Archive for the ‘Orang Kaya Bertaqwa’ Category

Taqwa & Bisnes 30 ribu dinar (bersamaan RM18 juta)

Taqwa & Bisnes 30 ribu dinar (bersamaan RM18 juta)

Dari Abdur Razzaq bin Sulaiman bin Ali bin Al-Ja’d ia berkata, “Aku pernah mendengar ayahku bercerita, ‘Suatu hari Khalifah Ma’mun didatangi peniaga-peniaga batu permata, lalu ia membanding-bandingkan barang dagangan yang mereka bawa. Kerana ada urusan maka khalifah masuk ke dalam dan kemudian keluar semula. Ketika ia keluar semua yang hadir bangun berdiri kecuali Ibnu Al-Ja’d yang tidak berdiri. Lalu Ma’mun melihatnya seakan-akan menunjukkan perasaan marah dan mengajaknya bicara empat mata. Kemudian terjadi dialog berikut:

Ma’mun: Ya Syaikh! Mengapa engkau tidak berdiri untukku seperti teman-temanmu yang lain?

Ibnu Ja’d: Wahai mulia Amirul Mukminin, itu aku lakukan kerana hadith yang kami riwayatkan dari Nabi.

Makmun: Cuba sebutkan hadith itu.

Ibnu Ja’ad: Aku mendengar Al-Mubarak bin Fudhaalah berkata, ‘Aku mendengar Al-Hasan berkata, ‘Rasulullah bersabda maksudnya, “Barangsiapa yang suka jika orang-orang berdiri untuknya maka tempatnya di neraka.”

Kemudian Ma’mun tertunduk memikirkan hadith itu, lalu mengangkat kepalanya dan berkata, ‘Aku tidak membeli batu permata kecuali dari Syaikh ini.”

Abdur Razzaq berkata, “Maka hari itu Ma’mun membeli batu permata dari Syaikh berharga 30,000 dinar.” (Diriwayatkan oleh Al-Khattabi dalam Tarikh Baghdadi, adz-Dzahabi dalam Siyar dan Tahzibul Kamal)

Syaikh Al-Albani berkata, “Tindakan Ali bin Al-Ja’d perawi thiqah dan kuat hafalannya itu dikuatkan oleh firman Allah yang maksudnya:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan jalan keluar baginya. Dan memberikan rezeki dai arah yang tidak disangka-sangka.” (Terjemahan Surah At-Talaq: 2-3)

Sumber: Al-Isyaratu Ila Ahkami Al-Isti’dzan Wa Adab Az-Ziyarah oleh Ibrahim bin Fathi bin Abdul Muqtadir. Terjemahan oleh Ali Nur dengan judul Inilah Cara Bertamu menurut Tuntunan Rasulullah terbitan Darus Sunnah (2005)

Ulasan.

1. Taqwa merupakan satu dari sebab-sebab manusia beroleh rezeki dari Allah.
2. Tidak sedikit bisnesman yang melakukan cara yang haram seperti rasuah dan mengampu kerana mahukan rezeki.
3. Ramai dari kalangan kita takut untuk menyatakan kebenaran sesuai dengan dalil. Walhal ketakutan itu langsung tidak berasas dan hanya berasal dari sangkaan-sangkaan yang tidak benar.
4. Mitos dalam bisnes menyatakan bahawa tidak boleh untung jika tidak menipu atau terlalu jujur. Hal ini dusta. Bahkan orang yang bercakap benar sesuai dengan dalil itu rezekinya Allah berikan bertambah-tambah. Dalam kes di atas, urusniaga berjumlah 30 ribu dinar bersamaan RM18 juta berjaya dijalankan.
5. Modal paling besar dan aset paling utama dalam bisnes ialah kejujuran. Pihak bank juga hanya akan sedia memberi pembiayaan kepada peniaga yang mereka percayai dan jujur dalam membayar semula hutang mereka. (Merujuk kepada qardu hasan, bukan riba’)
6. Peniaga yang jujur dan benar-benar bertaqwa kepada Allah itu amat sedikit berbanding peniaga yang curang dan khianat. Maka banyak dalil Al-Quran dan Sunnah memberi ancaman kepada pemiaga yang curang dan khianat.
7. Allah tidak pernah mensia-siakan hambanya yang beriman, beramal soleh baik dalam urusan akhirat mahupun urusan dunia. Tidak sedikit dari kalanga generasi salafussoleh yang Allah berikan nikmat dan rezeki yang melimpah-ruah di atas dunia. Dan harta itu tidak pernah membuatkan mereka lali dari amanah dam tanggungjawab.

Disediakan oleh

Mohd Riduan b Khairi
PPY Boneo ‘Membangun Citra Insan’
Http://notausahawan.wordpress.com/

#Bisnes #Perniagaan #Perdagangan #Harta #Kekayaan #Jujur#Amanah #Kejayaan #Taqwa #Jutawan

Abu Darda’ Radiyallahu ‘Anhu: Potret Peniaga Sukses yang Mengabdikan Diri Untuk Ibadah Kepada Allah.

Abu Darda’ Radiyallahu ‘Anhu: Potret Peniaga Sukses yang Mengabdikan Diri Untuk Ibadah Kepada Allah.

“Sesiapa yang merasa kaya kerana dunia, sebenarnya dia langsung tidak memiliki dunia.”

Siapakah gerangan manusia yang mengungkapkan perkataan berharga ini? Itulah sahabat Nabi Uwaimir bin Malik bin Qais bin Umaiyyah Al-Anshary Al-Khazrajy atau dikenali sebagai Abu Darda’ Radiyallahuanhu.

Abu Darda’ adalah peniaga yang sukses di Madinah. Diriwayatkan keuntungan perniagaannya sehari mencecah 300 dinar bersamaan RM180,000.

Dari Abu Abdi Rabbah, bahawa Abu Darda’ berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid. Aku juga mengatakan bahawa Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Tetapi aku lebih suka tidak termasuk orang-orang yang dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli, sehingga lalai berzikir kepada Allah.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Abu Darda’ termasuk dari kalangan para sahabat Ansar yang bijak dan cerdas. Beliau termasuk pengumpul Al-Quran dan banyak meriwayatkan hadith Nabi. Juga banyak atsar dari Abu Darda menjelaskan keutamaan dan kelebihan orang yang menuntut ilmu.

Maka tidak hairan beliau mengetahui dengan jelas hukum-hakam dalam perniagaan. Dengan ilmu beliau dapat membezakan apa yang Allah halalkan dan apa yang Allah haramkan.

Dari Abdurrahman bin Abi Auf bahawa Abu Darda berkata, “Seburuk-buruk makanan ialah harta anak yatim, Seburuk-buruk mata pencarian adalah riba.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Meninggalkan Urusan Dunia Tatkala Di Dalam Masjid

Dari Sa’id bin Abdul Aziz, bahawa Abu Darda mendengar seseorang berkata kepada rakannya di dalam masjid, “Tukarlah seikat kayu bakarku dengan barang ini.”

Maka Abu Darda berkata, “Masjid tidak diramaikan dengan perkataan semacam ini.”

Wasiat Jauhi pasar

Dari Amir, dari Abu Darda’ dia berkata, “Jauhilah pasar, kerana pasar itu dapat melenakan.”

Potret Zuhud Para Salaf

Sebuah makna zuhud yang sering disalah-tafsir dan diseleweng maknanya ialah meninggalkan kerja dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungan. Walhal ia jauh sekali dari makna zuhud yang difahami dan diamalkan oleh generasi terdahulu.

Abu Darda mewasiatkan agar mencari rezeki yang halal dan menahan diri dari meminta-minta.

Dari Abdullah bin Babah, bahawa Abu Darda’ berkata, “Mencari penghidupan dengan cara yang halal hanya sedikit. Siapa yang mencari harta dari cara yang tidak halal lalu dia meletakkannya pada haknya, begitu pula orang yang mencari harta dari cara yang tidak halal lalu meletakkannya bukan pada haknya, merupakan penyakit yang menular. Siapa yang mencari harta dari cara yang halal lalu meletakkanya pada haknya, dapat membersihkan dosa, sebagaimana air yang membersihkan tanah dari batu yang licin.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Menahan Diri Dari Meminta-Minta

Dari Amr bin Maimun dari ayahnha dari Ummu Darda’ dia berkata, “Suatu kali Abu Darda’ berkata kepadaku: Janganlah engkau meminta sesuatu apapun kepada orang lain.”

Ummu Darda’, “Bagaimana jika aku dalam keadaan terdesak?”

Dia menjawab, “Kalau begitu keadaanmu, maka ikutilah orang-orang yang baru menuai hasil tanamannya, lalu ambil apa yang tercicir dari apa yang mereka bawa. Kemudian masak dan makanlah, sehingga engkau tidak perlu meminta apa-apa pun daripada orang lain.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Memilih Antara Perniagaan dan Ibadah

Dari Khaitsamah bahawa Abu Darda berkata, “Dahulu semasa Jahiliyah aku adalah seorang peniaga. Setelah kedatangan Islam aku berniaga dan beribadah. Tapi keduanya tidak dapat berhimpun pada diriku. Lalu aku melakukan ibadah dan meninggalkan perniagaan.”

(Faedah dari Kitab Zuhud Cahaya Qalbu oleh Imam Ahmad bin Hanbal, terjemahan Kathur Suhardi)

Mohd Riduan b Khairi

https://notausahawan.wordpress.com

Kisah Sang Raja dan Nabi Allah mencari rezeki

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam,

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَاماً قَطْ خَيْراً مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَإِنَّ نَبِيَّ اللهِ دَاوُدَ كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ .

“Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik dari memakan hasil jerih payahnya sendiri, dan sesungguhnya Nabi Daud makan dari hasil jerih payahnya sendiri.” (Riwayat Al-Bukhari)

Semua para Nabi bekerja sendiri. Namun tatkala Rasulullah memberi fokus kepada Nabi Daud adalah kerana baginda bukan sahaja Nabi Allah, bahkan Daud Alaihisalam juga adalah seorang panglima perang yang gagah perkasa dan juga seorang raja.

Walaupu bergelar raja, namun Nabi Daud masih bekerja untuk menyara diri dan keluarganya.

Al-Quran merakamkan satu dari pekerjaan Nabi Daud ialah melenturkan besi menjadi baju besi untuk dijual. Firman Allah,

وَعَلَّمْنَاهُ صَنْعَةَ لَبُوسٍ لَكُمْ لِتُحْصِنَكُمْ مِنْ بَأْسِكُمْ فَهَلْ أَنْتُمْ شَاكِرُونَ.

“Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperangan; Maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah)”. [Al Anbiya’ : 80].

… وَأَلَنَّا لَهُ الْحَدِيدَ. أَنِ اعْمَلْ سَابِغَاتٍ وَقَدِّرْ فِي السَّرْدِ وَاعْمَلُوا صَالِحاً إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“… dan Kami telah melunakkan besi untuknya (yakni Daud); (yaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah amalan yang shalih. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan”. [Saba’ : 10-11].

Selain membuat baju besi Nabi Daud juga membuat keranjang dari mutiara untuk dijual.

Dari Hisham bin Urwah, dari ayahnya dia berkata: “Daud Alaihisalam membuat keranjang dari mutiara selagi di atas mimbar, lalu mengutus seseorang untuk menjualnya di pasar dan baginda menggunakan hasil jualan untuk makan.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Rezeki Yang Paling Baik

Dari Al-Hassan, bahawa Daud Alaihisalam berkata: Ya Ilahi, apakah rezeki yang paling baik?

Allah menjawab: Kurma dari hasil kerjamu sendiri wahai Daud.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Nabi Daud & Penganggur

Dari Abdurrahman bin Budriziyah dia berkata, di dalam Zabur keluarga Daud disebutkan tiga perkataan. Satu darinya,

“Beruntunglah orang yang tidak bergaul dengan orang yang menganggur.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Dari Abu Bakar bin Aun Al-Madiniy dia berkata, Aku mendengar sebahagian rakanku berkata bahawa Allah Azza Wa Jalla mewahyukan kepada Daud Alaihisalam: “Sesungguhnya Aku menurunkan syahwat di bumi hanya kepada orang-orang yang lemah dari hamba Ku dan orang-orang yang menganggur.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Siapa Teman Daud Alaihisalam dari Penghuni Bumi?

Dari Tha’mah Al-Ja’fary bahawa Daud Alaihisalam memohon kepada Allah agar memperlihatkan kepadanya siapa yang menjadi temannya dari penghuni bumi. Maka Allah Azza Wa Jalla mewahyukan kepada baginda: “Maka datanglah ke kampung ini dan carilah orang yang berbuat begini dan begitu, sesungguhnya dia adalah temanmu.”

Maka Daud pergi ke kampung yang dimaksudkan dan menanyakan situasi orang yang sudah disebutkan ciri-cirinya. Baginda ditunjukkan seorang lelaki yang selalu pergi ke hutan untuk mencari kayu api, lalu mengikatnya dan dia menjual ke pasar sambil berkata: “Siapa yang ingin membeli barang yang bagus dengan harga yang bagus pula, aku akan membawakannya di atas bahuku.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Mohd Riduan b Khairi
PPY Borneo ‘Membangun Citra Insan’

Abu Bakar As-Siddiq: Bisnesman Unggul

Ibnu Abi Malikah menceritakan bahawa Abu Bakar as-Siddiq pernah berkata kepada anaknya Aisyah Radiyallahuanhuma: “Wahai puteriku! Dahulu aku adalah orang Quraisy yang paling menonjol dalam berdagang dan paling banyak hartanya.” (Riwayat Imam Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Dari Hisham dari ayahnya bahawa ketika Abu Bakar diangkat menjadi khalifah, maka dia menyimpan semua dinar dan dirham yang dimilikinya ke Baitul Mal orang-orang Muslim. Lalu dia berkata: “Dahulu aku adalah orang yang paling pandai dalam perdagangan dan aki juga aktif mencarinya. Tapi setelah aku diserahi tugas pemerintahan, aku tidak lagi sempat berdagang dan mencarinya.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Dalam kisah perang Tabuk, Abu Bakar membawa keseluruhan hartanya untuk diinfakkan sehingga tidak ada apa yang tinggal untik keluarganya.

Dari Abu Majlaz, bahawa Mu’awiyah bin Abu Sufyan pernah berkata: “Sesungguhnya dunia tidak menginginkan Abu Bakar dan Abu Bakar juga tidak menginginkannya.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Dari Aisyah dia berkata: “Abu Bakar meninggalkan dunia tanpa satu dinar dan satu dirham pun. Memang sebelum itu dia pernah menerima sejumlab harta, tapi kemudian dia menyerahkannya kepada Baitul Mal.” (Riwayat Ahmad dalam Kitab Zuhud)

Talhah bin Ubaidillah: Yang Paling Kaya dan Paling Dermawan

Talhah bin Ubaidillah: Yang Paling Kaya dan Paling Dermawan

Mohd Riduan b Khairi, PPY Borneo. IMG00802-20120726-1647

Talhah bin Ubaidillah merupakan salah sorang sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam yang utama. Beliau termasuk golongan yang awal memeluk Islam dan namanya disebut oleh Rasulullah sebagai 10 sahabat yang dijamin masuk syurga.

Ali bin Abi Talib meriwayatkan dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya,

“Talhah dan Az-Zubair adalah jiran aku di syurga.” (riwayat Tirmidzi, hasan)

Talhah termasuk dari kalangan sahabat Nabi yang bijak berniaga dan antara yang paling kaya sebaris dengan Abdul Rahman bin Auf, Uthman Affan dan sahabat baiknya Zubair al Awwam Radiyallahuanhum Ajmain.

Sejak sebelum memeluk Islam, beliau sudah dikenali sebagai seorang pemuda yang bijak berniaga. Ibnu Khaldun di dalam kitab Muqaddimahnya membawak riwayat bahawa pada zaman khalifah Uthman bin Affan, perolehan perniagaan Talhah di Iraq sahaja sudah mencecah 1000 dinar setiap hari (bersamaan 600 ribu atau lebih setengah juta). Disebutkan hasil perniagaan beliau di Ash-Sharah lebih banyak dari itu. Beliau juga memiliki banyak ladang di Madinah dan hamba.

Manakala Ibn Jawzi di dalam kitabnya Talbis Iblis menyatakan bahawa  Talhah bin Ubaidillah telah meninggalkan harta sebanyak 300 bahar sedangkan satu bahar itu sama dengan pikulan satu unta.

Tentunya semua harta yang beliau peroleh itu datang dari rezeki yang Allah limpahkan kepadanya. Di samping itu Talhah dikenali sebagai seorang yang amat rajin dan bersungguh-sungguh dalam bekerja. Kegigihan beliau itu dibawa sejak sebelum memeluk Islam. Beliau seorang yang suka berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.

Imam Al Humaidi meriwayatkan di dalam kitab Al Fawa’id dari riwayat Qais bin Abi Hatim, dia berkata, “Aku pernah menemani Thalhah bin Ubaidillah. Aku belum pernah melihat seseorang yang lebih banyak mengumpulkan harta tanpa meminta-minta melebihi dia.”

Sikap Dermawan Talhah

Kekayaan dan harta yang beliau peroleh dimanfaat sepenuhnya untuk digunakan pada jalan kebaikan. Talhah dikenali dengan sikap dermawan.

“Jika ada pernikahan di antara mereka, Thalhah dan Zubaid akan menawarkan susu dan madu untuk minum.” (riwayat An Nasai dengan sanad yang sahih) 

Bukan sahaja gigih mencari harta dan gemar bersedekah, bahkan beliau bimbang dan gusar ketika hartanya banyak tanpa digunakan. Ini sebagaimana diceritakan oleh isteri Talhah bernama Su’da katanya:

“Suatu hari aku datang kepada Talhah dan melihat wajahnya sugul. Aku bertany,” Mengapa kamu sedemikian? Barangkali ada sesuatu dari kami yang meragukanmu, sehingga kami merubahnya agar kamu redha. Dia menjawab, “Tidak. Kamu adalah sebaik-baik isteri seorang Muslim. Sebaliknya ialah hartaku banyak, dan aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan pada harta itu. Kata isterinya, “Apa yang menggusarkanmu. Panggil sahaja kaummu, bahagikan harta itu kepada mereka.” Talhah berkata, “Pelayan! Panggil kaumku.” Lalu aku bertanya kepada pelayan, “Berapa banyak harta yang diberikan?” Jawab pelayan, “Empat ratus ribu.” (riwayat Tabrani dipetik dari Sahih Targhib wa Tarhib) 

Hal yang sama juga diceritakan Dari Al Hasan, dia berkata, “Thalhah pernah menjual sebidang tanah berharga 700,000 dirham. Wang sebanyak itu dia simpan pada malam harinya. Ternyata dia sulit untuk tidur pada malam itu disebabkan wang tersebut. Maka, pada pagi esok harinya dia membahagikan semua wang tersebut.” (riwayat Ahmad)

Assaib bin Zaid berkata tentang Thalhah, katanya, “Aku berkawan dengan Thalhah baik dalam perjalanan maupun sewaktu bermukim. Aku melihat tidak ada seorangpun yang lebih dermawan dari dia terhadap kaum muslimin. Ia mendermakan wang, sandang dan pangannya.”

Jaabir bin Abdullah bertutur, ” Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dermawan dari Thalhah walaupun tanpa diminta.” Oleh karena itu patutlah jika dia dijuluki “Thalhah si dermawan”, “Thalhah si pengalir harta”, “Thalhah kebaikan dan kebajikan”.

Akan datang: Tips Kaya Talhah bin Ubaidillah

Doa Orang Kaya

dipetik dari tulisan Ustaz Muhammad Abduh Tuasikal di wev rumaysho.com

Gambar peniaga di Hoi Ann, Vietnam.

Gambar peniaga di Hoi Ann, Vietnam.

Ada sebuah do’a sederhana yang jaami’ (singkat dan syarat makna) yang sudah sepatutnya kita menghafalkannya karena amat bermanfaat. Do’a ini berisi permintaan agar kita terhindar dari penyakit hati yaitu ‘syuh’ (pelit lagi tamak) yang merupakan penyakit yang amat berbahaya. Penyakit tersebut membuat kita tidak pernah puas dengan pemberian dan nikmat Allah Ta’ala, dan dapat mengantarkan pada kerusakan lainnya. Do’a ini kami ambil dari buku “Ad Du’aa’ min Al Kitab wa As Sunnah” yang disusun oleh Syaikh Dr. Sa’id bin Wahf Al Qohthoni hafizhohullah.

Do’a tersebut adalah,

اللَّهُمَّ قِنِي شُحَّ نَفْسِي وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُفْلِحِينَ

Allahumma qinii syuhha nafsii, waj’alnii minal muflihiin” (Ya Allah, hilangkanlah dariku sifat pelit(lagi tamak), dan jadikanlah aku orang-orang yang beruntung).

Do’a ini diambil dari firman Allah Ta’ala dalam surat Ath Taghobun ayat 16,

وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Kosakata

“الشح” berarti bakhl (pelit) lagi hirsh (tamak/ rakus). Sifat inilah yang sudah jadi tabiat manusia sebagaimana Allah berfirman,

وَأُحْضِرَتِ الأنْفُسُ الشُّحَّ

Walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir.” (QS. An Nisa’: 128)

“الفلاح” artinya beruntung dan menggapai harapan. Yang dimaksudkan al falah (beruntung/menang) ada dua macam yaitu al falah di dunia dan di akhirat. Di dunia yaitu dengan memperoleh kebahagiaan dengan hidup yang menyenangkan. Sedangkan kebahagiaan di akhirat yang paling tinggi adalah mendapat surga Allah.

Kandungan Do’a

Do’a ini berisi hal meminta berlindung dari sifat-sifat jelek yang biasa menimpa manusia yaitu penyakit “syuh” yakni pelit dan tamak pada dunia. Orang yang memiliki sifat jelek ini akan terlalu bergantung pada harta sehingga enggan untuk berinfak atau mengeluarkan hartanya di jalan yang wajib atau pun di jalan yang disunnahkan. Bahkan sifat “syuh” ini dapat mengantarkan pada pertumpahan darah, menghalalkan yang haram, berbuat zholim, dan berbuat fujur (tindak maksiat). Sifat ini “syuh” ini benar-benar akan mengantarkan pada kejelekan, bahkan kehancuran di dunia dan akhirat. Oleh karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memperingatkan adanya penyakit “syuh” ini dan beliau menjelaskan bahwa penyakit itulah sebab kehancuran. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda,

وَإِيَّاكُمْ وَالشُّحَّ، فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ: أَمَرَهُمْ بِالْقَطِيعَةِ فَقَطَعُوا، وَأَمَرَهُمْ بِالْبُخْلِ فَبَخِلُوا، وَأَمَرَهُمْ بِالْفُجُورِ فَفَجَرُوا

Waspadalah dengan sifat ‘syuh’ (tamak lagi pelit) karena sifat ‘syuh’ yang membinasakan orang-orang sebelum kalian. Sifat itu memerintahkan mereka untuk bersifat bakhil (pelit), maka mereka pun bersifat bakhil. Sifat itu memerintahkan mereka untuk memutuskan hubungan kekerabatan, maka mereka pun memutuskan hubungan kekerabatan. Dan Sifat itu memerintahkan mereka berbuat dosa, maka mereka pun berbuat dosa” (HR. Ahmad 2/195. Dikatakan Shohih oleh Syaikh Al Arnauth)

Sufyan Ats Tsauri pernah mengatakan, “Aku pernah melakukan thowaf mengelilingi Ka’bah. Kemudian aku melihat seseorang berdo’a ‘Allahumma qinii syuhha nafsii’, dia tidak menambah lebih dari itu. Kemudian aku katakan padanya, ‘Jika saja diriku terselamatkan dari sifat ‘syuh’, tentu aku tidak akan mencuri harta orang, aku tidak akan berzina dan aku tidak akan melakukan maksiat lainnya’. Laki-laki yang berdo’a tadi ternyata adalah ‘Abdurrahman bin ‘Auf, seorang sahabat yang mulia. (Dibawakan oleh Ibnu Katsir pada tafsir Surat Al Hasyr ayat 10).

Lalu bagian do’a yang terakhir,

وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُفْلِحِينَ

Waj’alnii minal muflihiin” (Ya Allah, dan jadikanlah aku orang-orang yang beruntung). Maksud do’a ini adalahb jadikanlah orang-orang yang beruntung di dunia dan akhirat. Jika ia telah mendapakan hal ini, itu berarti ia telah mendapatkan seluruh permintaan dan selamat dari segala derita.

[Tulisan ini disarikan dari kitab “Syarh Ad Du’a minal Kitab was Sunnah lisy Syaikh Sa’id bin Wahf Al Qohthoni”[1]. Pensyarh: Mahir bin ‘Abdul Humaid bin Muqoddam]

 

Kejujuran pekerja memaut hati majikan

Ibnu Ishak meriwayatkan:

Khadijah bt Khuwailid ra adalah seorang saudagar perempuan yang sangat kaya dan dihormati. Beliau banyak mengupah orang untuk menguruskan perdagangannya atau kadang-kala bekerjasama dengan mereka dengan cara berbahagi keuntungan.

Kaum Quraisy ketika itu memang dikenal sebagai kaum pedagang. Ketika sampai ke telinganya tentang Rasulullah saw, akan sifat jujurnya, sifat amanahnya, dan akhlak mulia baginda; kemudian Khadijah mengirim utusan untuk menemui baginda dan menawarkan untuk membawa barang dagangannya ke Syam. Dengan dibantu oleh pembantu lelaki bernama Maisarah.

Sebagai upah, Khadijah memberi bahagian keuntungan yang jauh lebih besar berbanding yang pernah beliau berikan kepada pedagang yang lain.

(dipetik dari Sahabiyat Haula Rasul, Muhammad Hassan. Terjemahan: Wanita pilihan di zaman Rasulullah, M.A. Imran Anhar. Terbitan Pustaka As-Sunnah)

Syaikh Sofiurrahman Mubarakfuri melanjutkan:

Setibanya di Mekah dan setelah Khadijah tahu keuntungan dagangannya melimpah, yang tidka pernah dilihatnya sebanyak itu sebelumnya, apalagi setelah pembantunya Maisarah mengkhabarkan kepadanya apa yang dilihatnya pada diri baginda selama menyertainya; bagaimana sifat-sifat beliau yang mulia, kecerdikannya, kejujuran beliau, seakan-akan Khadijah mendapatkan barangnya yang pernah hilang dan sangat diharapkannya.

(dipetik dari: Raheeq al-Makhtum, Syaikh Sofiurrahman Mubarakfuri. Terjemahan oleh  Kathur Suhardi. Terbitan Pustaka al-Kautsar)

niche-marketLewat Konferen PTP-PPY baru-baru ini, CEO kami memetik sirah ini untuk ibrah dan teladan. Beliau mengupas empat ciri utama yang memaut hati majikan yakni Khadijah bt Khuwaidil ra memilih Rasulullah saw. Pertamanya ketika Khadijah memilih baginda sebagai rakan bisnes. Kedunya ciri-ciri itu juga yang memaut hati Khadijah untuk menikahi Rasulullah.

Tidak lain dan tidak bukan ialah sifat jujur dan amanah baginda.

Hari ini berapa ramai pekerja dan peniaga yang bijak dan cekap membuat jualan (sales). Berapa ramai juga yang berupaya memberikan idea-idea bernas dan agresif untuk meningkatkan keuntungan syarikat. Berapa ramai juga yang pakar dalam pemasaran dan pengiklanan.

Namun sangat disayangkan, sebagaimana mereka bijak dan cerdas membuat jualan dan memingkatkan keuntungan; dalam masa yang sama helah dan trik mereka terhadap majikan dan pelanggan tidak kalah juga

Benarkah sahabat yang kaya dan dermawan Abdurrahman bin Auf ra masuk syurga dengan merangkak?

Benarkah sahabat yang kaya dan dermawan Abdurrahman bin Auf ra masuk syurga dengan merangkak?

Kisah ini disandarkan sebuah hadis dari Ibunda Aisyah katanya yang bermaksud, “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya aku melihat Abdurrahman bin Auf masuk surga dengan merangkak.”

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Kitab Musnad (6/115) dari jalan Umarah, dari Tsabit, dari Anas, dari Aisyah.

Pengkaji dan sarjana hadis semasa Ust. Abdul Hakim b Amir Abdat dalam buku Hadis-hadis Daif dan Maudu’ menjelaskan bahawa sanad hadis tersebut daif, kerana di sanadnya ada Umarah bin Zaadzaan Ash Shaidalaaniy Abu Salamah Al Bashri; beliau seorang rawi yang lemah hafalannya.  Ibnu Hajar dalam Taqrib menyatkan bahwa beliau Shaduqun (orang yang benar), akan tetapi sering salah.

(Hadis-hadts Daif dan Maudu’ jilid 1; Darul Qolam, Cet 1. 2003 M, hal.116-117)

Ibnu Jauzi menjelaskan,

Kemudian, tidak masuk akal bahawa ada sahabat yang boleh menyatakan kebimbangannya mengenai diri ‘Abdul Rahman bin Auf dalam hartanya. Bukankah sudah ada ijma’ ulama’ yang mengatakan dari hal kebenarannya boleh mengumpul harta kekayaan dari jalan yang halal? Kalau begitu apa motif kebimbangannya itu padahal hal itu memang sudah dibolehkan? Apakah syarak boleh membenarkan sesuatu kemudian ia menghukum salah seorang yang melakukannya? Ini tentulah terbit dari kurang faham dan ceteknya ilmu agama orang yang mengatakan begitu.

Kemudian mengapa digantungkan hal ini kepada Abdul Rahman bin Auf sahaja padahal sahabat-sahabat yang lain juga ada yang sama kaya dengannya? Umpama sahabat yang bernama Talhah bin Ubaidillah telah meninggalkan harta sebanyak 300 bahar sedangkan satu bahar itu sama dengan pikulan satu unta. Harta al-Zubair pula ketika meninggal dunia adalah sebanyak 700,000, Ibn Mas’ud sebanyak 90,000 dan kebanyakan sahabat memperoleh harta yang banyak lalu ditinggalkan mereka (apabila meninggal dunia) dan tiada seorangpun yang mengingkari mereka.

Adapun dakwaan mereka bahawa Abdul Rahman bin Auf merangkak di Hari Kiamat, maka ini menunjukkan yang mereka tiada mengetahui maksud hadis. Bukankah itu dalam mimpi dan bukan dalam keadaan sedar. Aku berlindung diri kepada Allah daripada mempercayai bahawa Abdul Rahman bin Auf akan merangkak nanti di Hari Kiamat! Cuba renungkan hal ini dalam-dala! Siapa pula yang akan mendahuluinya jika Abdul Rahman bin Auf akan merangkak, padahal dia salah seorang dari sepuluh orang yang dijamin masuk syurga, dia pula dari Ahli Badar dan termasuk ahli syura?

Dan hadis ini pula diriwayatkan oleh Umarah bin Zazan yang mana Imam al-Bukhari berkata: terdapat huru hara dalam hadisnya. Berkata Imam Ahmad: dia pernah meriwayatkan hadis-hadis mungkar. Berkata Abu Hatim al-Razi: Tidak boleh dijadikan alasan. Dan berkata al-Daruquthni: Hadis ini lemah. (Talbis Iblis)

Ibn al-Qayyim setelah membahas hadis ini secara panjang lebar dalam bukunya membuat rumusan: Adapun hadis masuknya Abdul Rahman bin Auf ke dalam syurga dengan merangkak, maka permasalahannya adalah seperti yang dikatakan oleh Imam Ahmad rahimahullah, bahawa hadis ini adalah tidak benar lagi mungkar.

Atau seperti yang dikatakan oleh Imam an-Nasai, bahawa hadis ini palsu. Darjat-darjat (kebesaran, kemuliaan, ketinggian- P) Abdul Rahman bin Auf, jihadnya, infaknya yang amat besar dan sedekahnya menghendakinya masuk syurga bersama dengan orang-orang yang berjalan seperti kilat, atau seperti sekelip mata, atau seperti kuda yang dipacu, dan dia tidak seharusnya masuk syurga dengan merangkak. (Sabar: Perisai Seorang Mukmin, ms 196-201) 

Mohd Riduan b Khairi

Country Height, Kota Kinabalu

Abdurrahman bin Auf; membina empayar bisnes sendiri

Harta Abdul Rahman bin Auf

Imam Muhammad Ibn Syihab Az Zuhri berkata:

“Abdul Rahman bin Auf telah bersedeqah di zaman Rasulullah saw. setengah dari hartanya yang berjumlah Empat Ribu Dirham (Rm 40, 000) kemudian beliau mengorbankan 40 Ribu Dirham (RM 400, 000), 500 kuda di jalan Allah swt. diikuti pula 1500 ekor unta di jalan Allah swt. Kesemua harta itu adalah hasil perniagaannya.” (al-Hilyah, Abu Nuaim)

Ketika wafat terbilang meninggalkan 1000 unta, 100 kuda, 3000 kambing , Juga meninggalkan emas dan perak yang semuanya dibagikan kepada ahli warisnya.

Infak dan sedekah Abdul Rahman bin Auf

Diantara kedermawanannya, ialah tatkala Rasulullah ingin melaksanakan perang Tabuk. Yaitu sebuah peperangan yang membutuhkan banyak perbekalan. Maka datanglah Abdurrahman bin ‘Auf dengan membawa 200 ‘uqiyah emas,dan menginfakkannya di jalan Allah.

(1 uqiyah emas = 29.75 gram emas, 200 uqiyah = 5.95. Harga 1 gram emas = RM180 * 5.95kg = RM 1, 071, 000)

Sehingga berkata Umar bin Khattab, ”Sesungguhnya aku melihat, bahwa Abdurrahman adalah orang yang berdosa karena dia tidak meninggalkan untuk keluarganya sesuatu apapun.” Maka bertanyalah Rasulullah kepadanya, ”Wahai Abdurrahman, apa yang telah engkau tinggalkan untuk keluargamu?” Dia menjawab, ”Wahai Rasulullah, aku telah meninggalkan untuk mereka lebih banyak dan lebih baik dari yang telah aku infakkan.” ”Apa itu?” tanya Rasulullah. Abdurrahman menjawab, ”Apa yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya berupa rezeki dan kebaikan serta pahala yang banyak.”

Puncak dari kebaikannya kepada orang lain, ialah ketika ia menjual tanah seharga 40.000 dinar, (1 Dinar = RM700, 40, 000 x RM700 = RM 28, 000, 000) yang kemudian dibagikannya kepada Bani Zuhrah dan orang-orang fakir dari kalangan muhajirin dan Anshar. Ketika Aisyah mendapatkan bagiannya, ia berkata, ”Aku mendengar Rasulullah bersabda, tidak akan memperhatikan sepeninggalku, kecuali orang-orang yang bersabar. Semoga Allah memberinya air minum dari mata air Salsabila di surga.”

Abdurrahmah bin Auf masuk Islam atas ajakan Abu Bakar Ash Shiddiq, yaitu sebelum Rasulullah tinggal di rumah Al Arqam. Sebagaimana kaum muslimin yang lainnya, ia juga mendapatkan tekanan-tekanan dari kaum Quraisy, yang semakin lama semakin keras. Ketika Allah mengizinkan Rasulullah untuk hijrah ke Madinah, ia termasuk orang yang turut serta dalam rombongan tersebut.

Sikap berdikari

Di Madinah beliau dipersaudarakan oleh Rasulullah dengan sahabat Sa’ad bin Rabi’ Al Anshari. Sa’ad bin Rabi’ berkata kepada saudaranya, Abdurrahman, ”Wahai saudaraku, aku memiliki dua kebun, pilihlah mana yang engkau suka, lalu ambillah.” Abdurrahman menjawab, ”Semoga Allah memberikan berkah kepada harta dan keluargamu. Akan tetapi, tunjukanlah kepadaku pasar.”

Suatu pengajaran dan iktibar dari kisah ini ialah memberi gambaran sikap berdikari yang ditunjukkan oleh Abdurrahman. Hasilnya, dengan usaha sendiri beliau kembali membina empayar pernigaaan dan menjadi salah seorang sahabat Nabi yang paling kaya dan hartawan.

Rubrik Sakhshiyah Majalah Assunnah edisi 02/Tahun VII/1424H/2003M, hal 59-60 oleh Abu Aminah.

Muawiyah bin Abu Suffyan ; Orang kaya yang penyabar

Muawiyah bin Abu Sufyan ; Orang kaya yang penyabar

Sahabat Muawiyah bin Abu Suffyan radiallahuanhu, bukan sahaja penulis wahyu dan termasuk sahabat yang dijanjikan syurga oleh Nabi. Bahkan beliau tergolong sahabat Nabi yang hartawan dan dermawan.

Seorang sahabat Nabi saw bernama Abdullah bin Abbas yang juga sepupu muda baginda menceritakan akhlak pemurah Mua’awiyah bin Abu Suffyan ra, “Orang ramai mendapat manfaat daripada kemurahan dan kedermawan Mu’awiyah bagaikan mereka mengambil manfaat dari laut”.

(Tarikh At-Tobari, dipetik dari Maulana Asri Yusof, Sayyidina Mu’awiyah Khalifah Rashid Yang Teraniaya, Pustaka Basyirah 2007)

Diriwayatkan Muawiyah bin Abu Suffyan pernah memberikan Abdullah bin Jaafar satu juta dirham setiap tahun (RM 10 juta). Suatu masa Muawiyah pernah memberinya 50, 000, 000 dinar (RM 35 000, 000 tiga puluh lima juta).

Syaikh Abu Bakar al-Jazairi hafidzahullah menceritakan sebuah kisah yang mengagumkan di dalam Minhajul Muslim. Dikisahkan bahwa Ibunda Aisyah r.a. mendapat kiriman uang sebanyak 180 000 dirham (RM1, 800, 000) dari Muawiyah bin Abi Sufyan.

Tips murah rezeki

Apakah cirri-ciri yang menyebabkan sahabat bernama Muawiyah bin Abu Sufyan ini sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah. Bukan sedikit harta yang beliau miliki, bahkan angka-angkanya tidak mampu kita miliki walaupun bekerja 100 tahun lagi!

Pertama adalah kerana sifatnya yang pemurah. Bukanlah Allah berjanji untuk mengembang-biakkan harta orang-orang yang bersedekah. Juga Nabi bersumpah sebanyak 3 kali bahawa harta orang yang bersedekah tidak akan pernah berkurangan,

Diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya shodaqoh itu tidak pernah mengurangi harta.” (HR. Bukhari Muslim) 

Dan sejumlah dalil yang sangat jelas dan banyak bahawa sedekah sama sekali tidak akan mengurangkan harta.

Keduanya, ialah kebijaksanaan beliau mengurus kewangan. Syaikhul Islam menyebutkan bahawa Muawiyah bin Abu Suffyan merupakan sebaik-baik raja dalam Islam. Beliau memerintah selama 20 tahun dan tidak dapat ditewaskan oleh musuh-musuhnya.  Pentadbirannya kemas dan tersusun, dan pada zamannya Islam berkembang sehingga menguasai 1/3 dunia.

Ini tidak lain adalah berkat dari doa Nabi supaya Muawiyah diberikan kefahaman al-Qur’an dan ilmu matematik.

اللهم علم معاوية الكتاب والحساب وقه العذاب “. أخرجه أحمد وصححه الألباني في (السلسلة الصحيحة/ 3227)

“Ya Alloh, anugerahkanlah kepada Mu’awiyah ilmu al-Kitab (al-Qur`an) dan al-Hisab (ilmu hitung) serta jauhkanlah beliau dari adzab.”

(riwayat Imam Ahmad dan disahihkan oleh al-Albani dalam as-Silsilah ash-Shahihah, no. 3227)

Ketiganya ialah sikap sabar yang beliau miliki. Bahkan Ibnu Abid Dunya dan Abu Bakar bin ‘Ashim mengarang buku khusus tentang kesabaran Muawiyah bin Abu Suffyan.

Al-Maqbari berkata,  “Kalian sangat kagum kepada kaisar Persia dan Romawi namun kalian tidak mempedulikan Mu’awiyah! Kesa­barannya dijadikan sebuah pepatah.”

Qubaishah bin Jabir berkata, “Saya menemani Mu’awiyah beberapa lama, ternyata dia adalah seorang yang sangat sabar. Tidak saya temui seorang pun yang sesabar dia, tidak ada orang yang lebih bisa berpura-pura bodoh darinya, sebagaimana tidak ada orang yang lebih hati-hati daripadanya.”

Firman Allah yang bermaksud,

“Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” (Surah Fusilat 41, ayat 35)

Berkaitan dengan sifat sabar dan kaitannya denga kejayaan seseorang itu, saya sudahpun jabarkan dalam beberapa entri yang lepas.

Tag: sabar, sahabat nabi, kelab orang kaya bertaqwa, OKB