk padi, itu itik di kolam kehausan.’

#NotaUsahawan #Bisnes #Rezeki #Usaha #Kerja #JawatanKosong #Getah #Pertanian

Mohd Riduan b Khairi
Http://notausahawan.wordpress.com
Kota Kinabalu, Sabah

Perniagaan Yang Tidak Pernah Rugi

Perniagaan Yang Tak Pernah Rugi

إِنَّ الَّذينَ يَتلونَ كِتٰبَ اللَّهِ وَأَقامُوا الصَّلوٰةَ وَأَنفَقوا مِمّا رَزَقنٰهُم سِرًّا وَعَلانِيَةً يَرجونَ تِجٰرَةً لَن تَبورَ

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,”(Al-Fathir: 29)

Imam Qatadah seperti diriwayatkan dalam Tafsir Ibn Kathir ayat ini menceritakan tentang fadilah & kelebihan membaca al Qur’an.

“Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Al-Baqarah: 121)

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Saff: 10-11)

Para Sahabat Nabi Radiyallahuanhum Ajmain adalah susuk peribadi yang paling gigih berusaha untuk mendulang keuntungan dari perniagaan yang tidak pernah rugi ini.

Siapa tidak kenal Abu Bakar As-Siddiq seorang pedagang yang jujur, setiap kali membaca al Qur’an nescaya basah wajah dan bajunya kerana tidak mampu menahan tangisan. Demikian juga Uthman bin Affan yang sering membaca al Qur’an. Sampai-sampai beliau mati dibunuh oleh puak pemberontak ketika sedang membaca al Qur’an.

Diriwayatkan dalam Kitab Muwatta’ bahawa Uthman bin Affan Radiyallahuanhu sering membaca Surah Yusuf pada waktu solat subuh.

Walaupun hubungan mereka dengan al Qur’an sangat era; keuntungan yang Allah rezekikan kepada para sahabat bukan sahaja keuntungan diakhirat berupa jannah. Dan tentulah iatu yang paling utama dan paling baik berbanding selainnya. Pun begitu Allah tidak mensia-siakan kehidupan mereka di atas dunia.

Majoriti sahabat Nabi itu Allah rezekikan kepada mereka harta dan nikmat yang tidak sedikit. Benar firman Allah dalam hadith qudsi maksudnya,

“Hai anak Adam! Tekunlah kamu beribadat kepada-Ku, nescaya aku akan penuhkan hatimu dengan kekayaan dan akan aku hilangkan kefakiranmu. Tetapi jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan aku penuhkan tanganmu dengan kesibukan dan aku tidak akan hilangkan kefakiranmu.” (HR Tirmizi dan Ibnu Majah : Sahih menurut Albani)

 

Kisah Sang Pencari Rezeki

Kisah Sang Pencari Rezeki 

Temuduga Mencari Kerja

Apakah pertimbangan yang utama bagi seseseorang untuk bekerja di sebuah organisasi atau syarikat? Satu faktor yang sering dijadikan penanda aras ialah kestabilan organisasi atau syarikat tersebut.

Setelah diterima bekerja, maka tentu pekerja tadi ingin tahu apakah peluang-peluang baginya untuk mengembangkan kerjayanya. Kalau hari ini kerjanya seorang kerani, apakah sehingga 10 atau 20 tahun akan datang masih di situ juga kariernya?

Begitu juga dengan bayaran. Apakah dia hanya akan menerima gaji asas semata-mata. Atau dia layak untuk mendapat elaun-elaun tambahan, kenaikan gaji tahunan, bonus, insentif dan macam-macam lagi.

Bagi seorang pekerja tidak ada yang lebih kritikal dan sensitive daripada gaji atau bayaran yang mereka peroleh. Andai tiba-tiba suatu hari gajinya terkurang barang satu ringgit, maka nescaya berpiketlah mereka di hadapan pejabat dan barangkali ada yang mogok tidak mahu bekerja hari itu. Tidak ada pekerja yang tidak peka dan prihatin akan gaji, bonus, komisen dan semua bentuk insentif yang berhak mereka terima.

Atau adakah pekerja yang bekerja selama berpuluh-puluh tahun, namun tidak pernah tahun akan berapa gajinya, elaunnya, bonus dan yang lain dari itu.

Ya. Jawapannya ada bahkan jumlahnya tidak sedikit. Memang benar seakan-akan mustahil menemui seorang pekerja yang bekerja selama puluhan tahun namun tidak mengenal majikannya dan tidak mengetahui selok-belok bayarannya. Dari serendah-rendah jawatan sehingga setinggi-tinggi jawatan, semua orang amat menitik-beratkan soal upah dan bayaran ketika bekerja.

Makanya kita sering menemui sejumlah mereka yang berpendapatan besar, namun tidak pernah merasa cukup. Semakin besar pendapatan, semakin besar pula keinginan yang muncul. Bekerjalah mereka dikejar nafsu dan baying-bayang sendiri.

Di sisi lain, ada orang bekerja berhempas-pulas siang malam pagi dan petang, namun pendapatan mereka masih cukup-cukup makan sahaja. Bahkan lebih banyak hari yang tidak mencukupi dari yang cukup. Walhal mereka sudah membanting tulang berhempas-pulas berusaha dan bekerja.

Demikian secebit potret mereka yang bekerja mencari rezeki. Berapa ramai orang berpeluh-peluh mengejar rezeki (walhal realitinya rezeki yang mengejar mereka), namun tidak kenal hakikat rezeki. Ramai yang kenal majikan yang membayar gaji kepada mereka saban bulan, melalui bank mana dan lebih detil sekian-sekian haribulan. Namun ramai juga manusia yang tidak mengenal siapakah yang sebenarnya memberikan mereka rezeki. Apakah sebab-sebab bertambahnya dan mudahnya urusan rezeki.

Kisah Orang Soleh Mencari Rezeki

Para rasul, para Nabi,demikian juga para sahabat; rata-rata kerja mereka biasa-biasa sahaja sebagaimana manusia lain.

“Tidaklah Allah mengutus seorang nabi pun melainkan pernah menggembala kambing.” Para sahabat bertanya,”Dan engkau sendiri?” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,”Ya, aku juga dulu menggembalakan (kambing-kambing) milik penduduk Mekkah dengan upah beberapa qirath.” (Riwayat al-Bukhari) 

Abu Hurairah juga seorang pengembala kambing.

Kemudian Nabi menjelaskan juga perihal Nabi Daud Alaihisalam, “Sesungguhnya Nabi Daud tidak makan kecuali dari hasil jerih payahnya sendiri”. (Riwayat al-Bukhari) 

Apa signifikan Rasulullah menyebutkan Nabi Daud berbanding nabi-nabi yang lain? Harus diingat Nabi Daud ialah seorang raja yang diberikan kerajaan yang mana gunung dan burung-burung juga tunduk kepadanya. Dari kerajaan ini kemudian diwariskan kepada anaknya Sulaiman bin Dawud, sebuah kerajaan yang tidak ada tolok-bandingnya sehingga akhir zaman. Pun begitu Nabi Daud tetap bekerja sendiri untuk menyara diri dan keluarganya.

Kita tidak pula mengetahui adanya formula khusus atau gerakan gembleng tenaga secara besar-besaran untuk meningkatkan taraf ekonomi atau memartabatkan taraf sosial mereka. Mereka bekerja sebagaimana biasa dengan etika asas urusniaga. Namun tetap mereka beroleh rezeki yang banyak. Imam Az-Zahabi menuliskan bahawa majoriti sahabat Nabi meninggalkan harta warisan yang banyak ketika wafat.

Direkodkan dalam kitab Sahih bahawa Abdurrahman bin Auf ketika wafat meninggalkan harta warisan untuk setiap isterinya sebanyak 80 ribu dinar (bersamaan RM 40 juta). Amru al As pula memiliki kebun anggur yang di dalamnya ada 1 juta kayu pancang. (Tarikh Ibnu Asakir) 

Kita wajar hairan dan takjub dengan kekayaan melimpah yang mereka miliki. Walhal mereka paling banyak infaq semasa hidupnya. Mereka paling sibuk berperang dan berdakwah menyebarkan Islam.

Jawapannya ialah (Bersambung):

1. Mereka mengenal Tuhan ar-Rozzaq Yang Maha Memberi Rezeki.

2. Memahami hakikat dan konsep rezeki.

3. Mengetahu sebab-sebab kauni dan syar’ie datangnya rezeki kepada seseorang.

4. Meninggalkan hal-hal yang menyebabkan rezeki terhalang.

 

Rezeki di Hujung Daun

Kisah Pencari Rezeki

19605_10200756661656843_786817608_nSedang duduk-duduk di hentian bas berhampran Hospitan Dutches of Kent, tiba-tiba sebuah bah berhenti di depan saya.

Bukan kerana bas itu berhenti saya menyatakan tiba-tiba, kerana itu memang hentian bas. Yang membuat saya teruja ialah sepasang suami isteri separuh umur trun membawa empat beg besar sayur-mayur dari jenis pucuk, ulaman dan dedaunan. Kemudian mereka bersalin kenderaan dari bas menaiki teksi.

Letih dan peluh saya berjalan kaki hampir 4 km (4 je pun!) terubat apabila mengenangkan ayah dan ibu tua ini mencari rezeki.

Entah berapa batu tanah mereka teroka untuk mencari hasil-hasil itu.
Entah berapa tan sayur mereka bebankan di atas bahu mereka saban pagi untuk diangkut.
Entah apa lagi luka dan duka yang mereka redamkan demi mencari sesuap nasi segelas minuman.

Sungguh Allah itu Maha Pemberi Rezeki ar-Rozzaq.

Rezeki kami dihujung lidah.
Rezeki Nabi Sallallahualaihi wasallam di hujung pedang.
Rezeki ibu dan ayah tua ini ternyata dihujung pucuk-pucuk kayu dan pohonan hutan.

Sungguh Allah itu Maha Kaya.

Doa agar banyak harta

Nabi Muhammad saw pernah mendoakan sahabat muda yang berkhidmat kepadanya,

اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ، وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ

“Ya Allah, perbanyaklah harta dan anaknya, serta berkahilah apa yang engkau kurniakan padanya.” (HR. Bukhari no. 6334 dan Muslim no. 2480)

Anas kemudiannya menjelaskan, “Sesungguhnya aku termasuk orang Ansar yang paling banyak hartanya.” (HR al-Bukhari, Kitab Saum)

Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Hadits tersebut menunjukkan bolehnya berdo’a meminta banyak harta dan banyak anak pada Allah. Dan hal ini sama sekali tidak menafikan kebaikan ukhrowi (akhirat).” (Fathul Bari, 4/229)

Dalam do’a di atas terdapat dalil bolehnya meminta pada Allah banyak harta dan banyak anak serta keberkahan dalam harta dan anak. Dan di sini terdapat anjuran untuk mendoakan hal dunia namun disertai dengan mendoakan keberkahan di dalamnya. Yang namanya berkah adalah bertambahnya kebaikan dan kebaikan tersebut tetap terus ada. Harta dan anak bisa jadi berfaedah jika dimanfaatkan dalam kebaikan.

Adaptasi dari

1. catatan blog: http://rumaysho.com/belajar-islam/amalan/3429-doa-meminta-panjang-umur-dan-banyak-harta.html

2. Sahabat-sahabat Rasulullah, Syaikh Mahmud al-Misri, Pustaka Ibn Kathir. Beli di ilmusunnah.com

Dari mana datangnya rezeki?

Ketika Nabi Zakaria bertanya kepada Maryam as, “Dari mana datangnya rezeki?”

Soalan ini pernah disampaikan Nabi Zakaria AS kepada MaryamAS sebagaimana terkandung dalam firman Allah SWT: ”

Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria sebagai pemeliharanya. Setiap Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata: “Hai Maryam, dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?” Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi Allah.” Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.” (surah Ali Imran, ayat 37)

Maryam as hidup menyendiri di dalam sebuah bilik dengan hanya beribadah kepada Allah. Dia tidak pernah keluar dari bilik tersebut dan tidak seorang pun yang masuk menemuinya kecuali ZakariaAS, iaitu orang yang ditugaskan memeliharanya. ZakariaAS menemuinya dengan membawakan keperluan makan dan minumnya. Namun setiap kali dia masuk ke bilik Maryam, baginda dikejutkan dengan adanya berbagai macam buah-buahan musim sejuk pada saat musim panas dan buah-buahan musim panas pada musim sejuk. Kemudian Zakaria AS merasa hairan dan bertanya kepada Maryam: “Dari mana rezeki ini?” Maka Maryam menjawab: “Sesungguhnya rezeki ini datang dari sisi Allah yang memberikan rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia-lah sebaik-sebaik Pemberi rezeki.”

Masalah rezeki merupakan masalah sangat penting, oleh sebab itu lafaznya diulang di dalam Al Qur `an lebih dari seratus kali. Kerana rezeki merupakan salah satu perbuatan konkrit yang menunjukkan sifat rubuubiyyah (pemeliharaan) dan bukti agung atas kewujudan Allah Jalla jalaaluh.

Kisah pengikut Nabi Isa diberikan rezeki hidangan makanan dari langit

Demikianlah mengapa hawaariyyun (pengikut setia Nabi Isa) meminta Nabi Isa AS agar Tuhannya berkenan menurunkan kepada mereka hidangan dari langit, sehingga mereka dapat memakan hidangan tersebut dan menjadi tenang hati mereka. Kemudian baru mereka akan mengakui dan meyakini kebenaran Nabi Isa Al-Masih alaihissalaam dan bersaksi bahawa itu adalah suatu bukti nyata dari Allah SWT.

Sebagaimana firman-Nya: “(Ingatlah), ketika pengikut-pengikut` Isa berkata: “Hai` Isa putera Maryam, bersediakah Tuhanmu menurunkan hidangan dari langit kepada kami?”

Nabi Isa menjawab:” Bertakwalah kepada Allah jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman “.

Mereka berkata; “kami ingin memakan hidangan itu dan supaya tenteram hati kami dan supaya kami yakin bahawa kamu telah berkata benar kepada kami, dan kami menjadi orang-orang yang menyaksikan hidangan itu.”

Isa putera Maryam berdoa: “Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami \, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rezekilah kami, dan Engkaulah Pemberi rezeki Yang Paling Utama.”

Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah (turun hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan seksaan yang tidak pernah Aku timpakan kepada seorangpun di antara umat manusia “. (surah Al Maidah, ayat 112-115)

Sebelumnya, Nabi Isa AS telah menasihati para pengikutnya agar merasa cukup dengan rezeki yang telah Allah SWT kepada mereka di bumi dan agar tidak meminta hidangan makanan dari langit. Kerana jika hidangan itu turun kepada mereka, maka hal itu merupakan sebuah tanda dari Tuhan mereka dan mereka akan diuji dengannya. Namun mereka enggan menuruti nasihat tersebut dan tetap meminta agar diturunkan hidangan dari langit. Lalu Nabi Isa AS memohon Tuhannya untuk menurunkan hidangan dari langit.

Allah Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki

Sumber rezeki dan Sang Pemberi rezeki yang hakiki adalah Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Katakanlah:” Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”. “(surah as-Saba`, ayat 23)

Maka Allah SWT adalah Zat Maha Pemberi rezeki, yang memberi rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya. Dia pula yang melapangkan, menghalang dan menyempitkan rezeki bagi sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Di tangan-Nya terdapat segala kebaikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Allah SWT berfirman maksudnya:

“Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.” (surah Adz-Dzariyaat, ayat 58)

Ar-Razzaaq merupakan salah satu daripada nama-nama Allah SWT yang indah. Dia SWT yang telah menciptakan manusia beserta rezeki mereka, lalu menuntun mereka kepadanya dan menyediakan pelbagai cara untuk dapat menikmati rezeki tersebut.

Ar-Razzaaq merupakan sifat yang hanya dimiliki oleh Allah SWT. Sehingga, hanya dari-Nya kita mengharap datangnya rezeki dan hanya kepada-Nya kita bertawakal dalam berupaya mendapatkannya.

Allah SWT telah menafikan, bahawa tidak seorang pun atau sesuatu sembahan orang-orang musyrik yang sanggup menguasai rezeki. Dan Dia SWT memerintahkan untuk mengharap rezeki dari sisi-Nya, lalu menyembah hanya kepada-Nya dan bersyukur atas rezeki yang telah diberikan. Sebagaimana Allah SWT berfirman yang maksudnya:

“Dan mereka menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberikan rezeki kepada mereka sedikitpun dari langit dan bumi, dan tidak berkuasa (sedikit juapun).” (surah An-Nahl, ayat 73)

Dan firman-Nya bermaksud,

“Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala, dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepadamu; maka mintalah rezeki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan.” (surah Al-‘Ankabuut, ayat 17)

Rezeki saya sempit, bagaimana meluaskannya?

Ust. Suhili Nain, Sepangar, Kota Kinabalu menuliskan dalam status fb beliau sebuah perkataan yang wajar direnugkan: 

Rezeki Saya Sempit, Bagaimanakah Untuk Meluaskannya?

Antara sebab rezeki kita sempit, kerana kita menyempitkan pengertian rezeki itu sendiri. Kita melihat rezeki itu dalam skop yang sempit, seperti duit, harta benda dan perkara yang bersifat material.

 

Rezeki itu tidak terbatas material, ia juga boleh jadi kesihatan, kelapangan waktu untuk melakukan kebaikan, rakan-rakan yang soleh, dan juga idea yang bernas.

Luaskan pengertian dan skop kefahaman anda terhadap rezeki. Insya’ ALLAH rezeki anda tidak akan terasa sempit lagi. 🙂

Ulasan saya

Konsep Mencari Rezeki

Ramainya manusia yang keluar dari awal pagi dan pulang lewat malam mencari sesuatu yang mereka tidak mengerti. Mereka masuk pejabat/ termpat kerja dan pulang, menanti hujung bulan untuk mendapatkan wang yang dinamakan sebagai gaji. Pada kebanyakan orang, itulah yang dinamakan rezeki yakni gaji yang berupa wang yang mampu ditukar dengan banyak benda dan barang pada hari ini.

Dan wang atau gaji itu seharusnya diperoleh dari kerja makan gaji. Ranking tertinggi kerja makan gaji ialah di sector kerajaan, kemudiannya di sector syarikat-syarikat konglomerat yang besar-besar. Dikatakan ‘establish’ yakni kukuh. Kata mereka kerja tetap dan pendapatan konsisten.

“Tiada kerja tetap, yang ada ialah tetap bekerja.” Demikian perkataan seorang ustaz,pendakwah dan penulis buku ‘best seller’ dari Indonesia, Ustaz Zainal Abidin Syamsuddin.

 

Rezeki merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Arab dan disebutkan di dalam Al-Qur’an banyak kali. Bahkan persoalan rezeki termasuk perkara usul yakni asas dalam agama Islam. Salah satu nama Allah yang mulia disebut ar-Rozzaq. Maksudnya Yang Maha Memberi Rezeki.

Untuk bahagian ini saya bawakan dahulu beberapa ayat-ayat al-Qur’an yang menjelaskan maksud rezeki.

1. Haiwan ternakan

“Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” (surah al-Hajj, 22: 28)

2. Buah-buahan

“ Ya rabb kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah engkau (baitullah) yang dihormati, ya rabb kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur. (surah Ibrahim, 14:37)

3. Syurga, bidadari, buah-buahan dan minuman dalam syurga

“Dan orang-orang yang berhijrah di jalan allah, kemudian mereka di bunuh atau mati, benar-benar allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik (surga). Dan sesungguhnya allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.” (surah al-Hajj, 22: 58)

“49. Ini adalah kehormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, 50. (yaitu) syurga ‘Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka, 51. di dalamnya mereka bertelekan (diatas dipan-dipan) sambil meminta buah-buahan yang banyak dan minuman di surga itu. 52. Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya. 53. Inilah apa yang dijanjikan kepadamu pada hari berhisab. 54. Sesungguhnya ini adalah benar-benar rezeki dari Kami yang tiada habis-habisnya.” (Surah Shad 38: 49-54)

4. Makanan

“Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: “Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?” Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi Allah.” Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.” (Surah Ali Imran, 3: 37) 

Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun. (surah as-Saba’ 34: 15)

Dakwah itu seperti perniagaan

Dakwah itu seperti Perniagaan

Allah, Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki itu membuat perumpamaan dakwah sebagai sebuah perniagaan.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan  (tijarah) yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah As-Saff, ayat 10-11) 

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan (tijarah) yang tidak akan merugi.” (surah al-Fathir, ayat 29)

 

“Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung jual beli (tijarah) mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.” (surah al-Baqarah, ayat 16)

 

Demikian juga  Allah mengibaratkan orang-orang musyrik sebagai menjual/ menukar  (dari perkataan isytara yang bermaksud jual) ayat-ayat Allah dengan harga yang murah,

“Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al Quran) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang murah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa.” (surah al-Baqarah, ayat 41) 

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, yaitu Al Kitab dan menjualnya dengan harga yang murah, mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih.” (surah al-Baqarah, ayat 174) 

“Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang murah,, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih.” (surah Ali Imran, ayat 77) 

“Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (yaitu): “Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya,” lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang murah. Amatlah buruknya tukaran yang mereka terima.” (surah Ali Imran, ayat 187) 

“Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang murah. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.” (Surah Ali-‘Imraan , ayat 199) 

Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang murah, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan. (Surah at-Taubah, ayat  9) 

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang murah. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (surah al-Maidah, ayat 44)

“Dan janganlah kamu tukar perjanjianmu dengan Allah dengan harga yang murah, sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (surah an-Nahl, ayat 95)

Mohd Riduan b Khairi

Country Height, Kota Kinabalu

Tip Murah Rezeki; Menjaga SILATURRAHIM

Syaikh Dr. Fadhl Ilahi

Diantara pintu-pintu rezki adalah silaturrahim. Pembicaraan masalah ini -dengan memohon pertolongan Allah- akan saya bahas melalui empat point berikut.

Pertama : Makna Silaturrahim

Kedua : Dalil Syar’i Bahwa Silaturrahim Termasuk Diantara Pintu-Pintu Rezeki

Ketiga : Apa Saja Sarana Untuk Silaturrahim .?

Keempat : Tata Cara Silaturrahim Dengan Para Ahli Maksiat.

Pertama : Makna Silaturrahim

 

Makna ‘ar-rahim’ adalah para kerabat dekat. Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata : “Ar-rahim secara umum adalah dimaksudkan untuk para kerabat dekat. Antara mereka terdapat garis nasab (keturunan), baik berhak mewarisi atau tidak, dan sebagai mahram atau tidak”.

Menurut pendapat lain, mereka adalah maharim (para kerabat dekat yang haram dinikahi) saja.

Pendapat pertama lebih kuat, sebab menurut batasan yang kedua, anak-anak bapa saudara dan anak-anak ibu saudara bukan kerabat dekat karena tidak termasuk yang haram dinikahi, padahal tidak demikian. [Fathul Bari, 10/414]

Silaturrahim, sebagaimana dikatakan oleh Al-Mulla Ali Al-Qari adalah kinayah (ungkapan/sindiran) tentang berbuat baik kepada para kerabat dekat -baik menurut garis keturunan maupun perkawinan- berlemah lembut dan mengasihi mereka serta menjaga keadaan mereka. [Lihat, Murqatul Mafatih, 8/645]

Kedua : Dalil Syar’i Bahwa Silaturrahim Termasuk Kunci Rezeki

Beberapa hadis dan atsar menunjukkan bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan silaturrahim termasuk di antara sebab kelapangan rezeki. Diantara hadis-hadis dan atsar-atsar itu adalah.

[1]. Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu ia berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Siapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) [1] maka hendaklah ia menyambung (tali) silaturrahim”

[Shahihul Bukhari, Kitabul Adab, Bab Man Busitha Lahu fir Rizqi Bishilatir Rahim, no. 5985, 10/415]

[2]. Dalil lain adalah hadits riwayat Imam Al-Bukhari dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Siapa yang suka untuk dilapangkan rizkinya dan diakhirkan usianya (dipanjangkan umurnya), hendaklah ia menyambung silaturrahim”.

[Shahihul Bukhari, Kitabul Adab, Bab Man Busitha Lahu fir Rizqi Bishilatir Rahim, no. 5986, 10/415]

 

Dalam dua hadis yang mulia diatas, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan bahawa silaturrahim membuahkan dua hal, kelapangan rezeki dan bertambahnya usia.

Ini adalah tawaran terbuka yang disampaikan oleh mahluk Allah yang paling benar dan jujur, yang berbicara berdasarkan wahyu, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka barangsiapa menginginkan dua buah di atas hendaknya ia menaburkan benihnya, yaitu silaturrahim. Demikian, sehingga Imam Al-Bukhari memberi judul untuk kedua hadits itu dengan “Bab Orang Yang Dilapangkan Rezekinya dengan Silaturrahim

[Shahihul Bukhari, Kitabul Adab, Bab Man Busitha Lahu fir Rizqi Bishilatir Rahim, 10/415).Artinya, dengan sebab silaturrahim. (‘Umdatul Qari, 22/91)]

 

Imam Ibnu Hibban juga meriwayatkan hadits Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu dalam Kitab Shahihnya dan beliau memberi judul dengan “Keterangan Tentang Baiknya Kehidupan dan Banyaknya Berkah dalam Rizki Bagi Orang Yang Menyambung Silaturrahim”.

[Al-Ihsan fi Taqribi Shahih Ibni Hibban, Kitabul Birri wal Ihsan, Bab Shilaturrahim wa Qath’iha, 2/180]

[3]. Dalil lain adalah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan Al-Hakim dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda.

“Artinya : Belajarlah tentang nasab-nasab kalian sehingga kalian bisa menyambung silaturrahim. Karena sesungguhnya silaturrahim adalah (sebab adanya) kecintaan terhadap keluarga (kerabat dekat), (sebab) banyak – nya harta dan bertambahnya usia” [2]

Dalam hadis yang mulia ini Nabi Shallallahu ‘laihi wa sallam menjelaskan bahwa silaturrahim itu membuahkan tiga hal, diantaranya adalah ia menjadi sebab banyaknya harta.

 

[4]. Dalil lain adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abdullah bin Ahmad, Al-Bazzar dan Ath-Thabrani dari Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda.

“Artinya :Barangsiapa senang untuk dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya serta dihindarkan dari kematian yang buruk maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dan menyambung silaturrahim” [3]

Dalam hadis yang mulia ini, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang jujur dan terpercaya, mejelaskan tiga manfaat yang dikurniakan bagi orang yang memiliki dua sifat ; bertaqwa kepada Allah dan menyambung silaturrahim. Dan salah satu dari tiga manfaat itu adalah keluasan rezeki.

[5]. Dalil lain adalah riwayat Imam Al-Bukhari dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhu ia berkata.

“Artinya : Barangsiapa bertaqwa kepada Tuhannya dan menyambung silaturrahim, niscaya dipanjangkan umurnya, dibanyakkan rezekinya dan dicintai oleh keluarganya”

[Al-Adabul Mufrad, Bab Man Washala Rahimahu Ahbbahu Allah, no. 59, hal. 37]

[6]. Demikian besarnya pengaruh silaturrahim dalam berkembangnya harta dan benda dan menjauhkan kemiskinan, sampai-sampai ahli maksiat pun, disebabkan oleh silaturrahim, harta mereka bisa berkembang, semakin banyak jumlahnya dan mereka jauh dari kefakiran, karena karunia Allah Ta’ala.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abu Bakrah Radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwasanya beliau bersabda.

“Artinya : Sesungguhnya keta’atan yang paling disegerakan pahalanya adalah silaturrahim. Bahkan hingga suatu keluarga yang ahli maksiat pun, harta mereka bisa berkembang dan jumlah mereka bertambah banyak jika mereka saling bersilaturrahim. Dan tidaklah ada suatu keluarga yang saling bersilaturrahim kemudian mereka membutuhkan (kekurangan)”.

[Al-Ihsan fi Taqribi Shahih Ibni Hibban, Kitabul Birr wal Ihsan, Bab Shilaturrahim wa Qath’iha, no. 440, 2/182-183. Syaikh Syu’aib Al-Arna’uth menshahihkan hadits ini ketika menyebutkan dalil-dalil pada catatan kaki Al-Ihsan. (Lihat, 2/183-184)].

[Disalin dari buku Mafatiihur Rizq fi Dhau’il Kitab was Sunnah oleh Syiakh Dr Fadhl Ilahi, dengan edisi Indonesia Kunci-kunci Rizki Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah hal. 45-51 terbitan Darul Haq, Penerjemah Ainul Haris Arifin Lc]

_______

Footnote

[1]. Catatan : “Para ahli hadis mengangkat persoalan seputar bertambahnya umur karena silaturrahim dan mereka memberikan jawabannya. Misalnya, dalam Fathul Bari disebutkan, Ibnu At-Tin berkata, ‘Secara lahiriah, hadit ini beterntangan dengan firman Allah : “Artinya ; Maka apabila telah datang ajal mereka, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya” (Al-A’raf : 34). Untuk mencari titik temu kedua dalil tersebut dapat ditempuh melalui dua jalan. Pertama, bahwasanya tambahan (umur) yang dimaksud adalah kinayah dari usia yang diberi berkah karena mendapat taufiq untuk menjalankan keta’atan, ia menyibukkan waktunya dengan apa yang bermanfa’at di akhirat, serta menjaga dari menyia-nyiakan waktunya untuk hal lain (yang tidak bermanfa’at). Kedua, tambahan itu secara hakikat atau sesungguhnya. Dan itu berkaitan dengan malaikat yang diberi tugas mengenai umur manusia. Adapun yang ditujukkan oleh ayat pertama di atas, maka hal itu berkaitan dengan ilmu Allah Ta’ala. Umpamanya dikatakan kepada malaikat, ‘Sesungguhnya umur fulan dalah 100 tahun jika dia menyambung silaturrahim dan 60 tahun jika ia memutuskannya’. Dalam ilmu Allah telah diketahui bahwa fulan tersebut akan menyambung atau memutuskan silaturrahim. Dan apa yang ada di dalam ilmu Allah itu tidak akan maju atu mundur. Adapun yang ada dalam ilmu malaikat maka hal itulah yang mungkin bisa bertambah atau berkurang. Itulah yang diisyaratkan oleh firman Allah :”Artinya : Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisiNya lah terdapat Ummul Kitab (Lauh Mahfuzh)”. (Ar-Ra’d : 39) . Jadi, yang dimaksudkan dengan menghapuskan dan menetapkan dalam ayat itu adalah apa yang ada dalam ilmu malaikat. Sedangkan apa yang ada di dalam Lauh Mahfuzh itu merupakan ilmu Allah, yang tidak akan ada penghapusan (perubahan) selama-lamanya. Itulah yang disebut dengan al-qadha’ al-mubram (taqdir/ putusan yang pasti), sedang yang pertama (dalam ilmu malaikat) disebut al-qadha’ al-mu’allaq (taqdir / putusan yang masih menggantung). [Fathul Bari, 10/416 secara ringkas. Lihat pula, Syarah Nawawi, 16/114, ‘Umdatul Qari, 22/91]

[2]. Al-Musnad, no. 8855, 17/42 ; Jami’ut Tirmidzi, Abwabul Birri wash Shihah, Bab Ma Ja’a fi Ta’limin Nasab, no. 2045, 6/96-97, dan lafazh ini miliknya ; Al-Mustadrak ‘alash Shahihain, Kitabul Birr wash Shilah, 4/161. Imam Al-Hakim berkata. ‘Hadits ini sanad-nya shahih, tetapi tidak dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim (Op.cit, 4/161). Hal ini juga disepakati oleh Adz-Dzahabi (Lihat, Al-Talkhish, 4/161). Syaikh Ahmad Muhammad Syakir menyatakan sanad-nya shahih. (Lihat, Hamisyul Musnad, 17/42). Dan ia dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani. [Lihat, Shahih Sunan At-Tirmidzi, 2/190].

[3]. Al-Musnad, no. 1212, 2/290 ; Majma’uz Zawa’id wa Manba’ul Fawa’id, Kitabul Birri wash Shihah, Bab Shilaturrahim wa Qath’iha, 8/152-153. Tentang hadits ini, Al-Hafizh Al-Haitsami berkata : ‘Hadits ini diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad, Al-Bazzar dan Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath. Para perawi Al-Bazzar adalah perawi-perawi Shahih Muslim, selain Ashim bin Hamzah, dia adalah orang tsiqah (terpercaya). (Op.cit, 8/153). Disebutkan Ashim bin Hamzah, yang benar adalah Ashim bin Dhamrah. Penulisan Hamzah adalah salah cetak. (Lihat, Hamisyul Musnad, 2/290). Syaikh Ahmad Muhammad Syakir berkata. ‘Sanad hadits ini Shahih. [Op.cit. 2/290]